KUANTAN: Kerajaan Pahang komited memperkasakan belia negeri ini dengan memperuntukkan lebih RM3 juta tahun ini bagi melaksanakan pelbagai program pembangunan dalam memperkukuh potensi modal insan golongan itu.
Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri Fadzli Mohamad Kamal berkata peruntukan itu disalurkan melalui Jabatan Belia dan Sukan Pahang, Majlis Belia Pahang serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) negeri.
Beliau berkata peruntukan besar itu merupakan langkah jitu kerajaan negeri untuk melaksanakan pelbagai program pembangunan belia merangkumi kepimpinan belia, kesukarelawanan, keusahawanan, teknokrat dan sukan yang dikenal pasti mampu memperkasakan golongan terbabit untuk lebih berdaya saing.
"Belanja yang cukup besar ini diperuntukkan bukan sahaja bagi memenuhi keperluan dan minat pelbagai kelompok dan segmen belia, tetapi juga untuk menyediakan generasi pewaris yang berdaya saing, berdisiplin dan berketahanan yang boleh disandar untuk memimpin negeri ini pada masa hadapan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pengurniaan Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Negeri Pahang dan Anugerah Khas Belia Kerajaan Negeri Pahang 2024 di sini semalam.
Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah berkenan berangkat ke majlis itu bagi menyempurnakan penyampaian anugerah.
Penerima Anugerah Khas Belia Orang Kurang Upaya (OKU) Siti Hawa Apandi, 35, berkata dia tidak menyangka usahanya membangkitkan kesedaran dalam kalangan masyarakat akan kepentingan penyediaan fasiliti mesra OKU melayakkannya untuk menerima anugerah itu.
"Sebagai OKU spinal muscular atrophy yang perlu menggunakan kerusi roda untuk bergerak, saya dapati masih banyak lagi tempat yang tidak mesra OKU, misalnya keluasan tempat letak kenderaan yang tidak sesuai untuk mereka yang berkerusi roda.
"Menerusi Kelab Damai dan dengan kerjasama unit perkhidmatan OKU Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), kami aktif meningkatkan kesedaran menerusi pelbagai program webinar," katanya yang merupakan naib presiden kelab itu dan pelajar Ijazah Doktor Falsafah (PhD) UMPSA.
Mejar Dr Hafiz Zulariffin Zulkarnain, 33, yang menerima Anugerah Khas Diraja berkata beliau tidak menyangka mendapat anugerah itu daripada kerajaan Pahang.
"Saya kini bertugas di Lubnan sebagai Pegawai Perubatan Kanan MALBAT 85011. Saya baru sampai pagi semalam dan tidak jangka menerima anugerah ini," katanya yang telah berkhidmat selama sembilan bulan di Lubnan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 28 2024

Fadzli (kiri) mengiringi Tengku Hassanal menyampaikan anugerah pada Majlis Pengurniaan Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Negeri Pahang dan Anugerah Khas Belia Kerajaan Negeri Pahang 2024 di Kuantan semalam. - Facebook Fadzli

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Kilang peluru pertama Malaysia bangunkan ekonomi, wujudkan peluang pekerjaan - Sultan Pahang
Sultan Pahang bertitah kilang peluru automasi tinggi pertama negara, yang akan beroperasi sepenuhnya bulan depan, dapat membangunkan ekonomi dan mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.

Anak syarikat AZRB terima projek bina jambatan bernilai RM63.5 juta
Ia satu lagi pencapaian penting kumpulan selain merupakan bukti rekod prestasi cemerlang AZRB dalam menyiapkan projek seumpamanya.

Pahang meterai enam MoU dengan pemain industri pertanian Australia
Kerajaan Pahang memeterai enam memorandum persefahaman (MoU) dengan pemain industri pertanian, penternakan dan perikanan di Australia.

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka tuntutan palsu
Seorang penjawat awam direman enam hari disyaki membuat tuntutan palsu bagi penginapan hotel melibatkan 41 tuntutan palsu.

Situasi banjir di Pahang pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Sabah meningkat
Situasi banjir di Pahang pulih sepenuhnya manakala jumlah mangsa di Sabah meningkat setakat 8 malam ini.

Kerajaan Pahang akan bangunkan pusat data AI
Projek yang pertama di negeri Pantai Timur itu menyasarkan produk pertanian tempatan untuk pemasaran domestik dan global.

Banjir di Johor beransur pulih, Pahang tidak catat perubahan ketara, Perak kekal
Di Johor, jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 1,860 orang setakat 4 petang ini berbanding 2,498 orang yang direkodkan pagi tadi.

Banjir: Mangsa di Pahang meningkat, Johor berkurang
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Pahang mencatatkan sedikit peningkatan manakala di Johor, Sarawak dan Perak tidak jauh berubah.

Guru pondok di Pahang terima imbuhan RM1,000
Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) akan memberikan imbuhan khas RM1,000 kepada setiap guru pondok di negeri itu membabitkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM650,000.

Pahang taja makan tengah hari untuk calon SPM 2024
Kerajaan Pahang mengambil inisiatif menaja makan tengah hari kepada calon SPM 2024 yang menduduki ujian bertulis sehingga 6 Feb.