KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa mempercepatkan proses nyah klasifikasi Laporan Siasatan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) berhubung Projek Tukar Tanah melibatkan Kementerian Pertahanan.
Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Datuk Mas Ermieyati Samsudin menegaskan, JKSSTUPKK telah membentangkan laporan berkenaan kepada PAC Parlimen ke-14 pada 2 April 2019 dan 16 November 2020.
Ahli Parlimen Masjid Tanah itu turut menyuarakan kebimbangan memandangkan kerajaan telah kerugian lebih RM500 juta selain kedudukan strategik pertahanan terjejas.
"Selepas laporan JKSTUPKK Tukar Tanah ini dinyah klasifikasi, PAC akan memulakan prosiding berhubung isu ini bagi membolehkan rakyat mengetahui perkara sebenar," katanya pada sidang akhbar di Parlimen pada Khamis.
Dalam pada itu, Mas Ermieyati memaklumkan, PAC sudah menuntut jawapan daripada kerajaan khususnya Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkenaan penyah klasifikasi JKSTUPKK pada 13 Jun lalu.
Sehubungan itu, PAC sudah menerima surat maklum balas daripada Azalina pada 27 Jun dan surat itu memaklumkan perkara berkenaan akan diteliti dan disemak oleh Jabatan Peguam Negara sebelum apa-apa keputusan dibuat kerajaan.
Namun selepas hampir tiga bulan, beliau berkata, kerajaan masih belum memaklumkan kepada PAC sebarang keputusan berhubung perkara itu.
Sementara itu, beliau turut memaklumkan, PAC akan memanggil Kementerian Pertahanan pada 3 Oktober depan bagi mendapatkan penjelasan berkenaan kemajuan projek pembinaan kapal tempur persisir (LCS) bagi bulan Jun sehingga Ogos 2023.
"Seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini, PAC Parlimen ke-15 akan mendapat taklimat setiap tiga bulan daripada MINDEF berhubung kemajuan kapal LCS.
"Sebelum ini, PAC telah mendengar perkembangan berhubung projek itu bagi tempoh Oktober 2022 hingga Mei 2023 pada 10 Jun lalu," jelasnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Sep 14 2023
![PAC gesa kerajaan percepat proses nyah klasifikasi projek tukar tanah Mindef PAC gesa kerajaan percepat proses nyah klasifikasi projek tukar tanah Mindef](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41694670380_TBMasErmieyati.jpg)
Mas Ermieyati menyuarakan kebimbangan memandangkan kerajaan telah kerugian lebih RM500 juta selain kedudukan strategik pertahanan terjejas. - Gambar/ Bernama
AWANI Ringkas: KESUMA lapor kepada SPRM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Isu HRD Corp: Kesuma serah laporan berkaitan kepada SPRM Isu HRD Corp: Kesuma serah laporan berkaitan kepada SPRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720160645_tbSPRM.jpg)
Isu HRD Corp: Kesuma serah laporan berkaitan kepada SPRM
Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) menyerahkan laporan mengenai isu membabitkan Human Resource Development Corporation (HRD Corp) kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.
Pantau Belanjawan: Atasi cabaran & manfaat peluang ekonomi bersama
Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia, Datuk Dr Madeline Berma mengulas berkenaan KDNK Negeri 2023 yang diumumkan baru-baru ini.
Individu 'Narsisistik' perlu dihindari agar hidup tenteram
Individu yang mempunyai penyakit gangguan personaliti narsisistik (NPD) atau sifat mengagumi diri sendiri secara berlebihan, perlu dihindari agar tidak menimbulkan stres dan gangguan emosi.
menurut Pensyarah Jabatan Bimbingan dan Kaunseling UPSI, Profesor Dr Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip, strategi itu merupakan kaedah interaksi paling efektif apabila berhadapan dengan mereka yang mempunyai penyakit tersebut.
menurut Pensyarah Jabatan Bimbingan dan Kaunseling UPSI, Profesor Dr Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip, strategi itu merupakan kaedah interaksi paling efektif apabila berhadapan dengan mereka yang mempunyai penyakit tersebut.
