KAJANG: Mahkamah Majistret di sini hari ini menjatuhkan hukuman denda RM2,100 ke atas bekas Exco Pemuda UMNO, Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris, selepas didapati bersalah mencederakan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan menyebut perkataan kurang sopan serta menghina Ahli Parlimen Muar itu.
Majistret Muhammad Noor Firdaus Rosli membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap Wan Muhammad Azri, 40, pada akhir kes pembelaan.
"Oleh itu, tertuduh (Wan Muhammad Azri) didapati bersalah atas dua pertuduhan. Bagi pertuduhan pindaan iaitu menyebut perkataan kurang sopan dan menghina, tertuduh didenda RM100 dan penjara sehari jika gagal membayar denda manakala pertuduhan mencederakan, tertuduh didenda RM2,000 dan penjara tiga bulan jika gagal membayar denda," katanya.
Muhammad Noor Firdaus dalam penghakimannya berkata bagi pertuduhan menyebut perkataan kurang sopan serta menghina, ia perbuatan yang mengganggu-gugat keamanan.
"Bagi pertuduhan mencederakan, ia hanya melibatkan beberapa pergerakan kecil jari, namun telah mendatangkan rasa sakit kepada mangsa (Syed Saddiq) yang juga saksi dalam kes tersebut. Sehubungan itu, hukuman (mencederakan) haruslah setara dengan kekasaran yang telah dilakukan," kata majistret itu.
Selepas menjatuhkan hukuman, Muhammad Noor Firdaus mengingatkan tertuduh dan orang awam yang berada di galeri awam dengan memetik sepotong ayat hadis iaitu "seorang Muslim (yang sempurna) ialah seorang yang selamat daripada lidah dan tangannya".
"Mahkamah dimaklumkan tertuduh menuntut di sebuah sekolah pondok, mungkin ini adalah masa yang tepat untuk saya mengingatkan diri sendiri dan semua tentang apa yang telah ditinggalkan kepada kita.
"Saya turut menzahirkan penghargaan kepada pihak peguam dan pendakwaan yang mengendalikan kes ini atas kesantunan dan kerjasama yang ditonjolkan," katanya.
Semasa rayuan terhadap hukuman, peguam Nik Saiful Adli Burhan mewakili Wan Muhammad Azri memohon anak guamnya dikenakan hukuman berbentuk denda paling rendah atas alasan tertuduh kini hanya peniaga dan pendapatannya tidak menentu.
"Selepas kejadian ini, beliau tidak pernah melakukan kesalahan termasuk kekerasan. Ini membuktikan beliau seorang yang baik dan telah insaf atas perbuatannya," katanya dan menambah tertuduh telah memberikan kerjasama yang baik kepada mahkamah sepanjang perbicaraan.
Timbalan Pendakwa Raya Norfarhanim Abdul Halim memohon hukuman sewajarnya bagi memberi pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat.
"Mahkamah perlu mengambil kira tertuduh merupakan orang yang dikenali masyarakat dan sepatutnya memberi contoh baik kepada umum. Mangsa telah mengalami kecederaan dan percakapan tertuduh mungkin dianggap biasa oleh tertuduh tetapi bukan dianggap biasa bagi individu lain," katanya.
Seramai 11 saksi pendakwaan termasuk Syed Saddiq telah memberi keterangan pada perbicaraan bermula 4 Nov 2019 manakala pada peringkat pembelaan seramai enam saksi termasuk Wan Muhammad Azri telah memberikan keterangan.
Pada 21 Feb lepas, Mahkamah Majistret memerintah Wan Muhammad Azri membela diri atas pertuduhan mencederakan Syed Saddiq dan pertuduhan pindaan iaitu menyebut perkataan kurang sopan dan menghina Syed Saddiq.
Sebelum ini beliau didakwa atas pertuduhan mengaibkan kehormatan ahli Parlimen tersebut di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.
Wan Muhammad Azri menghadapi pertuduhan menyebut perkataan kurang sopan dan menghina iaitu "kau bodoh" terhadap Syed Saddiq, iaitu keamanan mungkin terganggu di tepi jalan Persiaran Impian Perdana, Saujana Impian di sini pada 11.05 pagi, 16 Feb 2019, mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang membawa hukuman denda maksimum RM100.
Beliau turut didakwa sengaja mendatangkan kecederaan terhadap pengasas parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) itu pada bahagian leher dan bahu, di tempat, masa dan tarikh sama mengikut Seksyen 323 kanun sama, yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 12 2023

Pada 21 Feb lepas, Mahkamah Majistret memerintah Wan Muhammad Azri membela diri atas pertuduhan mencederakan Syed Saddiq dan pertuduhan pindaan iaitu menyebut perkataan kurang sopan dan menghina Syed Saddiq. - Gambar fail

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

KPN dapat kebenaran mulakan prosiding komital terhadap Papagomo
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain memperoleh kebenaran memulakan prosiding komital terhadap blogger Papagomo.

Saman fitnah: KPN fail prosiding komital terhadap Papagomo
Ia berhubung kes saman RM3 juta yang difailkan Razarudin selaku plaintif terhadap Wan Muhammad Azri sebagai defendan atas dakwaan memfitnah.

Papagomo dilarang keluar kenyataan fitnah terhadap KPN, diarah padam video
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berjaya dalam permohonannya untuk menghalang blogger Papagomo daripada mengeluarkan kenyataan fitnah terhadapnya.

Papagomo diperintah padam kenyataan fitnah terhadap KPN
Pesuruhjaya Kehakiman benarkan permohonan Razarudin untuk perintah injunksi bagi menghalang Papagomo keluarkan kenyataan berbaur fitnah.

Ketua Polis Negara saman Papagomo kes fitnah
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memfailkan notis tuntutan saman terhadap blogger kontroversi, Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris.

Papagomo dibebaskan dengan jaminan polis selepas beri keterangan
Papagomo ditahan 1.30 pagi semalam bagi membantu siasatan berkaitan kes memanipulasi nama sebuah syarikat untuk mengutip dana daripada orang awam.

Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.

Keputusan representasi Papagomo gugur pertuduhan hasut, babit Agong Januari depan
Keputusan representasi dikemukakan Papagomo bagi menggugurkan pertuduhan menghasut yang mendatangkan kebencian terhadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim akan diketahui 6 Jan depan.

Papagomo akan kemuka representasi untuk gugur tuduhan kes menghasut
Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali Papagomo, akan mengemukakan representasi bagi menggugurkan pertuduhan menghasut.

Fahmi Fadzil mohon kes saman terhadap Papagomo, dua lain dibicarakan bersama
Fahmi Fadzil akan memfailkan permohonan supaya kes samannya terhadap Wan Muhammad Azri Wan Deris atau dikenali sebagai Papagomo, Ahmad Dusuki Abd Rani dan Mohd Fauzan Madzlan dibicara bersama.