PETALING JAYA: Pakaian tradisional pelbagai kaum di negara ini yang merupakan warisan tamadun dan peradaban sejak zaman berzaman perlu terus dipelihara dan ditonjolkan kepada umum supaya 'tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas'.
Sehubungan itu, Muzium Tekstil Negara dengan kerjasama Paradigm Mall menganjurkan 'Pameran Warna Warni Busana Malaysia' di lot kedai aras satu di pusat beli-belah itu sehingga 17 Sept ini.
Pengarah Muzium Tekstil Negara Tengku Intan Rahimah Tengku Mat Saman berkata pameran itu bertujuan mempamerkan keunikan, keanggunan dan kepelbagaian busana tradisional serta perhiasan diri yang melambangkan sifat majmuk rakyat Malaysia sempena sambutan Hari Kebangsaan 2023.
"Pameran ini mengetengahkan keunikan dan keistimewaan busana tradisional setiap kaum iaitu Melayu, Cina, India, masyarakat Sabah dan Sarawak serta Orang Asli.
"Turut dipamerkan koleksi perhiasan kepala yang dipakai oleh setiap raja dan sultan yang ada selain barang perhiasan diri yang menjadi pelengkap sesuatu busana," katanya kepada Bernama.
Tengku Intan Rahimah berkata pameran itu yang menyasarkan 10,000 pengunjung bukan sahaja dapat memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum, tetapi mengeratkan kerjasama strategik dalam usaha mengangkat, memelihara dan memulihara warisan budaya di Malaysia.
Katanya 68 koleksi bahan yang dipamerkan merupakan milik Muzium Tekstil Negara selain ada yang dipinjamkan dari Muzium Diraja dan Arkib Negara Malaysia.
Antara yang menarik ialah replika baju Muskat yang dipakai oleh Perdana Menteri pertama Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj semasa pemahsyuran kemerdekaan di Stadium Merdeka pada 31 Ogos 1957 serta Tengkolok Diraja yang merupakan pakaian kebesaran Raja-raja Melayu.
"Perhiasan lain seperti Selendang Kelingkan daripada kain kasa berwarna merah jambu yang diperindah dengan sulaman kelingkan menggunakan pita logam pipeh bermotifkan bunga tabur serta Pinakol iaitu aksesori jenis selempang diperbuat daripada manik leper oleh masyarakat Rungus di Kudat, Sabah," katanya.
Beliau berkata atas faktor keselamatan kebanyakan koleksi yang dibawa ke pameran itu merupakan replika yang dibuat hampir sama dengan asli.
Pengunjung dari Kuala Lumpur, Walter Chua, 41, berkata pameran itu membawanya untuk lebih mengenali pakaian tradisional pelbagai kaum di Malaysia selain mengetahui lebih mendalam mengenai Tengkolok Diraja.
"Baru saya tahu, rupa-rupanya setiap tengkolok itu ada perbezaannya dan ada cara ikatan tersendiri bagi setiap negeri," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 25 2023

Muzium Tekstil Negara menganjurkan 'Pameran Warna Warni Busana Malaysia' di Paradigm Mall sehingga 17 Sept ini. - Foto Facebook/Paradigm Mall Petaling Jaya

Jurulatih kebangsaan label aksi Liga-M tak menarik, tempo perlahan
Ketua jurulatih baharu kebangsaan, Peter Cklamovski, menggesa kancah Liga Malaysia (Liga-M) agar mencontohi liga di Thailand dan Vietnam dalam usaha melahirkan skuad kebangsaan yang lebih berkualiti.

KESUMA berusaha pastikan RUU wajibkan pekerja gig mencarum dilulus segera - Sim
Kementerian Sumber Manusia akan berusaha memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig dilulus dan dilaksanakan secepat mungkin.
Ismail Sabri keluar dari SPRM, lima jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan selepas lebih lima jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kes Zayn Rayyan: Pegawai penyiasat nafi diberi tekanan semasa siasatan
Seorang saksi pendakwaan kelima iaitu pegawai penyiasat kes kematian Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, menafikan beliau menerima tekanan daripada pihak atasan.

