SHAH ALAM: Pameran Penerbangan Selangor (SAS) 2024 menarik 110 pempamer bagi edisi keempatnya yang akan diadakan dari 12 hingga 14 September ini di Pusat Penerbangan Serantau (RAC) Skypark, Subang.
Exco Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti negeri, Ng Sze Han berkata, SAS 2024 akan menampilkan 15 syarikat dari tujuh negara iaitu Amerika Syarikat (AS) , United Kingdom, China, Singapura, Jerman, Perancis dan Republik Czech.
"Acara kali ini turut mengetengahkan Cirrus Aircraft, Textron Aviation, Dassault Aviation, Bombardier, UMW Aerospace dan banyak lagi.
"Selain itu, kami akan mempunyai paparan statik yang datang dari pasukan AS, Perancis, Singapura dan Malaysia serta pelbagai jenis pesawat seperti pesawat Diamond, Falcon 8x, Caravan, Piaggio Avanti dan lain-lain," katanya semasa sidang media pada majis pelancaran awal SAS 2024 di sini, pada Khamis.
Beliau berkata, penganjuran tahun ini juga akan membawa 40 peserta industri aeroangkasa dan penerbangan semasa pameran kerjaya yang diharap dapat menghubungkan bakat berpotensi dengan peserta industri.
Ng berkata, pada 12 Sept, acara itu juga akan memberi penghormatan kepada wanita dalam industri penerbangan melalui Anugerah Wanita dalam Penerbangan dengan kerjasama Women in Aviation Asia (WiAA) dan Women@MAG (Malaysia Aviation Group).
"Wanita membentuk kurang daripada 20 peratus tenaga kerja penerbangan di seluruh dunia, jadi ini adalah cara kami meraikan pencapaian luar biasa mereka dalam industri aeroangkasa dan penerbangan Malaysia.
"Pengunjung juga boleh menyaksikan pertunjukan udara oleh juruterbang aerobatik pertama Malaysia yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Kapten John Sham atau lebih dikenali dengan nama panggilan Scratchman," katanya. - BERNAMA
Bernama
Thu Jul 11 2024

Ng berkata, SAS 2024 akan menampilkan 15 syarikat dari tujuh negara iaitu AS , United Kingdom, China, Singapura, Jerman, Perancis dan Republik Czech. - Gambar fail/Bernama

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Perkeso, MAVCOM meterai MoU perkukuh penguatkuasaan sektor penerbangan
Mohammed Azman berkata kerjasama ini bagi memastikan majikan dan pekerja industri penerbangan berdaftar dan mencarum

Malaysia catat trafik penumpang udara 80.3 juta bagi 10 bulan pertama 2024
Trafik penumpang udara Malaysia bagi tempoh 10 bulan pertama tahun ini mencecah 80.3 juta.

Bayar balik pelanggan jika penerbangan lewat lebih lima jam - Anthony
Syarikat penerbangan dikehendaki menawarkan pengguna pilihan bayaran balik penuh bagi kelewatan penerbangan lima jam dan lebih kepada penumpang yang tidak mahu meneruskan perjalanan mereka.

Kapten Izham mohon maaf, terpaksa kurangkan penerbangan untuk optimumkan perkhidmatan MAS, Firefly
MAG terkesan dengan penangguhan penghantaran pesawat baharu, menyebabkan kurangnya jumlah pesawat penerbangan untuk operasi.

Gangguan IT Global: AirAsia turut terkesan, daftar masuk terjejas
Susulan gangguan siber yang berlaku di seluruh dunia, AirAsia juga mengesahkan turut terkesan dengan gangguan siber tersebut.

Pameran Penerbangan Selangor 2024 tarik 110 pempamer
Pameran Penerbangan Selangor (SAS) 2024 edisi keempat akan diadakan dari 12 hingga 14 September ini di Pusat Penerbangan Serantau (RAC) Skypark, Subang.

Kerajaan benarkan syarikat penerbangan kenakan caj pelepasan karbon - Loke
Syarikat penerbangan akan menggunakan bayaran tambahan itu bagi membeli bahan api penerbangan mampan (SAF), manakala yang lain akan membayar kredit karbon untuk mengimbangi pelepasan karbon.

Mavcom unjur trafik penumpang melangkaui 84.5 juta pada 2023, 93.9 juta untuk 2024
Saripuddin berkata pertumbuhan dalam trafik penumpang telah menyerlahkan pemulihan berterusan sektor penerbangan di Malaysia.

Syarikat penerbangan perlu dinilai, diaudit sebelum ASL diberikan - Anthony Loke
Beliau berkata antara aspek utama yang perlu dilihat ialah kemampuan kewangan syarikat terbabit.

AirAsia X lebar sayap ke Kazakhstan, tawar tambang serendah RM99
Benyamin Ismail berkata, ia adalah pasaran baru sepenuhnya bagi AAX dan merupakan laluan strategik untuk diteroka secara lebih luas.