KUANTAN: Rang Undang-Undang (RUU) Antilompat Parti dijangka dibentangkan di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang pada Mei ini dan mendapat kelulusan dua pertiga wakil rakyat.
Yang Dipertua DUN Pahang Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata ini berdasarkan persetujuan semua Ahli DUN (ADUN) selepas mendengar taklimat berhubung Akta Perlembagaan (Pindaan) No.3 2022 (Akta A1663) (Anti Lompat Parti) daripada Pejabat Penasihat Undang-Undang negeri.
"Secara keseluruhannya, semua berpuas hati dan tidak mahu mandat yang diberikan rakyat tidak dipatuhi atau wakil rakyat sewenang-wenangnya melompat ke parti lain untuk kepentingan peribadi.
"Sembilan puluh lima peratus daripada (inti pati) RUU ini boleh dikatakan seperti yang telah diluluskan di Parlimen, cuma ada sedikit perkara yang perlu diperhalusi mengikut situasi DUN Pahang," katanya pada sidang media selepas menghadiri taklimat itu di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Yang Dipertua DUN Pahang Lee Chin Chen, Ketua Pembangkang DUN Pahang Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dan Pesuruhjaya PAS Pahang Rosli Abdul Jabar.
Mohd Sharkar berkata memandangkan DUN Pahang dijadual bersidang pada 8 Mei maka notis berkaitan RUU itu perlu diterima oleh pejabat DUN negeri sebelum 22 April ini.
Pahang antara negeri yang belum melaksanakan undang-undang antilompat parti sejak ia berkuat kuasa pada 5 Okt 2022 selepas diluluskan Dewan Rakyat dan Dewan Negara serta mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.
Sebelum ini, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata kerajaan negeri bersedia membentangkan RUU itu jika mendapat persetujuan dua pertiga wakil rakyat iaitu 28 kerusi yang turut memerlukan persetujuan pembangkang.
Ini kerana komposisi DUN Pahang selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) menyaksikan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) masing-masing memperoleh 17 kerusi manakala lapan lagi dimenangi Pakatan Harapan (PH).
Ditanya mengenai perkara yang masih perlu diperhalusi, Mohd Sharkar berkata antaranya ialah kedudukan lima ADUN lantikan tanpa melalui proses pilihan raya yang diluluskan DUN Pahang pada November 2020.
Perkara itu turut dipersetujui Tuan Ibrahim yang melihat kedudukan ADUN lantikan perlu diperkemas supaya tidak timbul implikasi undang-undang pada masa akan datang.
"Sebagai contoh, ADUN lantikan adalah wakil sebuah badan bukan kerajaan (NGO) dan setelah dilantik, membuat keputusan menyertai parti politik namun dibantah oleh NGO terlibat.
"Perkara seperti ini perlu dibincangkan lagi dan jika (RUU) ini memerlukan lebih masa, lebih baik ia tidak dibuat secara terburu-buru kerana kami akan memberikan sokongan (kepada RUU ini) di DUN," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 12 2023

Mohd Sharkar berkata memandangkan DUN Pahang dijadual bersidang pada 8 Mei maka notis berkaitan RUU itu perlu diterima oleh pejabat DUN negeri sebelum 22 April ini. - Gambar fail/ Bernama

'Gummy' dilarang jual di semua platform, tidak patuh pelabelan
Tindakan penguatkuasaan termasuk rampasan produk ini akan dibuat berdasarkan peraturan.

Rusia denda Google beberapa kali kerana langgar syarat kandungan
Denda itu dikenakan kerana kegagalan Google menghapuskan kandungan berunsur ekstremisme, berita palsu serta bahan yang menghasut rusuhan.
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.

Jojo sedia kongsi ilmu di Wilayah Pahlawan 2025
Jojo berkata beliau memikul tanggungjawab besar untuk menjadi lebih matang dan berdisiplin, demi menjadi inspirasi baik buat anak muda.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.

Sultan Selangor titah ADUN fokus perkara penting, elak besarkan perkara remeh
Baginda juga bertitah agar ADUN menghindari sebarang tindakan kurang sopan atau membesarkan perkara remeh.

BDDA peruntuk RM60 juta perhebat transformasi Bukit Saban sebagai hab pengeluaran makanan - Uggah
Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) akan memperuntukkan sebanyak RM60 juta tahun depan untuk memperhebat usaha menjadikan kawasan DUN Bukit Saban sebagai hab pengeluaran makanan.

DUN Sabah dijangka dibubarkan pada Ogos 2025 - Ruddy Awah
Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dijangka dibubarkan pada Ogos 2025 bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17).

Peruntukan RM60,000 ADUN pembangkang Pulau Pinang kekal bagi tahun 2025
Kerajaan Pulau Pinang memperuntukkan RM60,000 kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang bagi tahun 2024, dan jumlah itu akan dikekalkan tahun 2025, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.

Rasuah ADUN: Peguam individu terlibat sebar video pernah bertemu SPRM minta perlindungan
Peguam individu terlibat dengan penyebaran video yang didakwa berkaitan isu rasuah melibatkan seorang ADUN pernah mengadakan pertemuan dengan SPRM untuk mendapatkan perlindungan.

Contohi tindakan Hajiji serah siasatan isu rasuah kepada SPRM - Ahmad Zahid
Tindakan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan rasuah membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah harus dicontohi.

Woo Kah Leong tawar diri bertanding sebagai calon Ketua DAPSY kebangsaan
ADUN Pasir Bedamar Woo Kah Leong menawarkan diri untuk bertanding sebagai calon Ketua DAPSY pada pemilihan parti itu yang akan berlangsung pada 17 November ini.

Tiada aduan dakwa ADUN bincang rasuah ratusan ribu ringgit - Azam Baki
Tiada sebarang aduan diterima berkaitan rakaman audio didakwa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang membincangkan rasuah bernilai ratusan ribu ringgit setakat ini.

Hamzah Zainudin bertanding Timbalan Presiden Bersatu
Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin, disahkan bertanding jawatan Timbalan Presiden Bersatu dalam pemilihan parti yang dijadualkan berlangsung pada Oktober ini.

Penduduk Kampung Kerinting mohon jambatan gantung rentas Sungai Ketil dinaik taraf
Lebih 1,000 penduduk Kampung Kerinting memohon agar jambatan gantung yang digunakan untuk menyeberangi Sungai Ketil dibaik pulih dengan segera.