KUALA LUMPUR:Seramai lapan lelaki warga tempatan dan 11 wanita warga Vietnam ditahan kerana ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menurut Ketua Polis Daerah Serdang, ACP Razali Abu Samah, menerusi Ops Noda bermula pukul 11.30 malam tadi, serbuan dilakukan disebuah premis di Taman Serdang Perdana, Seri Kembangan, Selangor.

"Setelah melakukan intipan selama lebih kurang lima jam pasukan serbuan percaya bahawa terdapat kegiatan 'private party' dilakukan di premis berkenaan.

"Pasukan serbuan telah berjaya memecah pintu belakang premis dan pemeriksaan lanjut telah menjumpai pelanggan dan pekerja di sebuah bilik tersembunyi.

"Premis ini dipercayai menyediakan perkhidmatan 'private party' kepada pelanggan yang mahu berhibur secara berkumpulan dan ditemani oleh GRO," katanya dalam satu kenyataan, pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Razali berkata, kesemua tangkapan dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang untuk saringan ujian saringan air kencing dan tindakan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/1963 selain Perkara 3 dan 11 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempat Jangkitan).