SIAPA yang lebih cenderung untuk bertindak di luar etika – secara individu, antara dua rakan, atau antara dua orang yang saling tidak mengenali?
Menurut satu kajian yang dijalankan oleh University of Pittsburgh, Amerika Syarikat dan disiarkan dalam majalah Harvard Business Review, dua orang yang tidak mengenali antara satu sama lain lebih berkemungkinan untuk melakukan salah laku bersama.
Dalam sebuah eksperimen berkomputer yang melibatkan penyertaan secara individu, dan pasangan yang saling tidak mengenali, mereka diuji sama ada akan menipu untuk mendapatkan markah lebih tinggi. Mereka memang berpeluang untuk berbuat demikian atas kesilapan teknikal yang disengajakan.
Hasilnya, sebanyak 73 peratus daripada peserta berpasangan, berbanding 54 peratus peserta individu, yang menipu.
Sementara itu, dalam eksperimen lain pula, peserta diminta membayangkan bahawa mereka sedang berunding dengan calon yang mereka ketahui akan diberhentikan kerja dalam masa enam bulan. Situasi yang diberikan adalah – penilaian prestasi mereka sendiri dikatakan akan terjejas.
Apabila ditanya, sama ada mereka akan menjawab soalan calon tersebut berkaitan jaminan pekerjaan, peserta berpasangan yang saling tidak kenal itu menyatakan bahawa mereka akan menyembunyikan khabar buruk itu – sedangkan mereka seharusnya berkata jujur.
Peratusan itu lebih tinggi berbanding peserta individu atau peserta berpasangan namun pernah terlibat dalam latihan bina diri.
Para penyelidik menyimpulkan bahawa perbuatan melanggar etika oleh pasangan yang tidak kenal antara satu sama lain, dianggap sebagai satu ‘ikatan’ subahat.
“Kajian kami menunjukkan betapa pentingnya untuk seseorang itu saling mengenali secara sosial terlebih dahulu sebelum membiarkan mereka membuat keputusan bersama, terutamanya jika melibatkan soal etika,” ujar laporan kajian tersebut.
Firdaus Alauddin
Mon Nov 26 2018
![Pasangan tidak saling mengenali lebih cenderung terlibat salah laku etika Pasangan tidak saling mengenali lebih cenderung terlibat salah laku etika](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-08/71502953635_WomenHancuffsGeneric.jpg)
Perbuatan melanggar etika oleh pasangan yang tidak kenal antara satu sama lain, dianggap sebagai satu ikatan subahat. - Gambar hiasan
![Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739742893_PrincessAmina.jpg)
Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama
Pasangan itu menamakan bayi perempuan mereka, Aminat.
![Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739742765_giantpandatwincub.jpg)
Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung
Pelawat berlari ke tempat pameran yang menempatkan panda gergasi sebaik sahaja taman hiburan dibuka.
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
![Kurang garis panduan jelas berkaitan etika cetus kebimbangan privasi - Pakar Kurang garis panduan jelas berkaitan etika cetus kebimbangan privasi - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735226282_TBAI.jpg)
Kurang garis panduan jelas berkaitan etika cetus kebimbangan privasi - Pakar
Kebimbangan semakin meningkat terhadap privasi, akauntabiliti dan potensi penyalahgunaan AI.
![Lee Lam Thye seru PDRM rombak latihan, utamakan nilai, etika dan integriti Lee Lam Thye seru PDRM rombak latihan, utamakan nilai, etika dan integriti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41731852114_tbanggotapolis.jpg)
Lee Lam Thye seru PDRM rombak latihan, utamakan nilai, etika dan integriti
Tan Sri Lee Lam Thye menyatakan sokongan terhadap kenyataan Ketua Polis Negara berhubung cabaran semasa yang dihadapi pasukan polis.
![Dakwa rombakan PDRM: Tiga wartawan tetap enggan dedah sumber Dakwa rombakan PDRM: Tiga wartawan tetap enggan dedah sumber](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716563551_PolisLogoPolisP.jpg)
Dakwa rombakan PDRM: Tiga wartawan tetap enggan dedah sumber
Mereka memberikan kerjasama dalam siasatan namun tetap berpendirian tidak mahu mendedahkan nama sumber berita tersebut.
![Etika pacu kemampanan kewartawanan profesional, pemisah 'wartawan jadian' Etika pacu kemampanan kewartawanan profesional, pemisah 'wartawan jadian'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71708416834_genericwartawan.jpg)
Etika pacu kemampanan kewartawanan profesional, pemisah 'wartawan jadian'
Etika kewartawanan yang diamalkan wartawan profesional merupakan nadi kepada industri kewartawan yang mempunyai kredibiliti dan dipercayai.
![Kenyataan Abdul Hadi libatkan Raja-Raja Melayu tidak beretika, demi kepentingan politik Kenyataan Abdul Hadi libatkan Raja-Raja Melayu tidak beretika, demi kepentingan politik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41692803288_MujibuMuis.jpg)
Kenyataan Abdul Hadi libatkan Raja-Raja Melayu tidak beretika, demi kepentingan politik
Kenyataan Abdul Hadi bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana tokoh politik itu pernah melakukan perkara serupa kepada Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin.
![Rapid Rail teliti tata cara operasi Koc Wanita Rapid Rail teliti tata cara operasi Koc Wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51696652032_MRTKocWanita.jpg)
Rapid Rail teliti tata cara operasi Koc Wanita
Rapid Rail sedang meneliti tata cara pengoperasian Koc Wanita bagi mendidik orang ramai mengenai etika penggunaannya.
![Hajiji harap arus permodenan, dunia digital tidak sanggah prinsip pemberitaan berfakta dan adil Hajiji harap arus permodenan, dunia digital tidak sanggah prinsip pemberitaan berfakta dan adil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/71653485489_TBRAKANMEDIA.jpg)
Hajiji harap arus permodenan, dunia digital tidak sanggah prinsip pemberitaan berfakta dan adil
Biar secanggih manapun teknologi yang digunakan, etika dan tanggungjawab sebagai pengamal media tidak pernah berubah.
![Peniaga diingatkan beretika, tolak ansur elak perselisihan dengan pelanggan Peniaga diingatkan beretika, tolak ansur elak perselisihan dengan pelanggan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/51654409862_RosolWahid.jpg)
Peniaga diingatkan beretika, tolak ansur elak perselisihan dengan pelanggan
KPDNHEP mengingatkan peniaga supaya sentiasa beretika dalam mengendalikan pelanggan dan bertolak ansur bagi mengelak berlaku perselisihan faham.
![Video promosi judi: Pengarah, syarikat berkaitan sindiket bukan ahli FDAM Video promosi judi: Pengarah, syarikat berkaitan sindiket bukan ahli FDAM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/71618761580_promosijudi.jpg)
Video promosi judi: Pengarah, syarikat berkaitan sindiket bukan ahli FDAM
Presiden FDAM, Dr Ahmad Ibrahim berkata pihaknya akan bertindak mengikut perlembagaan FDAM tanpa mengganggu siasatan polis jika mereka ada dalam senarai keahlian persatuan itu.
![Kontraktor projek jajaran laluan SDE diberi notis pembatalan kontrak Kontraktor projek jajaran laluan SDE diberi notis pembatalan kontrak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/71616452614_MohdSolihanBadri.jpg)
Kontraktor projek jajaran laluan SDE diberi notis pembatalan kontrak
Kontraktor berkenaan dijadualkan memasuki tapak projek itu pada 6 Jan lepas, namun gagal berbuat demikian hingga kini.