Maka, orang ramai mula ‘share’ kononnya perlunya memakai 2 lapis pelitup muka supaya dapat memberikan perlindungan yang lebih baik terhadap jangkitan COVID-19.
Namun, perkara ini adalah salah & mengelirukan (misleading).
Mengikut kajian Pusat Pengendalian & Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC), perkara yang ditekankan ialah cara pemakaian pelitup muka yang betul, selesa & melitupi dengan kemas pada hidung, mulut & dagu muka (fits snugly to face - fits over nose, mouth & chin).
Perkara ini boleh dilakukan melalui beberapa kaedah.
Langkah 1: Memperbaiki cara pemakaian pelitup muka dengan :
- memilih pelitup muka yang mempunyai jalur logam di bahagian hidung (mask with nose wire)
- pakai pendakap atau pelengkap pelitup muka (mask brace / fitter)
- pakai pelitup muka jenis fabrik di atas pelitup muka 3 lapisan jenis pakai buang
Langkah 3: Ikat gelung getah telinga (ear loop) dan kemaskan bahagian tepi pelitup muka
Mengikut kajian berkenaan, ujikaji di dalam makmal membuktikan bahawa pemakaian pelitup muka jenis perubatan dengan kaedah sedemikian mampu mengurangkan risiko terhadap aerosol yang berpotensi menularkan COVID-19 sebanyak 95%.
Pun begitu, CDC turut mengingatkan supaya :
- Tidak menggabungkan 2 jenis pelitup muka pakai buang
- Jangan gabungkan pelitup muka jenis N95 / KN95 dengan apa-apa pelitup muka yang lain
* Mohd Soffian Osman, Perunding Keselamatan & Kesihatan Awam, Safety Management Academy Sdn. Bhd.
** Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.