KUALA LUMPUR: UMW Toyota Motor Sdn Bhd bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa kawal selia untuk menangani dengan segera dan telus berhubung ketidakaturan prosedur baru-baru ini dalam ujian model oleh Daihatsu Motor Co Ltd (DMC).
Presiden UMW Toyota Motor Datuk Ravindran K. berkata syarikat menekankan dedikasinya untuk mengekalkan standard dan kualiti tertinggi bagi kenderaannya.
"Jangan bimbang, kami sedang berusaha untuk memastikan kesemua kenderaan kami di Malaysia mematuhi peraturan dan undang-undang yang berkaitan," katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata syarikat memahami kepentingan kepercayaan dan mahu mengukuhkan keyakinan pelanggan terhadap syarikat.
"Komitmen kami terhadap kepuasan pelanggan sentiasa menjadi fokus utama kami," katanya.
Pada 28 April lepas, DMC telah mengumumkan berlakunya "ketidakaturan prosedur" semasa menjalankan ujian keselamatan ke atas kenderaan di Jepun dan telah menubuhkan jawatankuasa audit bebas yang terdiri daripada peguam dan tenaga kerja teknikal.
Laporan jawatankuasa audit bebas mendedahkan bahawa pemeriksaan dan ujian mengesahkan kesemua 174 ketidakaturan yang dikenal pasti oleh jawatankuasa audit bebas memenuhi piawaian yang ditetapkan oleh undang-undang dan peraturan.
Menurut laporan berita, ketidakaturan itu melibatkan 64 model dan tiga enjin kenderaan, termasuk 22 model dan satu enjin yang dijual oleh Toyota.
Sebagai respons kepada penemuan itu, Daihatsu telah memutuskan untuk menggantung sementara penghantaran modelnya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 22 2023

UMW Toyota Motor menekankan dedikasinya untuk mengekalkan standard dan kualiti tertinggi bagi kenderaannya. - Gambar fail
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Turkiye di kedudukan ke-11 dunia dalam eksport industri pertahanan - Erdogan
Erdogan berkata negara itu berada di ambang transformasi besar dan kejayaan ekonomi yang memberangsangkan.

UMW Toyota perkenal inisiatif “Beyond Zero,” wawasan melangkau matlamat sifar karbon
Tidak sekadar menuju sifar karbon, inisiatif itu menerajui usaha mewujudkan masa depan mampan melibatkan segenap lapisan masyarakat dengan pendekatan berbilang laluan.

UMW Toyota jamin ketelusan susulan ketidakaturan prosedur Daihatsu
UMW Toyota Motor Sdn Bhd bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa kawal selia untuk menangani ketidakaturan prosedur baru-baru ini dalam ujian model oleh Daihatsu Motors.

Jelajah Toyota 2023 perkukuh kesungguhan bangunkan sukan golf Malaysia
Jelajah Toyota di landasan tepat sebagai medan ujian pemain golf profesional negara juga pentas mencungkil bakat-bakat baharu.

Jualan UMW Toyota pada Oktober tertinggi dalam lima tahun
UMW Toyota Motor Malaysia melabuhkan tirai Oktober 2023 dengan mencatat pertumbuhan mampan apabila mencapai jualan sebanyak 10,931 unit, jumlah tertinggi dalam tempoh lima tahun lepas.