Liek Hou muncul juara menerusi acara perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal) setelah menewaskan wakil Indonesia, Suryo Nugroho 21-13, 21-15 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Porte de la Chapelle Arena, Paris, malam tadi, sekali gus mempertahankan pingat emas yang dirangkul pada Paralimpik Tokyo 2020.
Menerusi hantaran platform X hari ini, Anwar berkata, pencapaian itu sangat membanggakan kerana telah mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.
"Kita beroleh pingat emas pertama di #Paralympic2024! Lebih membanggakan kerana saudara Cheah Liek Hou berjaya mempertahankan pingat emas yang dirangkul pada Paralimpik lalu.
"Tahniah! Saudara mengharumkan nama Malaysia di persada dunia!" katanya. - BERNAMA
