KUANTAN: Kerajaan negeri Pahang memperuntukkan RM9.3 juta sebagai Bantuan Prihatin Pahang (BPP) COVID-19 Fasa Dua kepada rakyat negeri itu yang terjejas pendapatan ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKP Diperketatkan (PKPD).
Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata bantuan dalam bentuk wang tunai dan bakul makanan itu diberikan secara bersasar, melibatkan beberapa sektor.
"Antara golongan menerima bantuan ini ialah pengusaha bot dan pemandu pelancong, operator kantin harian sekolah dan pekerja mereka, penyedia perkhidmatan penghantaran, pemandu e-hailing serta sukarelawan di pusat pemberian vaksin (PPV).
"Turut menerimanya ialah masyarakat Orang Asli menerusi tok batin mereka, ahli Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia dan Persatuan Bekas Polis Malaysia serta penggiat seni," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Wan Rosdy berkata penerima lain ialah penduduk di bawah Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung (JKKK), Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Rancangan (JKKR) serta Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung Baharu (JKKB).
Pengagihan bantuan itu akan dilaksanakan secepat mungkin bagi meringankan beban penerimanya.
Wan Rosdy berkata peruntukan baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan BPP COVID-19 untuk tahun ini sebanyak RM17.1 juta, dengan peruntukan fasa pertama berjumlah RM7.8 juta diumumkan pada 24 Mei lalu.
Antara golongan yang menerima manfaat daripada pengagihan fasa pertama ialah miskin tegar, orang kurang upaya, pemandu teksi dan warga emas melebihi 80 tahun yang menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 04 2021

Wan Rosdy berkata, pengagihan bantuan itu akan dilaksanakan secepat mungkin bagi meringankan beban penerimanya. - Gambar fail
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Kilang peluru pertama Malaysia bangunkan ekonomi, wujudkan peluang pekerjaan - Sultan Pahang
Sultan Pahang bertitah kilang peluru automasi tinggi pertama negara, yang akan beroperasi sepenuhnya bulan depan, dapat membangunkan ekonomi dan mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.

Anak syarikat AZRB terima projek bina jambatan bernilai RM63.5 juta
Ia satu lagi pencapaian penting kumpulan selain merupakan bukti rekod prestasi cemerlang AZRB dalam menyiapkan projek seumpamanya.

Pahang meterai enam MoU dengan pemain industri pertanian Australia
Kerajaan Pahang memeterai enam memorandum persefahaman (MoU) dengan pemain industri pertanian, penternakan dan perikanan di Australia.

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka tuntutan palsu
Seorang penjawat awam direman enam hari disyaki membuat tuntutan palsu bagi penginapan hotel melibatkan 41 tuntutan palsu.

Situasi banjir di Pahang pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Sabah meningkat
Situasi banjir di Pahang pulih sepenuhnya manakala jumlah mangsa di Sabah meningkat setakat 8 malam ini.

Kerajaan Pahang akan bangunkan pusat data AI
Projek yang pertama di negeri Pantai Timur itu menyasarkan produk pertanian tempatan untuk pemasaran domestik dan global.

Banjir di Johor beransur pulih, Pahang tidak catat perubahan ketara, Perak kekal
Di Johor, jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 1,860 orang setakat 4 petang ini berbanding 2,498 orang yang direkodkan pagi tadi.

Banjir: Mangsa di Pahang meningkat, Johor berkurang
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Pahang mencatatkan sedikit peningkatan manakala di Johor, Sarawak dan Perak tidak jauh berubah.

Guru pondok di Pahang terima imbuhan RM1,000
Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) akan memberikan imbuhan khas RM1,000 kepada setiap guru pondok di negeri itu membabitkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM650,000.

Pahang taja makan tengah hari untuk calon SPM 2024
Kerajaan Pahang mengambil inisiatif menaja makan tengah hari kepada calon SPM 2024 yang menduduki ujian bertulis sehingga 6 Feb.