Pakar Patologi Hospital Kuala Lumpur (HKL) bersama pegawai-pegawainya dilihat meninggalkan perkarangan Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), pada pukul 9.25 malam ini, selepas 12 jam berada di hospital itu.
Mereka tiba di sini, pada pukul 9.05 pagi tadi bagi proses bedah siasat remaja Ireland, Nora Anne Quoirin,15, yang ditemui mati semalam di kawasan lurah berhampiran anak sungai, kira-kira 2.5 kilometer daripada resort penginapannya.
Kesemua doktor berkenaan ketika dihampiri petugas media enggan membuka mulut mengenai proses bedah siasat itu yang telah berlangsung lebih 10 jam.
Ketika hujan sederhana lebat mulai turun di kawasan hospital itu, petugas media dilihat mula meninggalkan perkarangan Jabatan Perubatan Forensik HTJ.
Terdahulu, polis pada sidang media memaklumkan sehingga pukul 8.15 malam tadi, proses bedah siasat mayat remaja itu masih diteruskan dan punca kematian belum diketahui.
Bedah siasat dikendalikan oleh pakar Patologi HKL Dr Siew Sheue Feng, bersama Dr Hanif Mohammad dari HTJ dan dibantu pakar dari Jabatan Kimia dan Jabatan Forensik Petaling Jaya.
Bernama
Wed Aug 14 2019
Mereka tiba di sini, pada pukul 9.05 pagi tadi bagi proses bedah siasat remaja Ireland, Nora Anne (gambar) yang ditemui mati semalam di kawasan lurah berhampiran anak sungai, kira-kira 2.5 kilometer daripada resort penginapannya. - Gambar fail
Bau busuk bongkar skru tertanam dalam hidung
Doktor berjaya menemui objek mencurigakan berwarna hitam dalam rongga hidung kanak-kanak itu dan ia disahkan melalui imbasan CT di kepalanya.
[LAPOR LANGSUNG] Letupan baharu menggegarkan Beirut
Rakaman video menunjukkan letupan itu menerangi pinggir bandar selatan yang padat penduduk.
Letupan baharu menggegarkan Beirut
Letupan kuat itu bermula hampir tengah malam dan berterusan hingga Ahad.
#AWANIRingkas 6 Oktober 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 6 Oktober 2024
1️⃣ Keperluan tenaga boleh baharu
2️⃣ Menjelang Belanjawan 2025
3️⃣ Banjir di Perak dan Selangor
#awaniringkas
1️⃣ Keperluan tenaga boleh baharu
2️⃣ Menjelang Belanjawan 2025
3️⃣ Banjir di Perak dan Selangor
#awaniringkas
KPT akan pastikan capaian internet di IPTA berada di tahap tertinggi - Zambry
KPT sedang berusaha memastikan capaian Internet di semua IPTA berada pada tahap tertinggi.
AWANI Ringkas: Keperluan tenaga boleh baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Enam rakyat Malaysia selamat tiba dari Lubnan, jumlah keseluruhan kini 17 orang dievakuasi
Wisma Putra dalam kenyataan segera memaklumkan, seramai enam orang lagi turut dijadualkan tiba di Malaysia malam ini.
Bekas gabenor New York, anak tiri diserang empat individu
Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka serta badan dan dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.
Tentera AS lancar serangan di bandar Yaman
AS menyerang 15 sasaran Houthi di kawasan yang dikawal oleh kumpulan yang disokong Iran itu.
Korea Selatan pindahkan 97 rakyatnya dari Lubnan
Kementerian Luar Korea Selatan maklumkan, kesemua mereka tiba di Korea Selatan pada petang Sabtu.
Pesara guru maut ditikam anak lelaki
Seorang pesara guru maut akibat ditikam anak lelakinya di rumahnya di Kampung Senaling, Kuala Pilah di sini, petang tadi.
Masalah peribadi, hutang dipercayai punca pengawal keselamatan dibunuh
Masalah peribadi dan hutang dipercayai motif pembunuhan pengawal keselamatan yang mayatnya ditemukan dalam but sebuah kereta di tepi Jalan Pasir, Taman Pertama, Sabak Bernam, 16 Sept lepas.
Tular gambar bedah siasat Zayn Rayyan: Pihak pembelaan belum terima perkembangan siasatan
Menurut peguam, laporan berkaitan kebocoran gambar dan maklumat kanak-kanak tersebut dibuat seorang ahli keluarga Zaim Ikhwan dan pihak polis.
Bayi lapan bulan maut di taska akibat lemas - Polis
Bedah siasat terhadap bayi berusia lapan bulan yang meninggal dunia di sebuah taska di Alor Gajah mendapati punca kematiannya disebabkan lemas.
Kes bunuh Nur Farah Kartini: 7 Okt untuk serahan laporan kimia, bedah siasat
Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu di sini hari ini menetapkan 7 Okt untuk penyerahan laporan kimia dan bedah siasat Nur Farah Kartini Abdullah.
Penjenayah ditembak mati di Subang terbabit kes samun bersenjata api
Polis mengesahkan lelaki yang ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan di Jalan PJS 9/1 Subang Jaya, Selangor, petang tadi merupakan ahli kumpulan samun bersenjata api.
Keluarga Muhammad Nidza Afham reda, serah hal siasatan kepada polis
Keluarga Muhammad Nidza Afham Mokhtar menyerahkan sepenuhnya urusan siasatan kematian Allahyarham kepada pihak berkuasa.
Jenazah Muhammad Nidza Afham selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham Muhammad Nidza Afham Mokhtar selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Bandar Puncak Alam jam 6.30 petang tadi.
Suasana pilu, keluarga dan sahabat tunggu ketibaan jenazah Nidza Afham
Suasana pilu menyelubungi keluarga, saudara dan sahabat Allahyarham Muhammad Nidza Afham Mokhtar di Masjid Puncak Alam di sini, petang ini.
Mayat Muhammad Nidza Afham dibawa ke Hospital Shah Alam
Mayat Muhammad Nidza Afham Mokhtar yang ditemukan di Sungai Klang petang tadi dibawa ke Unit Forensik Hospital Shah Alam (HSA) untuk urusan bedah siasat.