Tiada kata-kata yang dapat mengungkapkan betapa tersentuhnya perasaan Datin Brawang Chunggat, balu wira negara Datuk Temenggong Kanang Langkau, apabila Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sudi meluangkan masa untuk menziarahi keluarganya di sini.
Muhyiddin, yang mempunyai jadual ketat dalam rangka lawatan tiga harinya ke Sarawak, meluangkan kira-kira 20 minit di rumah Brawang di Kampung Sungai Apong Baru, Pending di sini.
"Saya sungguh gembira dan amat bersyukur kerana beliau (Muhyiddin) sudi datang menziarahi keluarga saya untuk menawarkan bantuan serta memberi kata-kata semangat," katanya kepada pemberita selepas kunjungan Muhyiddin itu.
Kanang - wira kebanggaan negara yang merupakan satu-satunya penerima pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP), anugerah tertinggi dalam senarai keutamaan Anugerah Persekutuan, dan pingat Panglima Gagah Berani (PG) - kerana keberaniannya, terutama dalam menentang komunis - meninggal dunia pada 3 Jan tahun ini dipercayai akibat sakit jantung.
Beliau berusia 68 tahun.
Brawang berkata Muhyiddin mendengar dengan teliti permohonannya untuk mendapatkan bantuan kerajaan, termasuk sebuah rumah dan elaun bulanan bagi menyara keluarganya dan timbalan perdana menteri berjanji perkara itu akan diteliti pihak berkuasa berkenaan.
Kata Brawang, suaminya, yang bersara sebagai Pegawai Waran 1, Batalion Kelapan Rejimen Renjer Diraja, menerima pencen dan elaun bagi dua pingat keberanian yang diterimanya.
Sambil menyatakan beliau masih belum bersedia sepenuhnya dari segi mental dan kewangan untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan tanpa kehadiran suaminya, Brawang berkata beliau berharap kerajaan akan bersimpati dengan nasib yang menimpanya.
Semasa kunjungan itu, Muhyiddin juga berbual-bual dengan anak Brawang, termasuk anak bungsu lelakinya Harrison Ketit, 16, pelajar Sekolah Vokasional Batu Lintang di sini, yang kelihatan gembira apabila menerima pemberian sebuah komputer riba daripada Muhyiddin untuk membantunya mengikuti pelajaran.
Brawang kemudian menghadiahkan Muhyiddin sebilah parang tradisional kaum Iban "parang ilang," sebagai tanda terima kasih keluarganya kepada timbalan perdana menteri kerana sudi menziarahi mereka.
Antara orang kenamaan yang mengiringi Muhyiddin dalam kunjungan itu ialah Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Alfred Jabu, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin, Menteri Pelancongan dan Perumahan Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg, Menteri Pembangunan Tanah Sarawak Tan Sri Dr James Masing dan Pengerusi Biro Penerangan Barisan Nasional (BN) Datuk Ahmad Maslan.
Turut hadir Panglima 1 Divisyen Mej Jen Datuk Mohd Zaki Mokhtar, Panglima Briged Ketiga Infantri Brig Jen Datuk Redzuan Baharuddin dan Panglima Briged Kesembilan Infantri Brig Jen Datuk Stephen Mundaw.
Bernama
Mon Jan 28 2013

10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

Balu Kanang terharu dikunjungi TPM
Datin Brawang Chunggat, balu wira negara Datuk Temenggong Kanang Langkau terharu menerima kunjungan Timbalan Perdana Menteri.

Kabinet ucap takziah kepada balu Kanang
Jemaah menteri Malaysia hari ini mengucapkan takziah kepada Datin Brawang Chunggat, balu Datuk Temenggong Kanang Anak Langkau

Kanang akan diberi penghormatan pahlawan
Datuk Kanang Anak Langkau yang meninggal dunia awal semalam akan diberi penghormatan pahlawan bagi upacara pengkebumiannya.