Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang genap usia 90 tahun pada Jumaat, seperti biasa masih suka bergurau pada sambutan hari lahir beliau di Yayasan Kepimpinan Perdana, malam tadi.
Beliau mengaku bahawa 'bercakap' menjadi kekuatannya selama lebih 40 tahun, perdana menteri yang paling lama berkhidmat itu bersyukur kepada Allah kerana memberi kesihatan yang baik kepadanya dan beliau masih boleh bergerak.
Apabila Dr Mahathir, yang berpakaian baju Melayu berwarna ungu dan berkain pelikat diminta menyampaikan beberapa patah perkataan sempena hari jadinya, beliau secara berjenaka berkata beliau boleh menyampaikan ucapan politik sekarang kerana beliau berdiri di hadapan mikrofon.
"Tetapi saya tidak boleh membuat ucapan semasa majlis perkahwinan dan hari lahir. Pastikan dewan dipenuhi dengan para hadirin, dan saya akan berkempen," katanya disambut dengan gelak-ketawa dan tepukan daripada kira-kira 250 tetamu terdiri daripada ahli keluarga dan rakan-rakan.
Dr Mahathir, yang diiringi oleh isterinya Tun Dr Siti Hasmah, berkata beliau menikmati usia 80-an semalam dan hari ini beliau mencapai usia 90-an.
"Saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang hadir di sini hari ini untuk membantu mengingatkan saya bahawa saya semakin tua," katanya.
Dr Mahathir berkata beliau amat bersyukur kerana berpeluang hidup sehingga mencapai usia 90 tahun dan dikelilingi oleh ahli keluarga yang dikasihi, kawan-kawan baik dan rakan-rakan yang berdiri teguh di belakangnya, baik masa senang mahupun susah.
Terdahulu, Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah, tiba pada 6.45 petang untuk menyambut hari lahirnya dan acara bermula dengan bacaan doa selamat bersama keluarga dan rakan-rakan, diikuti dengan majlis berbuka puasa bersama tetamu.
Para hadirin kemudian bersama-sama menyanyikan lagu "Selamat Hari Lahir' sebanyak dua kali untuk Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah, yang akan mencapai usia 89 tahun Ahad ini sambil kedua-dua mereka memotong pulut kuning dan kek.
Bekas perdana menteri itu kemudian menyertai tetamu untuk menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih diimamkan oleh Imam Masjid Amr Ibn Al'Ass yang terkenal di Kaherah, Mesir Sheikh Muhammad Jebril.
Bernama
Fri Jul 10 2015
Tun Mahathir mengaku bahawa 'bercakap' menjadi kekuatannya selama lebih 40 tahun. - Foto Bernama
MITRA lulus lebih RM95 juta untuk 11 program masyarakat India
Kesemua program yang dalam pelaksanaan itu memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan sosioekonomi komuniti India dalam negara.
Kestabilan sosiopolitik Sabah bolehkan agihan ekonomi saksama - Juhar
Smber daya, kekayaan alam semula jadi dan potensi ekonomi dalam masyarakat dapat dibahagi dengan cara memberi peluang sama kepada rakyat.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
Johor sasar jumlah ternakan cecah 200,000 ekor pada 2027
Johor menyasarkan jumlah ternakan di negeri ini mencapai hingga 200,000 ekor pada 2027 setelah berjaya mencapai jumlah pengeluaran ternakan sebanyak 152,000 ekor hingga bulan lepas.
Hargai warga emas melalui penjagaan, hormat dan penglibatan - Lee Lam Thye
Lee Lam Thye menekankan keperluan mendesak untuk menghargai warga emas melalui penjagaan, hormat, dan penglibatan yang lebih baik.
Malaysia perlu bersedia penuhi keperluan TBB yang semakin meningkat - Fadillah
Keperluan tenaga boleh baharu (TBB) di negara ini semakin meningkat seiring dengan keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat-pusat data.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Fahmi berkata ia termasuk isu Internet di kawasan terpencil, pedalaman dan pulau-pulau dalam memastikan akses Internet berkelajuan tinggi lebih meluas.
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perpaduan rakyat prasyarat ekonomi mampan
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang dan kesempatan untuk terus aman dan damai, dan mempunyai peluang untuk menikmati ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Tidak perlu tergesa-gesa tukar ke lesen B - JPJ
Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dan B1 tidak perlu tergesa-gesa mendaftar Program Khas Peralihan LLM Kelas B2/B1 Kepada LMM Kelas B kerana tiada had masa ditetapkan untuk permohonan.
Notis pengisytiharan harta kepada SPRM untuk siasatan terhadap bapa - Mirzan dan Mokhzani
Mirzan dan Mokhzani memaklumkan notis pengisytiharan harta mereka kepada SPRM adalah bagi siasatan yang sedang dijalankan terhadap Dr Mahathir.
Ilmu kunci kejayaan anak muda dan kemajuan negara - Dr Mahathir
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata anak muda di negara ini harus mengutamakan ilmu pendidikan sebagai asas penting dalam membina dan memajukan negara di masa depan.
"Kasihan Dr Mahathir" – Fahmi jawab dakwaan negara dijajah kerajaan
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menegaskan Tun Dr Mahathir Mohamad masih mempunyai kebebasan penuh untuk menyuarakan pendapat dan bergerak.
SG4 tubuh syarikat, agih hasil sama rata kepada empat negeri - Dr Mahathir
Setiap negeri di bawah pentadbiran Perikatan Nasional (PN) itu akan memiliki saham dan ekuiti yang sama.
Pembangkang persoal isu 3R, isytihar harta dalam MoU peruntukan pembangkang
Takiyuddin berkata, masih terdapat beberapa syarat dalam MoU itu yang perlu diperhalusi sebaik mungkin.
Malaysia belum merdeka, rakyat 'dijajah' kerajaan - Dr Mahathir
Rakyat tidak bebas bersuara dan mengkritik kerajaan dalam banyak hal termasuk membabitkan 3R.
Dr Mahathir sokong kerajaan bawa rakyat Palestin dirawat di Malaysia
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong tindakan kerajaan membawa rakyat Palestin yang cedera untuk dirawat di negara ini.
Krisis Gaza: 'Go to hell - America the great hypocrite', kata Tun Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Amerika Syarikat (AS) sebagai hipokrit dalam menangani situasi yang sedang berlaku di Gaza.
Pembunuhan Ismail Haniyeh: "Hipokrasi Barat jijik, memualkan" - Tun Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad menzahirkan perasaan sedih dan marah ke atas pembunuhan pemimpin tertinggi, Ismail Haniyeh pada Rabu.
Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah
Fadillah berkata perkara itu sudah berlaku ketika zaman pentadbiran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad lagi.