KLUANG:Sepasang warga emas mencatu makanan sehingga terpaksa makan sehari sekali kerana perlu berjimat dengan wang bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang diterima RM300 setiap bulan.
Arshad Sukri, 75, dan isteri, Saadiah Kasim, 76, kini tinggal di sebuah rumah sewa yang uzur di Kampung Sembrong Lapis, dekat sini tidak mempunyai pendapatan lain.
Menurut Arshad, mereka menjamah makanan sekali sehari bagi mengelakkan bahan mentah terputus sebelum sampai hujung bulan iaitu tarikh penerimaan bantuan JKM.
“Kami juga bersyukur kerana pemilik rumah sewa mengizinkan untuk tinggal tanpa sebarang bayaran,” katanya selepas menerima sumbangan Yayasan Perbandaran Kluang (YPK) menerusi program Ziarah Kasih YPK di rumahnya pada Jumaat.
Sumbangan disampaikan Pengurus Eksekutif YPK, Zainani Jamaludin yang turut dihadiri Penolong Pegawai Tadbir Unit Komunikasi Korporat dan Kemasyarakatan Majlis Perbandaran Kluang (MPK) serta Ahli Jawatankuasa Penerangan UMNO Bahagian Kluang, Abdul Rahiman Alwi.
Menurut Arshad, dia masih mampu bekerja ringan tetapi disebabkan keadaan isterinya yang uzur dan hasrat itu terpaksa dilupakan.
“Kami mempunyai seorang anak perempuan tetapi sudah berkahwin dan tinggal di tempat lain.
"Sesekali ada juga anak tunggal kami datang membantu namun kami faham dia juga ada kekangan dan mempunyai keluarga sendiri,” katanya.
Selain bantuan JKM katanya, pemimpin setempat serta jiran ada memberikan makanan dan bahan keperluan asas bagi membantu mereka meneruskan kehidupan.
Menurut Arshad, semua kerja rumah seperti memasak dan mencuci pakaian dilakukan sendiri selepas keluar ke kedai runcit pada setiap pagi berdekatan rumah menggunakan basikal bagi mendapatkan bahan mentah.
“Jika semua barang-barang keperluan dapur lengkap, saya hanya tinggal di rumah menemani isteri sambil melakukan kerja rumah,” ujarnya.
Sementara itu, Zainani berkata, pihaknya mengetahui berkenaan pasangan itu selepas dimaklumkan penduduk kampung sebelum datang sendiri melihat keadaan warga emas terbabit.
“Berikutan itu, kedatangan hari ini (Jumaat) untuk mengenal pasti keperluan mereka selain menghulurkan bantuan sewajarnya sebelum langkah susulan diambil bagi memastikan kehidupan mereka berdua terbela,” katanya.
Sinar Harian
Sat Feb 06 2021
Zainani (kiri) serah sumbangan kepada Arshad dan Saadiah dalam program Ziarah Kasih YPK di kediamannya di Kampung Sembrong Lapis, Kluang pada Jumaat. - Foto Sinar Harian
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
AWANI Tonight: What are the implications of ICC’s arrest warrant for Israel & Hamas?
Aisya Abdul Rahman from University Malaya discusses the significance of the International Criminal Court’s recent arrest warrant for Israel’s Prime Minister and former Defence Minister, as well as the military commander of Hamas.
Warga emas lemas ketika memukat ikan
Seorang warga emas ditemukan lemas ketika memukat ikan di kawasan lopak air dalam ladang sawit di Jerangau Barat, Ajil, pagi tadi.
Warga emas Kuala Pilah diberi pendedahan mengenai keselamatan siber
Ia satu pendekatan baik dalam memberi pendedahan kepada warga emas mengenai pentingnya keselamatan siber dan melindungi data peribadi.
Yayasan PEKEMA lancar program Charity BOX, nafas baharu kepada aktiviti kebajikan
Dalam program berkenaan sumbangan berjumlah RM40,900 disalurkan kepada Pertubuhan Kebajikan Pusat Jagaan Sri Mesra.
Warga emas rugi RM136,000 terperdaya tawaran perniagaan dalam talian
Seorang lelaki warga emas kerugian RM136,000 setelah terperdaya dengan penipuan perniagaan dalam talian, kata Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili..
24,000 warga emas di Terengganu disahkan hidap diabetes
Sebanyak 24,000 atau kira-kira 20 peratus daripada 115,000 warga emas di Terengganu disahkan menghidap penyakit diabetes atau kencing manis setakat hari ini.
Warga emas didakwa cederakan rakan
Seorang warga emas lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Rabu atas pertuduhan mencederakan rakannya hingga parah.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 5 November 2024.
Warga emas 70 tahun rugi lebih RM170,000 ditipu skim pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas berusia 70 tahun kerugian RM176,500 selepas diperdaya skim pelaburan tidak wujud secara dalam talian.
Polis buka buka kertas siasatan kes aniaya kucing tular
Polis membuka kertas siasatan kes membabitkan seorang lelaki warga emas yang mengheret seekor kucing menggunakan jaring dipercayai kerana selalu membuang najis di hadapan rumahnya.
Kaunter tunai STR, SARA dibuka di pedalaman Sarawak hingga 27 November ini
Kerajaaan menerusi agensi berkaitan membuka kaunter pembayaran tunai STR dan SARA di beberapa lokasi mengikut bahagian dan zon di Sarawak secara berperingkat.