Intel Corp lantik Tan Lip Bu sebagai CEO, berpengalaman luas dalam industri cip
Intel Corporation telah melantik anak kelahiran Malaysia, Tan Lip Bu sebagai sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 18 Mac depan.
Hamas sambut baik Trump tolak pemindahan rakyat Gaza
Hamas mengalu-alukan kenyataan Donald Trump yang menolak pemindahan rakyat Gaza. Rundingan antara Hamas dan AS turut berlangsung di Qatar, membincangkan isu tebusan dan gencatan senjata dengan Israel.

Presiden Syria tubuh Majlis Keselamatan Negara
Presiden Syria Ahmed al-Sharaa mengeluarkan dekri pada Rabu bagi penubuhan Majlis Keselamatan Negara untuk menyelaras dan mengurus dasar keselamatan serta politik negara, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Anak kelahiran Malaysia Lip-Bu Tan kini terajui Intel
Intel melantik Lip-Bu Tan, tokoh kelahiran Malaysia, sebagai CEO baharu ketika syarikat itu berdepan cabaran industri dan persaingan sengit.
[TERKINI] Ismail Sabri dalam proses beri keterangan
Siasatan terkait kes rasuah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih diteruskan dengan beliau diambil keterangan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur sempena Aidilfitri
Bagi memenuhi permintaan tinggi pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan empat perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur.

Rekaan Baju Melayu teruk dikecam, Arma Couture tiada niat ‘lucahkan’ pakaian tradisional
Rekaan itu meraih pelbagai komen negatif warganet di mana rata-ratanya menganggap baju berkenaan memalukan serta merosakkan imej Melayu.

Busana tradisional serikan Larian Ria MADANI
Acara Larian Ria MADANI yang bertemakan pakaian tradisional melibatkan kira-kira 2,500 peserta.

Pengetua sekolah di Perancis larang pelajar berpakaian kimono hadiri kelas
Pengetua sebuah sekolah menengah di Lyon Perancis mengarahkan seorang pelajar pulang kerana memakai pakaian tradisional Jepun, kimono.

Pameran busana pelbagai kaum serlah keharmonian Malaysia
Muzium Tekstil Negara menganjurkan 'Pameran Warna Warni Busana Malaysia' di Paradigm Mall sehingga 17 Sept ini.

Malaysia serah pencalonan bersama berbilang negara bagi kebaya kepada UNESCO
Malaysia bersama dengan Brunei, Indonesia, Singapura dan Thailand telah menyerahkan pencalonan bersama bagi pakaian tradisional Kebaya ke UNESCO bagi tahun 2023.

Demi martabatkan warisan, empat negara termasuk Malaysia sepakat calonkan kebaya ke Unesco!
Memartabatkan kebaya yang telah wujud sejak permulaan abad ke-20 sebagai busana budaya dan tradisi banyak masyarakat di Asia Tenggara.

Berpakaian umpama pendekar untuk terjemah semangat patrotisme
Memperagakan pakaian tradisional umpama persalinan pejuang zaman dahulu adalah cara mereka menzahirkan rasa cintakan negara.

2,500 sertai larian dengan berpakaian tradisional di jambatan
Larian akan dijadikan acara tahunan berikutan sambutan menggalakkan daripada masyarakat pelbagai kaum dan agama, selain mencapai objektifnya memupuk semangat muhibbah serta toleransi penduduk.

Rumah Budaya tarikan terbaharu Menara KL
Menganggapnya satu peluang keemasan, pelakon, pengarah dan penerbit terkenal itu menyahut cabaran meneraju Rumah Budaya atau Culture House, tarikan terbaharu di Menara Kuala Lumpur.

#MarilahMari: Kempen pakai busana tradisional dapat sambutan pengundi
Kempen memakai busana tradisional semasa membuang undi yang dilancarkan di platform media sosial dengan hashtag #marilahmari mendapat sambutan hangat.