KUANTAN: Pasangan kembar Nor Hidayah Abd Rahman dan adiknya Nor Jannah mencipta kenangan manis dalam Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) Tahun 1445 Hijrah/2024 Masihi selepas masing-masing bergelar johan dan meraih tempat ketiga bagi kategori tilawah, malam tadi.
Nor Hidayah, 33, yang bergelar johan kategori tilawah al-Quran bagi dua tahun berturut-turut mengakui agak tertekan sepanjang pertandingan itu berlangsung, namun lega selepas diumumkan sebagai pemenang.
"Berada di tempat johan menunggu ini agak tertekan sebab nak kekalkan johan itu sukar, tetapi apa yang saya dapat ini bukan sebab hebatnya diri namun kerana berkat doa mak dan ayah serta orang sekeliling," katanya ketika ditemui pemberita di sini.
Johan menunggu merupakan gelaran bagi peserta yang memenangi tilawah pada tahun sebelumnya dan bertanding pada tahun semasa.
Bagi Nor Jannah, MTHQK kali ini mencipta sejarah tersendiri apabila beliau dan kakaknya melakar kejayaan bersama di peringkat kebangsaan setelah pernah bergelar johan dan naib johan di peringkat negeri sebelum ini.
Pertandingan tilawah peringkat kebangsaan merupakan penyertaan kali kelapan bagi Nor Hidayah manakala yang kelima untuk Nor Jannah yang berasal dari Terengganu.
Nor Jannah berkata bapa mereka Abd Rahman Omar, 74, yang juga guru al-Quran memainkan peranan penting dalam mencorak kejayaan mereka sebagai peserta tilawah dan sering kali menemani sepanjang pertandingan.
Pada MTHQK itu naib johan qariah dimenangi Nadhrah Ahmad Marzuki dari Negeri Sembilan.
Dalam pada itu qari dari Negeri Sembilan Mohamad Husaini Mahmur, 31, berjaya bergelar johan setelah beberapa kali mencuba sejak 2015 di peringkat kebangsaan.
"Penyertaan sebelum ini ada yang saya mendapat tempat ketiga dan alhamdulillah, kali ini bergelar johan berkat sokongan orang ramai sejak dahulu lagi. Kemenangan ini juga merupakan hasil tidak jemu-jemu guru al-Quran yang mengajar saya menjadi pembaca dan beramal dengan al-Quran," katanya.
MTHQK 2024, program anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dengan kerjasama Kerajaan Pahang berlangsung selama enam hari bermula 23 Mei dan menampilkan 110 peserta dari seluruh negara.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 29 2024
Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah berkenan mengurniakan hadiah kepada Johan Menunggu Qariah Tilawah dan Hafazan Al-Quran (MTHQK) Peringkat Kebangsaan Tahun 1445H/2024M, Nor Hidayah Abd Rahman. - Foto BERNAMA
Dron pantau polis curi tulang main golf ketika bertugas
JIPS Bukit Aman mula menggunakan dron untuk menyiasat dan pemantauan terhadap warga polis yang 'curi tulang' ketika bertugas termasuk keluar pejabat untuk bermain golf.
Pantau Agenda Reformasi: Mihas@Dubai 2024 | Apa selepas ini?
Ikuti temu bual eksklusif bersama Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz berkaitan keberhasilan penganjuran MIHAS@Dubai 2024 dan apa perancangannya selepas ini?
Prospek lebih cerah Kerajaan Perpaduan selepas dua tahun memerintah - Mujahid
Prospek Kerajaan Perpaduan untuk tahun mendatang dilihat semakin cerah sejajar kejayaan dicapai kerajaan dalam proses pemulihan ekonomi dan membina imej Malaysia di mata dunia.
PGA rampas ubat-ubatan haiwan diseludup dari Thailand bernilai lebih RM400,000
Anggota pasukan PGA dalam Op Taring Wawasan Kelantan mengesan bungkusan mengandungi ubat-ubatan haiwan di kawasan pangkalan haram semasa.
Inflasi malaysia catat 1.9 peratus pada Oktober - DoSM
Kadar inflasi Malaysia bagi Oktober 2024 telah meningkat kepada 1.9 peratus, menokok berbanding 1.8 peratus yang dicatatkan semasa September tahun ini, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).
AWANI Ringkas: Jangan main gollf ketika bertugas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sabah FC cari pengganti sementara Kim Swee secepat mungkin
Ini bagi memastikan kesinambungan prestasi skuad Sang Badak dalam menghadapi baki saingan Liga Super dan Piala Malaysia musim 2024/2025.
Dua beranak didakwa tipu urusan pelaburan perniagaan durian di Singapura
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
KTMB sedia dua tren ETS tambahan sempena Krismas, cuti sekolah Disember ini
KTMB akan menyediakan dua perkhidmatan tren eletrik ETS tambahan bagi laluan KL Sentral-Padang Besar sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah Disember ini.
Pocket Rocketman bakal kembali berkayuh di ACC 2025?
Datuk Mohd Azizulhasni Awang mungkin bakal 'berkayuh' secara rasmi di Velodrom Nasional, Nilai seawal Februari tahun hadapan pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025.
Pasangan kembar cipta kenangan manis di pentas Tilawah Kebangsaan
Pertandingan tilawah peringkat kebangsaan merupakan penyertaan kali kelapan bagi Nor Hidayah manakala yang kelima untuk Nor Jannah.