IPOH: Tiga laras senapang angin dan sepucuk pistol tiruan yang dihasilkan sendiri membawa padah kepada seorang lelaki selepas ditahan polis dalam serbuan di rumahnya di Taman Mewah Jaya, Sitiawan, pada Isnin.
Ketua Polis Perak Datuk Mohd Yusri Hasan Basri berkata, lelaki berusia 39 tahun itu mendakwa senjata tiruan itu adalah untuk kegunaan sendiri selepas mempelajari cara pembuatannya menerusi laman penstriman video YouTube.
Katanya, penahanan lelaki berkenaan dilakukan susulan Op Tapis Khas Polis Kontinjen Perak yang dilaksanakan selama tiga hari bermula Isnin di seluruh negeri.
“Hasil pemeriksaan di rumah tersebut pada jam 12.30 tengah malam, polis menjumpai tiga laras senapang angin, sepucuk pistol tiruan, balang gas yang diubah suai serta gari bersama dua anak kunci.
“Selain itu, pihak polis juga berjaya menemukan bungkusan plastik lutsinar dalam beg suspek yang mengandungi bahan disyaki dadah jenis methamphetamine dengan anggaran berat 6.34 gram.
"Nilai keseluruhan dadah yang dirampas berjumlah RM350,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini hari ini.
Mohd Yusri berkata, hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah selain mempunyai satu rekod kesalahan lampau membabitkan dadah.
Tambahnya, lelaki tersebut direman tiga hari bermula Isnin dan kes disiasat di bawah Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 36 (1) Akta Senjata 1960.
Dalam perkembangan sama, seorang lelaki berusia 22 tahun ditahan di Terminal Bas Meru di sini pada petang Isnin selepas polis menemukan 10 bungkusan plastik dipercayai mengandungi dadah jenis heroin.
Menurut Mohd Yusri, dadah yang disyaki untuk diedarkan kepada pasaran tempatan itu dianggarkan seberat 4.53 kilogram dengan nilai RM158,730.
“Hasil ujian saringan air kencing suspek negatif dadah, namun mempunyai satu rekod lampau berkaitan kesalahan dadah.
“Justeru, lelaki itu direman tujuh hari bermula Selasa dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” jelasnya.
Mohd Yusri berkata, kedua-dua mereka antara 408 orang yang ditahan dalam Op Tapis Khas yang menyasarkan sarang-sarang penagihan dadah seperti di kawasan perumahan dan penempatan, ladang serta jeti nelayan di seluruh Perak.
Katanya, semua mereka yang ditangkap berumur dalam lingkungan 16 sehingga 63 tahun, termasuk tiga warga asing dari Myanmar, Vietnam dan Thailand.
Menurutnya pelbagai jenis dadah dirampas termasuk methamphetamine, heroin, syabu, ganja, ketum, ketamin yang kesemuanya berjumlah hampir RM200,000.
“Daripada kesemua yang ditahan, 34 orang membabitkan kesalahan pengedaran dadah, memiliki dadah (165 orang), disiasat di bawah Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 (188 orang).
“Dalam operasi ini juga, tujuh individu ditahan di bawah Akta Langkah-langkah Pencegahan Khas (LLPK) 1985 serta 14 yang dikategorikan sebagai individu yang dikehendaki atas kesalahan dadah,” jelas beliau.
Amirrul Rabbani
Fri Sep 30 2022

Gari bersama anak kunci merupakan antara barangan yang ditemui polis di rumah suspek ketika mengadakan serbuan di Taman Mewah Jaya, Sitiawan, pada Isnin. - Gambar hiasan

Gaji lewat dipercayai punca pekerja kilang merusuh
Dalam kejadian jam 12.05 tengah hari itu berlaku pertelingkahan antara sekumpulan pekerja dengan dua penyelia kilang tersebut.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia. #AWANInews
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam. #AWANInews
Lagu nyanyian Siti Nurhaliza, anta permana jadi pilihan Raja Charles III
Lagu Anta Permana yang diluncurkan pada tahun 2018 membuat kemunculan pada minit ke-43 dalam 17 senarai lagu yang dipilih sempena sambutan Hari Negara-Negara Komanwel. #AWANI745 #AWANInews

Jumlah mangsa banjir di Sabah menurun kepada 2,655 orang pagi ini
Jumlah mangsa banjir berlindung di PPS di Sabah menurun kepada 2,655 orang daripada 916 keluarga setakat 8 pagi ini.

Anggota polis bunuh anak sendiri berusia dua bulan
Kubur bayi itu telah digali semula untuk melakukan siasatan terperinci bagi mengenal pasti punca sebenar kematiannya.

ACLE: JDT tidak bernasib baik - TMJ
Usai tamat cabaran JDT, Tunku Ismail, meluahkan pencapaian yang cukup membangga ini menerusi laman X.

Pemimpin politik bertindak sebagai jambatan perpaduan, bukan cetus api - Sultan Pahang
Baginda bertitah pemimpin haruslah berhenti daripada menjadi 'badut' mempolemikkan isu raja, agama dan kaum (3R).

Seluruh England: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik tersingkir awal
Zii Jia tumpas di tangan pemain bukan pilihan dari Hong Kong Angus Ng Ka Long awal pagi tadi.

Israel bunuh empat rakyat Palestin di Gaza
Dakwa tentera Israel, serangan udara itu menyasarkan "pengganas yang terlibat dalam aktiviti mencurigakan" di tengah Gaza.

Polis tahan 5,791 individu, rampas dadah dan kenderaan dianggar RM1.55 juta
Operasi membabitkan lebih 2,200 pegawai dan anggota jabatan itu turut merampas 128.3 kilogram serta lebih 16,000 liter pelbagai jenis dadah.

Polis Kelantan tahan suami isteri, rampas dua pistol
Polis merampas dua pistol dan menahan empat individu termasuk satu pasangan suami isteri dalam serbuan Ops Tapis Khas di Pasir Mas dan Tumpat, semalam.

318 penagih, pembekal dadah ditahan di Johor dalam tempoh 2 hari
Seramai 318 individu ditahan atas pelbagai kesalahan melibatkan penyalahgunaan dadah di Johor dalam Op Tapis Khas yang dijalankan selama dua hari, bermula 21 Jun.

Op Tapis Khas: Dadah bernilai lebih RM3.5 juta dirampas dalam tempoh tiga hari
Dalam operasi selama tiga hari itu, polis dalam masa sama berhasil menahan 942 tokan dadah yang turut melibatkan remaja bawah umur.