KUALA TERENGGANU: Paras air di Empangan Hidro di Stesen Janakuasa Kenyir Tenaga Nasional Berhad (TNB) masih berada pada paras terkawal dan di bawah paras limpah setakat ini.
TNB dalam satu kenyataan memaklumkan pemantauan secara berterusan sedang dijalankan dan maklumat yang berkaitan sentiasa disalurkan kepada pihak berkuasa secara berkala.
"Orang ramai dinasihatkan supaya mendapatkan maklumat yang sahih melalui saluran rasmi TNB di Facebook TNB Careline atau Twitter Tenaga_Nasional sahaja," menurut kenyataan itu.
Hari ini, tular di media sosial mengenai bunyi siren di Empangan Kenyir yang kononnya meminta penduduk Terengganu terutama Daerah Hulu Terengganu berhati-hati dengan kemungkinan banjir yang lebih besar akan melanda disebabkan air daripada empangan akan dilepaskan.
Sementara itu, beberapa pengusaha rumah bot di Tasik Kenyir yang dihubungi Bernama berharap orang ramai tidak menyebarkan berita palsu berhubung pelepasan air daripada empangan berkenaan.
Sulong Mustafa, 51, berkata berdasarkan pemerhatiannya, paras air pada tahun ini adalah lebih rendah berbanding tahun lepas dan air masih belum melimpah ke tempat meletak kenderaan di Pengkalan Gawi seperti yang pernah berlaku sebelum ini.
"Jangan sebar perkara yang belum tentu kesahihannya kerana hanya menimbulkan panik di kalangan orang ramai, saya sendiri dihujani pelbagai pertanyaan mengenai perkara itu sejak pagi tadi. Apa yang boleh saya katakan keadaan di sini masih terkawal dan tidak seperti yang digembar-gemburkan," katanya yang terlibat dalam perniagaan rumah bot sejak sembilan tahun lepas.
Seorang lagi pengusaha rumah bot, Zalani Endut, 47, berkata kali terakhir paras air di Tasik Kenyir naik dengan agak tinggi ialah pada 2014.
"Setiap kali berlaku banjir, pasti ada video dan berita palsu yang tersebar mengenai air empangan akan dilepaskan sedangkan ia tidak benar, kami yang berada di sini menafikan perkara tersebut.
Lebih baik doakan sahaja banjir pulih secepat mungkin agar industri pelancongan di Tasik Kenyir ini dapat beroperasi semula," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 27 2022

Paras air di Empangan Hidro di Stesen Janakuasa Kenyir Tenaga Nasional Berhad (TNB) masih berada pada paras terkawal dan di bawah paras limpah setakat ini. - Gambar fail/BERNAMA

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Paras air di Empangan Hidro Stesen Janakuasa Kenyir masih di paras terkawal - TNB
Paras air di Empangan Hidro di Stesen Janakuasa Kenyir Tenaga Nasional Berhad (TNB) masih berada pada paras terkawal dan di bawah paras limpah setakat ini.