KOTA BHARU: Persatuan Alumni Doktor Universiti Sains Malaysia (USM) (PADU) menyambut baik keputusan Kabinet yang bersetuju agar pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai farmasi lantikan kontrak ditawarkan kontrak perkhidmatan untuk tempoh dua tahun selepas melengkapkan tempoh khidmat wajib.
Presiden PADU Prof Datuk Dr Jafri Malin Abdullah dalam satu kenyataan menganggap keputusan itu menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap nasib doktor perubatan selaku barisan hadapan yang terpaksa bertempur sepanjang pandemik COVID-19.
"PADU ingin berterima kasih terhadap kerajaan serta semua pihak yang terlibat. Sekurang-kurangnya langkah ini merupakan inisiatif dan kesungguhan kerajaan dalam menambah baik sistem kontrak yang semakin kronik ini.
"Umum mengetahui permasalahan pegawai perubatan kontrak telah menimbulkan pelbagai reaksi dalam masyarakat terutama kepada pihak yang terkesan, sekali gus menyebabkan kekecewaan dan demotivasi yang hebat berlaku dalam kalangan mereka sedangkan majoriti mereka ini terlibat di barisan hadapan bagi menghadapi pandemik COVID-19 di pelbagai posisi," katanya.
Dr Jafri Malin berkata pegawai perubatan kontrak ini diwujudkan sejak Disember 2016 dengan matlamat yang baik bertujuan untuk mengatasi kekangan perjawatan tetap sekali gus membolehkan pengambilan pegawai perubatan dapat dibuat tanpa bergantung kepada kekosongan tetap yang terhad.
"Kami sedar, masalah lambakan pegawai perubatan merupakan satu masalah kronik yang diwarisi hasil kesilapan strategi perancangan pentadbiran terdahulu.
"Maka proses pemulihan memerlukan perancangan rapi dan pelan strategi jangka panjang yang jelas," katanya.
Menurutnya PADU meletakkan harapan tinggi kepada pihak kerajaan agar benar-benar serius dalam merangka hala tuju jangka panjang bagi perkhidmatan perubatan.
Beliau berkata, kerajaan perlu berusaha menambah bilangan Perjawatan Tetap Pegawai Perubatan UD43/44 mengikut bilangan realistik seiring dengan keperluan negara.
Menurutnya kejayaan kerajaan dalam menangani permasalahan tersebut adalah refleksi terhadap kesungguhan dalam pemulihan sistem kesihatan yang semakin tenat dengan situasi pandemik sekarang ini di samping mengekalkan keharmonian profesion (fraterniti) perubatan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 26 2021
![PADU sambut baik keputusan tawar kontrak dua tahun kepada petugas kesihatan PADU sambut baik keputusan tawar kontrak dua tahun kepada petugas kesihatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/41614688489_Doctor.jpg)
Pegawai perubatan kontrak ini diwujudkan sejak Disember 2016. - Gambar hiasan
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Wanita dihempap kayu balak ditidurkan Wanita dihempap kayu balak ditidurkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720589107_Wanitanyarismautd.jpg)
Wanita dihempap kayu balak ditidurkan
Wanita yang nyaris maut akibat dihempap kayu balak dalam kejadian di Persimpangan Bendahara di sini semalam terpaksa ditidurkan ketika mendapat rawatan di Hospital Gua Musang.
![KKM rekod 2,643 kes kemalangan di tempat kerja KKM rekod 2,643 kes kemalangan di tempat kerja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717859683_TBDZUL.jpg)
KKM rekod 2,643 kes kemalangan di tempat kerja
Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan sebanyak 2,643 kes kemalangan di tempat kerja dalam kalangan warga kerjanya pada tahun lepas.
![Ambil serius luahan petugas kesihatan - Cuepacs Ambil serius luahan petugas kesihatan - Cuepacs](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81706413642_AdnanMat.jpg)
Ambil serius luahan petugas kesihatan - Cuepacs
Cuepacs menggesa kerajaan supaya melakukan siasatan menyeluruh mengenai isu kekurangan doktor dan petugas kesihatan di beberapa hospital.
![Op Tapis: Penjawat awam, pelajar antara 940 ditahan Op Tapis: Penjawat awam, pelajar antara 940 ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41711974444_TBMuhamadZakiHarun.jpg)
Op Tapis: Penjawat awam, pelajar antara 940 ditahan
Tiga penjawat awam membabitkan pembantu kesihatan, anggota polis dan tentera serta dua pelajar sekolah antara 940 individu ditahan berkaitan dadah menerusi Operasi Tapis Bersepadu.
![Pemeriksaan kesihatan percuma di PPS legakan mangsa banjir Pemeriksaan kesihatan percuma di PPS legakan mangsa banjir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41703817776_TBMANGSABANJIRj.jpg)
Pemeriksaan kesihatan percuma di PPS legakan mangsa banjir
Mangsa syukur pemeriksaan kesihatan disediakan memandangkan terdapat ramai yang mungkin cedera akibat banjir atau kurang sihat di PPS.
![28 petugas perubatan terkorban di Gaza - Kementerian Kesihatan Palestin 28 petugas perubatan terkorban di Gaza - Kementerian Kesihatan Palestin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71697344721_tbhospital.jpg)
28 petugas perubatan terkorban di Gaza - Kementerian Kesihatan Palestin
Seramai 28 petugas perubatan di Semenanjung Gaza terkorban ekoran serangan berterusan tentera Israel di wilayah itu sejak 7 Okt lepas.
![Kanak-kanak OKU seharusnya nikmati peluang sama rata dalam semua aspek hidup - Dr Zaliha Kanak-kanak OKU seharusnya nikmati peluang sama rata dalam semua aspek hidup - Dr Zaliha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/81692349386_DrZalihaMustafa.jpg)
Kanak-kanak OKU seharusnya nikmati peluang sama rata dalam semua aspek hidup - Dr Zaliha
Kajian menunjukkan petugas kesihatan dianggap kurang sensitif dan tidak profesional apabila menyantuni kanak-kanak OKU.
![JKNS, polis siasat kes kematian mengejut dua petugas kesihatan JKNS, polis siasat kes kematian mengejut dua petugas kesihatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/71686996832_TBpdrm.jpg)
JKNS, polis siasat kes kematian mengejut dua petugas kesihatan
Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) dan polis menjalankan siasatan berhubung kes kematian mengejut dua petugas kesihatan di Klang.
![Isu kekurangan aset perubatan, sumber manusia: KKM lulus peruntukan khas kepada JKN Johor Isu kekurangan aset perubatan, sumber manusia: KKM lulus peruntukan khas kepada JKN Johor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/51686462505_DrZalihaMustafa.jpg)
Isu kekurangan aset perubatan, sumber manusia: KKM lulus peruntukan khas kepada JKN Johor
Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Johor akan menerima 35 jururawat tetap dan perjawatan lain termasuk Penolong Perubatan Kesihatan manakala beberapa jawatan kontrak lain sedang menunggu untuk disahkan.
![RM9.6 juta untuk baik pulih 39 klinik daif di Kelantan - Dr Zaliha RM9.6 juta untuk baik pulih 39 klinik daif di Kelantan - Dr Zaliha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71684326258_ZalihaMustafa.jpg)
RM9.6 juta untuk baik pulih 39 klinik daif di Kelantan - Dr Zaliha
Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengenal pasti 39 klinik di seluruh Kelantan dikategorikan sebagai klinik daif untuk kerja baik pulilh tahun ini melibatkan peruntukan bernilai RM9.6 juta.