Pahlawan negara, Datuk Temenggong Kanang Langkau selamat disemadi di Perkuburan Pahlawan di Jalan Budaya, Kuching. Upacara dilakukan mengikut istiadat ketenteraan.
Sebelum itu mendiang diberi penghormatan negara dengan perarakan keranda dari Dewan Suarah ke St. Thomas Cathedral bagi tujuan keagamaan.
Upacara dimula dengan sembahyang untuk mendiang diketuai Micheal Buma Galami, diikuti penyerahan bendera Malaysia kepada balu mendiang, Datin Brawang Chunggat.
Majlis berakhir dengan meletak kalungan ke pusara diketuai oleh Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Alfred Jabu Numpang.
Hadir bagi memberi penghormatan terakhir kepada mendiang ialah Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui, mewakili menteri kabinet persekutuan dan kerajaan.
Turut sama, Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin dan Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin.
Selain itu penghormatan diberikan 78 veteran tentera daripada pasukan anggota 1 dan 8 renjer, serta pasukan Rejimen Askar Melayu Diraja yang diterbangkan khas dari Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia Subang.
Astro Awani
Sun Jan 06 2013


KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

PM Anwar seru semua pihak jadi ejen perpaduan, satukan rakyat pelbagai kaum
Perdana Menteri mengajak seluruh rakyat Malaysia agar bersama-sama menjadi ejen perpaduan dan membantu usaha Kerajaan Madani menyatukan seluruh rakyat Malaysia.

Wanita gugur tuntutan mahkamah terhadap Mike Tyson atas kesalahan rogol
Seorang wanita yang menuduh Mike Tyson merogolnya dalam limosin pada 1991 telah menggugurkan tuntutan mahkamah terhadapnya.
Pantau Belanjawan: Sejauh mana kesediaan Malaysia untuk peralihan kepada tenaga nuklear?
Sekurang-kurangnya lapan protokol atau konvensyen penting yang ditetapkan oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) perlu ditandatangani dan disahkan sebelum Malaysia dapat meneroka penggunaan tenaga nuklear untuk penjanaan elektrik. Apakah langkah yang telah diambil, dan apakah cabaran yang kekal dalam memenuhi piawaian nuklear antarabangsa? Kupasan lanjut bersama Felo Utama, Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), UKM, Prof. Dr. Ahmad Fariz Mohamed.

Malaysia perkukuh rantaian bekalan semikonduktor bersama negara ASEAN - Liew
Malaysia tidak berhasrat untuk bersaing dengan negara jiran atau negara anggota ASEAN lain dalam usaha memperkukuh rantaian bekalan terutama dalam sektor semikonduktor di rantau ini.

Balu Kanang terharu dikunjungi TPM
Datin Brawang Chunggat, balu wira negara Datuk Temenggong Kanang Langkau terharu menerima kunjungan Timbalan Perdana Menteri.