PUTRAJAYA: Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) yang diluncurkan secara rasmi hari ini mampu mengelakkan ketirisan dalam pemberian bantuan dan subsidi kepada golongan yang benar-benar layak.
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, penyasaran subsidi tanpa pendekatan digital seperti sistem PADU akan menyebabkan golongan 'maha kaya' mendapat manfaat daripada peruntukan subsidi yang dibekalkan oleh kerajaan.
"Dalam semua kajian menyatakan tidak sampai sepenuhnya (bantuan subsidi) kepada kumpulan sasar.
"Subsidi yang diberikan kerajaan diperkirakan (dalam) nilai ringgit, sekarang itu mencecah RM80 bilion dan tidak mungkin (kerajaan) bertahan menguruskan kewangan belanjawan negara kalau hal-hal ini tidak dapat diperbaiki.
"RM80 bilion itu, kalau sampai semua kepada rakyat, satu hal tetapi seperti mana kita tahu 3.5 juta bukan warganegara juga memperoleh manfaat yang tentunya jika dikumpulkan (nilai itu) mencecah RM10 bilion," kata Perdana Menteri ketika berucap pada Majlis Peluncuran PADU di Perdana Hall, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini hari ini.
Anwar menambah, PADU bukan sekadar untuk menjamin penyaluran subsidi sampai kepada golongan sasar tetapi juga menunjukkan keupayaan negara dan penyertaan masyarakat secara keseluruhan dalam transformasi digital.
Dalam masa sama, Menteri Kewangan itu juga mahu isu kesenjangan dapat dikurangkan dengan memastikan golongan miskin bandar dan pedalaman tidak tercicir daripada menerima manfaat transformasi berkenaan.
Sistem PADU dibuka kepada pengguna bagi membolehkan pengemaskinian secara dalam talian bermula hari ini (2 Januari) sehingga 31 Mac depan.
PADU merangkumi profil individu yang mengandungi maklumat asas demografi, alamat, pendidikan, isi rumah, pekerjaan, pendapatan, komitmen dan bantuan yang diterima.
Astro Awani
Tue Jan 02 2024

Perdana Menteri ketika berucap pada Majlis Peluncuran PADU di Perdana Hall, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di Putrajaya hari ini. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

LUAS laksanakan mitigasi, siasatan pencemaran minyak di Sungai Gong
Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) telah melaksanakan langkah pencegahan awal dengan meletakkan 'boom minyak' di Sungai Gong bagi memerangkap kesan minyak.

Pengeluaran minyak mentah dan kondensat meningkat semula 1.3 peratus pada suku kedua
Pengeluaran minyak mentah dan kondensat Malaysia meningkat semula kepada pertumbuhan 1.3 peratus, mencatatkan 46.1 juta tong pada suku kedua 2024.

Rakyat diseru sahut inisiatif 1 Rumah 1 Jalur Gemilang - Saarani
Rakyat Perak diminta menyahut inisiatif 1 Rumah 1 Jalur Gemilang bagi mengembangkan semangat jati diri dan cintakan negara.

PRK DUN Nenggiri: Mohd Azmawi FIkri calon tepat rampas semula kerusi
Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani yang ditampilkan UMNO-BN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, berkemampuan untuk merampas kembali DUN berkenaan.

Malaysia dalam kedudukan terbaik sebagai hab serantau CCUS - MIDF Amanah
Di bawah NETR, Malaysia sasar tubuhkan tiga hab CCUS menjelang 2030 dengan kapasiti penyimpanan bersama sehingga 15 juta tan metrik setahun.

Kerajaan guna PADU bagi keperluan fungsian dibangunkan pelbagai agensi - Rafizi
Kerajaan akan menggunakan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) bagi pelbagai keperluan fungsian yang dibangunkan oleh pelbagai agensi.

Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 1.62 mata kepada 1,607.75 daripada 1,606.13 pada Selasa.

HeiTech Padu ditawar kontrak sebelum Farhash jadi pemegang saham – Loke
Kontrak sejumlah RM185 juta kepada syarikat HeiTech Padu Berhad ditawarkan sebelum Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak menjadi pengarah syarikat itu.

Kerajaan tetap kurangkan pengurangan subsidi petrol - Laporan
Subsidi petrol akan dikurangkan tahun ini dalam usaha menurunkan defisit fiskal negara, kata Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.

PADU tingkatkan pemahaman kerajaan terhadap kesejahteraan isi rumah - Penyelidikan MIDF
Pengumpulan data menerusi Pangkalan Data Utama (PADU) akan membantu kerajaan lebih memahami kesejahteraan isi rumah