JOHOR BAHRU: Pasangan suami isteri warga emas yang terperangkap akibat banjir kilat yang melanda Kampung Laut Batu 9 1/2 Skudai, dekat sini petang semalam, berjaya diselamatkan pihak bomba, malam tadi.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Skudai Mohd Riduan Akhyar berkata warga emas masing-masing berumur 80 dan 70 tahun itu diselamatkan dari rumah mereka yang digenangi air, ekoran hujan berterusan sejak tengah hari semalam.
"Sejurus menerima panggilan pukul 4.36 petang, usaha mencari dan menyelamatkan kedua-dua mangsa dilakukan BBP Skudai dibantu sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari BBP Kempas dengan kekuatan 14 anggota.
"Pihak bomba bertindak memindahkan kedua-dua mangsa menggunakan bot aluminium ke kawasan selamat dan mereka kemudiannya dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Balai Raya Kampung Melayu Batu 10," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata operasi menyelamat selama tiga jam itu berakhir pada pukul 7.54 malam.
Sementara itu, di Taman Nusa Sentral Nusajaya, tiga lelaki berdepan detik cemas apabila Proton Exora dan pacuan empat roda yang dinaiki mereka terperangkap dalam banjir kilat pada pukul 2 petang, semalam.
Komander Operasi Pegawai Bmba Kanan II BBP Iskandar Puteri Mohd Anuar Mohd Amdzah berkata seramai lapan anggota berserta sebuah jentera FRT digerakan ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.46 petang.
"Ketiga-tiga lelaki yang terperangkap itu berjaya dibawa keluar dari kenderaan mereka. Operasi menyelamat ditamatkan pada pukul 3.31 petang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 18 2021
Pasangan warga emas masing-masing berumur 80 dan 70 tahun itu diselamatkan anggota bomba selepas rumah mereka ditenggelami air. - Foto Facebook/Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Johor
Lawatan kerja ke Korea Selatan berjaya raih potensi pelaburan RM32.8 bilion - PM Anwar
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Isu pemindahan nama rumah kos rendah masih lagi membelenggu rakyat
Ahli Parlimen Ampang Rodziah Ismail berkata isu pemindahan nama rumah kos rendah dan kos sederhana rendah masih lagi membelenggu rakyat.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Perdana Menteri sampai sumbangan khas kepada mangsa banjir di Melaka
Sumbangan disampaikan oleh Setiausaha Politik Kanan beliau, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin pada satu majlis di Tanjung Minyak.
Negeri Sembilan semak semula Enakmen Pengawalan Sekolah Agama Islam 1996
Kerajaan Negeri Sembilan melalui JHEAINS dan MAINS sedang menyemak semula Enakmen Pengawalan Sekolah-sekolah Agama Islam 1996.
Ekonomi digital Malaysia naik 16 peratus ke RM141 bilion
Dalam satu laporan, Google berkata tiga faktor penyumbang utama adalah e-dagang, pelancongan dalam talian dan perkhidmatan kewangan digital.
Hujan lebat berterusan tahap bahaya di Terengganu, Pahang hingga Jumaat ini
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya dijangka berlaku di beberapa kawasan di Terengganu dan Pahang hingga Jumaat ini.
[TERKINI] Ucapan PM Anwar di Universiti Kebangsaan Seoul
Ikuti langsung ucapan khas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertajuk "Strategic Partners in a Complex World: Malaysia, Korea, and the Future of Asia" di Universiti Kebangsaan Seoul.
#AWANInews
#AWANInews
Lebih 120,000 ekspatriat berada di Malaysia, sumbang 4.8 peratus daripada KDNK
Sebanyak 120,183 pegawai ekspatriat berada di Malaysia setakat 31 Okt lepas.
Kim Swee jurulatih baharu kelab Indonesia, Persis Solo
Bekas pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee sah dilantik sebagai ketua jurulatih baharu sebuah kelab bola sepak dalam Liga Indonesia, Persis Solo.
Pemandu mabuk sebabkan kematian suami isteri didakwa
Seorang mekanik didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru atas dua pertuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kematian pasangan suami isteri pada 16 November lalu.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Isnin, didorong oleh momentum meningkat dalam pasaran niaga hadapan getah serantau.
Tidak berasas dakwa kerajaan Melaka tidak serius tangani banjir kilat - Exco
Kerajaan negeri dengan kerjasama kerajaan pusat melaksanakan pelbagai langkah komprehensif untuk mengatasi masalah banjir kilat.
13 terbunuh, 18 cedera akibat tanah runtuh, banjir kilat di wilayah Sumatera Utara
Di Deli Serdang, enam orang terbunuh dan sembilan lagi cedera selepas arus deras menghanyutkan empat rumah dan sebuah bangunan keagamaan.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Banjir pulih, PPS Dewan Serbaguna Kampung Klah Baru ditutup
Penutupan satu-satunya PPS itu dimaklumkan Pegawai Daerah Batang Padang Ahmad Redhauddin Ahmad Shokori.
Jalan Batang Melaka-Gemencheh ditutup untuk semua kenderaan akibat banjir kilat
Dua laluan di kawasan berkenaan turut dinaiki air disebabkan paras air semakin meningkat setakat 9 malam tadi.
Belanjawan 2025: Selangor peruntuk RM34.27 juta urus projek tebatan banjir
Kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan sebanyak RM34.27 juta menerusi Belanjawan Selangor 2025 bagi memastikan keberkesanan pengurusan pembangunan projek tebatan banjir.
Sampah sarap penuhi jalan raya, banjir landa bandar di Sepanyol
Sebuah rakaman video mendedahkan sampah sarap terapung di sekitar jalan raya di Malaga di Sepanyol akibat banjir tular pada Rabu manakala Sungai Guadalmedina bertukar keruh.