Faisal Halim sudah mula turun padang jalani sesi latihan
Pemain sayap Selangor, Faisal Halim, dikhabarkan sudah sudah mula turun ke padang untuk menjalani latihan sejak Rabu.
wartawan Astro Arena mendapati pemain berusia 26 tahun itu sudah mula turun ke padang tetapi masih belum bersedia untuk menerima sebarang liputan daripada pihak media.
wartawan Astro Arena mendapati pemain berusia 26 tahun itu sudah mula turun ke padang tetapi masih belum bersedia untuk menerima sebarang liputan daripada pihak media.
Stadium Shah Alam saksi jatuh bangun bola sepak Selangor
Lebih 25 tahun menjadi venue rasmi pasukan Selangor, Stadium Shah Alam telah menyimpan pelbagai kenangan dan nostalgia tersendiri kepada pemain serta peminat sukan di negeri ini.
UMNO Kelantan hantar 3 nama calon DUN Nenggiri
Badan perhubungan UMNO Kelantan akan menghantar 3 nama calon yang akan bertanding di Dewan Undangan Negeri, DUN N43 Nenggiri bulan depan
Pengerusinya Datuk Ahmad Jazlan Yaakob berkata, nama berkenaan telah disaring sebelum Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memutuskannya dalam tempoh terdekat
Pengerusinya Datuk Ahmad Jazlan Yaakob berkata, nama berkenaan telah disaring sebelum Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memutuskannya dalam tempoh terdekat
![Sukan Olimpik 2024: Sudah terlambat naikkan darjah kesukaran - Nur Dhabitah Sukan Olimpik 2024: Sudah terlambat naikkan darjah kesukaran - Nur Dhabitah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720156473_DhabitahSabri.jpg)
Sukan Olimpik 2024: Sudah terlambat naikkan darjah kesukaran - Nur Dhabitah
Beliau perlu sekurang-kurangnya setahun dalam usaha meningkatkan darjah kesukaran baharu bagi acara 3m papan anjal individu wanita.
![Tuntut kedaulatan Sabah: Malaysia serah nota diplomatik kepada Filipina - Laporan Tuntut kedaulatan Sabah: Malaysia serah nota diplomatik kepada Filipina - Laporan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/81612930428_BenderaSabah.jpg)
Tuntut kedaulatan Sabah: Malaysia serah nota diplomatik kepada Filipina - Laporan
Kerajaan Malaysia menolak pemfailan itu atas alasan pemanjangan sempadan pelantar benua yang dikemukakan Filipina dilakukan berdasarkan garis dasar Sabah.
![Paris 2024: 16,000 katil kadbod untuk perkampungan sukan, media Paris 2024: 16,000 katil kadbod untuk perkampungan sukan, media](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720156151_Paris.jpg)
Paris 2024: 16,000 katil kadbod untuk perkampungan sukan, media
Sebanyak 16,000 katil kadbod akan digunakan di Perkampungan Sukan Saint-Denis and Chateauroux dan di Perkampungan Media Dugny.
![Sistem Pengurusan Berpusat Pekerja Asing diguna lebih enam tahun tanpa kontrak – PAC Sistem Pengurusan Berpusat Pekerja Asing diguna lebih enam tahun tanpa kontrak – PAC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61719987501_TBMasErmieyati.jpg)
Sistem Pengurusan Berpusat Pekerja Asing diguna lebih enam tahun tanpa kontrak – PAC
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen mengenal pasti berlaku pertindihan fungsi antara agensi dalam membangunkan sistem pengurusan pekerja asing dan pembaziran wang awam.
![1MDB: Mahkamah akan tentukan sama ada pendakwaan berjaya buktikan kes - Hakim 1MDB: Mahkamah akan tentukan sama ada pendakwaan berjaya buktikan kes - Hakim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81713330691_Najibjpg.jpg)
1MDB: Mahkamah akan tentukan sama ada pendakwaan berjaya buktikan kes - Hakim
Muhammad Shafee berhujah bahawa pertuduhan terhadap anak guamnya adalah salah serta bertindih.
