KUALA LUMPUR: Pindaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dijangka dibentangkan di Parlimen pada suku pertama tahun depan.

Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Mansor Othman menjelaskan pindaan akta peringkat satu telah siap dan dikemukakan kepada kementeriannya.

"Draf pindaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 akan dikemukakan kepada Pejabat Peguam Negara untuk kelulusan dalam masa terdekat.

"Kita menyasarkan akta ini akan dibentang di Parlimen pada suku pertama 2022," kata beliau.

Mansor berkata demikian ketika menjawab soalan Nurul Izzah Anwar (PH-Pematang Pauh) mengenai status cadangan pindaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 ketika pemerintahan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini.

Antara yang dicadangkan dalam pindaan itu adalah menaikkan denda maksimum kepada RM10 juta daripada RM500,000 pada ketika ini.

Menjawab soalan asal yang dibangkitkan oleh Datuk Mohd Nizar Zakaria (BN-Parit) mengenai usaha Kementerian Alam Sekitar dan Air dalam memastikan kejadian pencemaran sungai yang tidak berulang, Mansor memberitahu, kementeriannya mengambil langkah-langkah yang sewajarnya dalam menangani masalah pencemaran.

Antaranya kata beliau adalah seperti berikut: