Pas mencadangkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Untuk Melantik Jawatan-Jawatan Utama Perkhidmatan Awam digantung sehingga Pakatan Harapan (PH) menghormati janjinya sendiri.
Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pelantikan Latheefa Beebi Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuktikan jawatankuasa tersebut tidak memainkan peranannya.
“Tidak dapat dinafikan daripada sudut undang-undang, keputusan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melantik Latheefa tanpa sebarang perbincangan adalah prerogatif beliau.
“Memandangkan nasi sudah menjadi bubur, Pas berharap Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru dapat membuktikan kebolehan beliau,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambah Ahli Parlimen Kubang Kerian itu, sebagai salah seorang ahli jawatankuasa tersebut, beliau mencadangkan jawatankuasa itu digantung serta-merta.
“Ia memandangkan sekali lagi kerajaan PH tidak dapat mengambil serius dan menghormati manifesto dan janji mereka sendiri. Perlu diingat manifesto PH menyatakan, lantikan awam utama perlu melalui jawatankuasa itu.
“Mereka turut berjanji agar tiada lagi lantikan politik dalam jawatan perkhidmatan awam,” tegas beliau.
Ujarnya lagi, manifesto tersebut turut menyatakan bahawa Dr Mahathir akan memberi laluan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri apabila tiba waktunya nanti.
“Malangnya di dalam episod ini, PH sekali lagi memahat ke sanubari rakyat bahawa janji mereka tidak boleh diambil secara serius,” katanya.
Latheefa dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu berkuat kuasa 1 Jun lalu selepas Datuk Seri Mohd Shukri Abdull menamatkan kontraknya lebih awal.
Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan memaklumkan pelantikan Latheefa adalah untuk tempoh kontrak dua tahun dan telah diperkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Kenyataan itu juga menyebut Seri Paduka Baginda turut memperkenankan permohonan Mohd Shukri untuk memendekkan tempoh kontrak beliau yang sepatutnya berakhir 17 Mei 2020.
Sinar Harian
Fri Jun 07 2019
![Pas cadang Jawatankuasa Khas Parlimen digantung Pas cadang Jawatankuasa Khas Parlimen digantung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-06/41559900811_lateefamash.jpg)
Tuan Ibrahim (tengah) berkata, tidak dapat dinafikan daripada sudut undang-undang, keputusan Dr Mahathir melantik Latheefa tanpa sebarang perbincangan adalah prerogatif beliau.
![Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51714453013_courtgavelmahkam.jpg)
Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan
Dalam penghakimannya, Che Mohd Ruzima berkata perayu gagal membuktikan bahawa Mahkamah Sesyen terkhilaf dalam memutuskan kes itu.
Malaysia-Brunei adakan rundingan mudahkan urusan Imigresen
Malaysia dan Brunei akan mengadakan rundingan bagi memudahkan proses keluar masuk rakyat kedua-dua negara.
![Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124936_KimPanGon.jpg)
Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia
Bekas ketua jurulatih Harimau Malaya Kim Pan-gon mahu mengekalkan hubungan baik dengan skuad itu biarpun tidak lagi bersama.
Kos pampasan tanah fasa 1B proses Projek LPB Sabah RM1.2 bilion - Alexander
Anggaran kos pengambilan balik tanah bagi keseluruhan Fasa 1B proses pengambilan tanah dan penilaian pampasan tanah bagi Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah (LPB Sabah) berjumlah RM1.2 bilion.
Sentiasa berhati-hati, ribut petir diramal berlaku di Sabah
Orang ramai khususnya yang tinggal di kawasan berisiko di Sabah disaran agar bersiap siaga terutama dari segi perubahan cuaca yang tidak menentu yang seterusnya akan mengakibatkan bencana banjir dan pokok tumbang.
Nasib acara sepak takraw wanita diketahui Khamis ini
Nasib acara sepak takraw wanita berpasukan dalam Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-21 di Sarawak akan ditentukan dalam Mesyuarat Jawatankuasa SUKMA Peringkat Kebangsaan pada Khamis ini.
JPBM Sabah serah jentera khas buat pasukan sukarela
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Sabah sedang dalam perancangan untuk menyerahkan jentera khas, iaitu Volunter Fire Rescue Tender (VFRT) untuk Pasukan Bomba Sukarela (PBS) di Sabah.
Sarawak akan pertahan pingat sukan Muay Thai edisi lalu
Skuad Sarawak akan berusaha mempertahankan masing-masing dua emas, perak dan gangsa dalam kejohanan SUKMA yang dimenangi dalam edisi lalu.
![Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124841_TBFAM.jpg)
Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi
FAM pernah berusaha memujuk Kim Pan-gon untuk terus mengemudi skuad Harimau Malaya hingga kontraknya tamat secara rasmi pada akhir tahun depan.
![Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708604164_kasperskyancamans.jpg)
Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini
Kaspersky mengesahkan kurang 50 pekerja akan terkesan, dan mereka akan diberikan pampasan susulan penutupan syarikat tersebut.
![Dewan Rakyat: Kerajaan akan usul penggantungan enam bulan terhadap Wan Saiful Dewan Rakyat: Kerajaan akan usul penggantungan enam bulan terhadap Wan Saiful](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709604724_TBZahidHamidijp.jpg)
Dewan Rakyat: Kerajaan akan usul penggantungan enam bulan terhadap Wan Saiful
Usul itu akan dikemukakan selepas sesi soalan jawab lisan yang dijangka tamat kira-kira jam 12 tengah hari.
![UMW Toyota jamin ketelusan susulan ketidakaturan prosedur Daihatsu UMW Toyota jamin ketelusan susulan ketidakaturan prosedur Daihatsu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51703238697_Toyota.jpg)
UMW Toyota jamin ketelusan susulan ketidakaturan prosedur Daihatsu
UMW Toyota Motor Sdn Bhd bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa kawal selia untuk menangani ketidakaturan prosedur baru-baru ini dalam ujian model oleh Daihatsu Motors.
![IOC gantung Jawatankuasa Olimpik Rusia IOC gantung Jawatankuasa Olimpik Rusia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51697169812_Olympicrings.jpg)
IOC gantung Jawatankuasa Olimpik Rusia
Lembaga Eksekutif (EB) Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) pada Khamis mengumumkan untuk menggantung Jawatankuasa Olimpik Rusia berkuat kuasa serta-merta.
![Pengendali Getafe tekad bantu Greenwood 'pulihkan status profesional' di Sepanyol Pengendali Getafe tekad bantu Greenwood 'pulihkan status profesional' di Sepanyol](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61693786644_MasonGreenwood.jpg)
Pengendali Getafe tekad bantu Greenwood 'pulihkan status profesional' di Sepanyol
Manchester United menggantungnya pada Jan 2022 atas dakwaan berkaitan seorang wanita selepas imej dan video yang tular dalam talian.
![Serie A gantung Jose Mourinho 10 perlawanan Serie A gantung Jose Mourinho 10 perlawanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/41650341364_TBITALYSOCCER.jpg)
Serie A gantung Jose Mourinho 10 perlawanan
Pengendali kelahiran Portugal itu tidak akan dibenarkan bersama di garisan tepi atau di bilik persalinan kelab pada hari perlawanan.
![UEFA gantung Jose Mourinho empat perlawanan UEFA gantung Jose Mourinho empat perlawanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/41687414603_JoseMourinho.jpg)
UEFA gantung Jose Mourinho empat perlawanan
Jurulatih Roma, Jose Mourinho telah dikenakan penggantungan empat perlawanan oleh UEFA kerana kelakuannya pada perlawanan akhir Liga Europa bulan lalu.
![Mitrovic digantung lapan perlawanan selepas tolak pengadil Mitrovic digantung lapan perlawanan selepas tolak pengadil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/81680652831_AleksandarMitrovic.jpg)
Mitrovic digantung lapan perlawanan selepas tolak pengadil
Mitrovic menolak Kavanagh selepas pegawai perlawanan itu melayangkan kad merah kepada rakan sepasukannya Willian, bulan lalu.
![EPL: Manchester United gantung Cristiano Ronaldo jumpa Chelsea EPL: Manchester United gantung Cristiano Ronaldo jumpa Chelsea](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/61666316927_MUVSTH.jpg)
EPL: Manchester United gantung Cristiano Ronaldo jumpa Chelsea
Ronaldo mengakui adakalanya ketegangan boleh mengundang perkara menjadi di luar kawalan.
![Hukuman gantung: Richard Branson, Stephen Fry mohon Singapura beri Nagaenthran pengampunan Hukuman gantung: Richard Branson, Stephen Fry mohon Singapura beri Nagaenthran pengampunan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/51650707395_Richardbransondan.jpg)
Hukuman gantung: Richard Branson, Stephen Fry mohon Singapura beri Nagaenthran pengampunan
Mereka menggesa presiden Singapura, Halimah Yacob dan Perdana Menteri, Lee Hsien Loong untuk memberikan Nagaenthran, 34, pengampunan.
![Jerut kucing: Ganjaran RM5,000 kepada pemberi maklumat Jerut kucing: Ganjaran RM5,000 kepada pemberi maklumat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/41646779079_jerutkucing.jpg)
Jerut kucing: Ganjaran RM5,000 kepada pemberi maklumat
Pelaku yang membunuh kucing bertindak kejam apabila menjerut dan menggantung haiwan terbabit di pagar sebuah rumah.