![PAC mula prosiding isu LTAT, NIISe selepas Aidilfitri - Mas Ermieyati PAC mula prosiding isu LTAT, NIISe selepas Aidilfitri - Mas Ermieyati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71711525343_TBMASERMIEYATI.jpg)
PAC mula prosiding isu LTAT, NIISe selepas Aidilfitri - Mas Ermieyati
PAC akan memulakan dua prosiding baharu melibatkan isu LTAT dan pembangunan serta perolehan NIISe selepas sambutan Aidilfitiri.
![KKM dapat bayaran balik ventilator tidak berfungsi - PAC KKM dapat bayaran balik ventilator tidak berfungsi - PAC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710922383_MasErmieyatiSamsud.jpg)
KKM dapat bayaran balik ventilator tidak berfungsi - PAC
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berpuas hati dengan tindakan Kementerian Kesihatan (KKM), yang berjaya mendapatkan bayaran balik RM16,785,910.95 bagi 104 unit ventilator yang tidak berfungsi.
![Sekolah daif: PAC beri dua bulan untuk KPM laksana empat syor Sekolah daif: PAC beri dua bulan untuk KPM laksana empat syor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710853633_TBMASERMIEYATI.jpg)
Sekolah daif: PAC beri dua bulan untuk KPM laksana empat syor
PAC memberi tempoh dua bulan kepada KPM untuk menjawab dan melaksanakan empat syor yang telah diberikan berhubung isu sekolah daif, sebelum dipanggil semula untuk prosiding tindakan susulan.
![Kos RM129 juta yang dibelanjakan bagi program ramalan, amaran banjir tidak berbaloi - PAC Kos RM129 juta yang dibelanjakan bagi program ramalan, amaran banjir tidak berbaloi - PAC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710922383_MasErmieyatiSamsud.jpg)
Kos RM129 juta yang dibelanjakan bagi program ramalan, amaran banjir tidak berbaloi - PAC
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara mendapati kos RM129 juta dibelanjakan bagi Program Ramalan dan Amaran Banjir Negara Fasa 1 tidak berbaloi.
![PAC kemuka lima syor selesai isu dua projek pembangunan di bawah LADA PAC kemuka lima syor selesai isu dua projek pembangunan di bawah LADA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710853633_TBMASERMIEYATI.jpg)
PAC kemuka lima syor selesai isu dua projek pembangunan di bawah LADA
PAC mengemukakan lima perkara kepada Kementerian Kewangan (MOF) dan LADA untuk dilaksanakan bagi menyelesaikan isu pajakan Hotel St. Regis Langkawi dan projek Perkampungan Tok Senik Resort.
![Sedia beri penjelasan kepada PAC berhubung laporan audit LTAT - Khaled Sedia beri penjelasan kepada PAC berhubung laporan audit LTAT - Khaled](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61702103442_KhaledNordin.jpg)
Sedia beri penjelasan kepada PAC berhubung laporan audit LTAT - Khaled
Menteri Pertahanan berkata pihaknya akan memberi penjelasan kepada PAC berhubung rizab negatif LTAT sekiranya dipanggil.
![Rizab negatif: PAC akan panggil LTAT, tidak tolak panggil Menteri Pertahanan Rizab negatif: PAC akan panggil LTAT, tidak tolak panggil Menteri Pertahanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41709786785_TBMasErmieyati.jpg)
Rizab negatif: PAC akan panggil LTAT, tidak tolak panggil Menteri Pertahanan
PAC amat bimbang dengan kedudukan kewangan LTAT selepas pendedahan daripada Laporan Ketua Audit Negara (LKAN).
![PAC bimbang pembinaan LCS lewat 86 hari PAC bimbang pembinaan LCS lewat 86 hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71709184450_TBMASERMIEYATI.jpg)
PAC bimbang pembinaan LCS lewat 86 hari
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) menyatakan kebimbangan terhadap pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) yang terus mengalami kelewatan.