IPOH: Parkir bertingkat dan pasar awam antara pelan pembangunan jangka panjang yang dirancang Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi meningkatkan prasarana sekitar bandar raya ini.
Menterinya Nga Kor Ming berkata itu antara hasil lawatan beliau ke kawasan Pekan Lama Ipoh dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kepayang yang mendapati banyak perubahan yang diinginkan oleh rakyat setempat.
"Saya telah mengarahkan Datuk Bandar Ipoh Datuk Rumaizi Baharin untuk mengemukakan pelan pembangunan tempat meletak kereta bertingkat di Pekan Lama Ipoh bagi mengatasi masalah kesesakan yang sekian lama membelenggu pelancong dan penduduk setempat.
"Tahun depan KPKT juga akan melakukan kerja menaik taraf dan membaik pulih Pasar Besar Ipoh yang kini dilihat dalam keadaan kurang memuaskan apabila lawatan saya secara senyap mendapati banyak masalah kebersihan, lampu dan bumbung bocor yang perlu diatasi," katanya.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kepayang berkata demikian pada sidang media Majlis Perasmian Pusat Khidmat ADUN itu di sini semalam yang turut dihadiri Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar.
Nga berkata beliau turut mengadakan perbincangan bersama Rumaizi berhubung Pangsapuri Waller Court di sini yang merupakan antara pangsapuri tertua di Malaysia dan terpanjang di Asia Tenggara kira-kira 60 tahun yang berada dalam keadaan daif dan usang serta perlu dibaik pulih.
"Majlis Bandaraya Ipoh akan mengemukakan pelan pembangunan semula kawasan ini supaya ia menawarkan satu mercu tanda selaras imej Bandaraya Ipoh yang perlu kita jaga bersama," katanya.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Teluk Intan itu berkata projek pembinaan semula Pasar Pinji yang asalnya dibina pada 1959 dan kini berusia 63 tahun pula akan disambung semula selepas dibatalkan oleh kerajaan terdahulu.
"Setelah melawat dan melihat keadaan yang cukup usang maka saya bersetuju supaya sebuah pasar baharu serba moden dapat dibina di Pasir Pinji dan saya berharap ia dapat disiapkan menjelang 2025 atau 2026 dalam penggal ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 12 2022

Nga (tengah) bergambar di hadapan bangunan DAP ketika hadir pada Majlis Perasmian Pusat Khidmat ADUN Kepayang di Jalan Teh Hawa, Ipoh, malam tadi. --fotoBERNAMA

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Kereta jatuh bangunan, pemandu nyaris maut
Seorang lelaki nyaris maut apabila kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjatuh dari tingkat dua sebuah bangunan dekat Setia Alam di sini pada Sabtu.

Lambakan kenderaan, DBKL sediakan 14 parkir bertingkat di PA, PPR
DBKL telah membangunkan fasiliti 14 tempat letak kereta bertingkat di 14 kawasan Perumahan Awam (PA) dan Projek Perumahan Rakyat (PPR).

Elak kesesakan, Hospital Selayang guna parkir mekanikal
Pengenalan sistem parkir mekanikal dijangka mampu mengatasi masalah parkir dan kesesakan di hospital sekali gus dapat memberi manfaat buat pengunjung.

Parkir bertingkat, pasar awam antara pelan pembangunan KPKT tingkat prasarana di Ipoh
Hasil lawatan beliau ke Pekan Lama Ipoh dan kawasan DUN Kepayang mendapati, banyak perubahan yang diinginkan rakyat setempat.

Penerbangan pertama haji pada 14 Julai
Penerbangan pergi terakhir pula ialah pada 15 Ogos, manakala penerbangan pulang dijadualkan pada 29 Ogos hingga 25 Sept.

Cadangan membina parkir bertingkat di Zoo Negara
Zoo Negara akan membina kemudahan parkir bertingkat tahun depan bagi menampung jumlah pengunjung yang semakin bertambah setiap tahun.