KUALA LUMPUR:Pakar kesihatan berharap terdapat campur tangan daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk mengelakkan Pilihan Raya Umum (PRU) berlaku dalam waktu terdekat.
Ini susulan suhu politik tanah air semakin panas dengan terdapat gesaan beberapa pihak yang mahu mengadakan PRU dalam masa terdekat.
Menurut Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar, Al-Sultan Abdullah boleh menasihati ahli politik dan kerajaan supaya mengimbangi antara kepentingan PRU dan kemaslahatan umum.
"Kita bukan menentang PRU, tapi bukan sekaranglah. Kita harapkan sekiranya perlu campur tangan Baginda Agong atau Majlis Raja-Raja Melayu.
“Pertamanya memberi nasihat kepada ahli politik dan kerajaan supaya mengimbangi kepentingan antara mengadakan PRU dan kemaslahatan umum,” katanya kepada Astro AWANI pada Khamis.
Sementara itu, pandangan sama turut dikongsi Pakar Kesihatan Awam Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Malina Osman yang merayu agar pemimpin politik tidak mengemukakan cadangan mengadakan PRU dalam masa terdekat.
“Sebaliknya menumpukan kepada memperkasakan komuniti masing-masing di kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) agar memastikan setiap individu melaksanakan pencegahan dan kawalan bagi memabntu barisan hadapan turunkan kes-kes sedia ada,” ujarnya.
Pada Rabu, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr. Noor Hisham Abdullah memberi peringatan mengenai keadaan wabak COVID-19 yang berada pada ‘tahap genting’ ketika ini.
Malaysia merekodkan kes harian baharu COVID-19 tertinggi pada Rabu iaitu 2,593 kes menjadikan jumlah kumuluatif sebanyak 125,438 kes.
Afiezy Azaman
Thu Jan 07 2021

Pada Rabu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah memberi peringatan mengenai keadaan wabak COVID-19 yang berada pada tahap genting ketika ini. - Gambar hiasan

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Hati-hati guna tandas awam, HFMD boleh dijangkiti menerusi najis - Dr Malina
Selain bendalir seperti air liur dan hingus, penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) boleh dijangkiti menerusi najis.

PRN Melaka: Pematuhan SOP longgar, gelombang baharu dibimbangi tercetus - Pakar kesihatan
Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar berkata, berdasarkan pemerhatian pihaknya, tahap pematuhan SOP PRN Melaka kelihatan agak longgar.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Tun Mahathir kongsi pengalaman anggota keluarga dijangkiti COVID-19
Dr Mahathir turut mendedahkan salah seorang daripada ahli keluarganya didapati positif COVID-19.

Pakar kesihatan rayu campur tangan Agong henti PRU15, barisan hadapan tertekan
Ini susulan suhu politik tanah air semakin panas dengan terdapat gesaan beberapa pihak yang mahu mengadakan PRU dalam masa terdekat.

Elak rentas negeri, balik kampung sementara tunggu vaksin - Pakar kesihatan
Kerajaan dan Kementerian Kesihatan telah pun menyediakan pelan strategik bagi menghadapi sebarang kemungkinan sekiranya berlaku peningkatan kes secara mendadak.

COVID-19: Pakar khuatir kes pandemik naik mendadak susulan protes di AS
Pakar itu juga menggesa penunjuk perasaan menyimpan diari di mana mereka berada.