KUALA LUMPUR: Banyak perkara yang perlu diteliti apabila memperkatakan perihal pekerja p-hailing yang majoritinya tidak mempunyai simpanan kewangan.
Presiden Persatuan Pemimpin Belia Universiti Malaya, Lim San Shien berkata, masih terdapat banyak kepincangan dalam aspek pengurusan pekerjaan sektor ekonomi gig dan p-hailing, yang menjadikan pekerja khususnya belia, gagal mempunyai simpanan.
"Pertama kena ada usaha mengiktiraf pekerja gig dalam sistem undang-undang. Seeloknya diwujudkan polisi atau dasar untuk mengurus tadbir pekerja gig seperti dalam Akta Kerja 1955.
"Paling penting, definisikan apa itu pekerja dalam ekonomi dan apakah itu ekonomi gig," katanya ketika muncul dalam program Pantau Kerajaan Baharu, pada Sabtu.
Dalam masa yang sama, Lim melihat aspek kebajikan pekerja juga harus diberikan perhatian sepertimana dalam bidang pekerjaan lain.
"Syarikat gig kena ada usaha dan inisiatif untuk beri jamin keselamatan sosial kepada pekerja seperti caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
"Untuk membantu pekerja maksimumkan simpanan, syarikat kena ada polisi yang baik kerana kalau dilihat, pekerja gig tidak ada pendapatan yang konsisten, sebaliknya bergantung permintaan.
"Saya cadangkan perlu ada fair distribution, contohnya (dari segi) pembahagian kawasan untuk rider penghantar makanan.
"Kalau ada sistem jelas, pekerja rasa selamat dan terjamin dalam industri ini," katanya.
Tambah Lim, pekerja sektor ini juga tidak menikmati faedah gaji minimum.
"Malah, menurut statistik, masih ada yang hanya dapat RM1,000 sebulan. Ini tidak cukup untuk tampung kehidupan, jadi syarikat kena top up.
"Mungkin juga boleh diletakkan syarat, pekerja harus capai masa atau waktu kerja tertentu," ujarnya.
Lim berpendapat, ekosistem ekonomi gig masih belum stabil dan memerlukan usaha kolaboratif dari banyak pihak untuk memantapkannya.
"Kalau di Amerika Syarikat, ada akta yang digubal untuk jamin kebajikan pekerja. Kita di sini bukan setakat perlukan akta, tetapi kena ada agensi pemantau.
"Selain itu, belia harus diberi pendedahan mengenai sektor ini melalui sekolah dan institusi pendidikan.
"Ekonomi gig menyumbang dalam ekonomi negara, perbanyakkan kursus, latihan dan bengkel bagi memantapkan kemahiran pekerja khususnya anak muda lepasan sekolah.
"Ini bukan sahaja akan menggalakkan mereka serius melibatkan diri tetapi juga berminat untuk kembangkan lagi bakat mereka," katanya lagi.
Menurut laporan kajian Jabatan Perangkaan Malaysia, sebanyak 97.71 peratus pekerja gig dalam perkhidmatan penghantaran makanan dan barangan (p-hailing) di negara ini merupakan golongan belia berusia 15 hingga 30 tahun.
Daripada jumlah itu, 63.39 peratus tidak mempunyai sebarang simpanan.
Madiha Abdullah
Sat Feb 18 2023
![P-Hailing: Aspek pengurusan sistem, kefahaman atasi masalah pekerja tiada simpanan P-Hailing: Aspek pengurusan sistem, kefahaman atasi masalah pekerja tiada simpanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41660133239_PenghantarMakanan.jpg)
Menurut laporan kajian Jabatan Perangkaan Malaysia, sebanyak 97.71 peratus pekerja gig dalam perkhidmatan p-hailing di negara ini merupakan golongan belia berusia 15 hingga 30 tahun. - Gambar hiasan/BERNAMA
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Lebih 340,000 syarikat buat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial
Sebanyak 340,637 syarikat telah membuat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial (beneficial ownership) bagi tempoh 1 April hingga 14 Julai lepas.
Polis tunggu laporan makmal tentukan punca kematian Nur Farah Kartini
Polis sedang menunggu laporan makmal bagi menentukan punca kematian berhubung kes pembunuhan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris, Nur Farah Kartini Abdullah.
![Tambah baik kebajikan pekerja sektor tidak formal akan terus jadi keutamaan kerajaan Tambah baik kebajikan pekerja sektor tidak formal akan terus jadi keutamaan kerajaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41708937602_PKP.jpg)
Tambah baik kebajikan pekerja sektor tidak formal akan terus jadi keutamaan kerajaan
Kerajaan peruntukkan RM100 juta untuk geran padanan caruman Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri menerusi Perkeso.
![Permintaan tinggi khidmat jurugaya tudung, buka peluang kerjaya baharu Permintaan tinggi khidmat jurugaya tudung, buka peluang kerjaya baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71708832997_TBJurugayatudung.jpg)
Permintaan tinggi khidmat jurugaya tudung, buka peluang kerjaya baharu
Nursalihah Ahmad berkata dia mula menerima permintaan untuk mendandan pelanggan apabila pengikut di media sosial yakin dengan bakat dan kemahirannya yang dikongsi di platform tersebut.
![Landskap pekerjaan Malaysia alami anjakan signifikan, lebih anjal - Deel Landskap pekerjaan Malaysia alami anjakan signifikan, lebih anjal - Deel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71708326125_Pavilion.jpg)
Landskap pekerjaan Malaysia alami anjakan signifikan, lebih anjal - Deel
Landskap pekerjaan Malaysia mengalami anjakan signifikan ke arah bentuk bukan tradisional, termasuk elemen gig yang bercirikan pekerjaan sambilan dan lebih anjal.
![Grab Malaysia sokong matlamat kerajaan bina negara kalis masa depan Grab Malaysia sokong matlamat kerajaan bina negara kalis masa depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61697213601_TBMOGOKGRAB.jpg)
Grab Malaysia sokong matlamat kerajaan bina negara kalis masa depan
Grab Malaysia dedikasi meningkatkan kemahiran dan pembangunan kerjaya rakan melalui inisiatif seperti GrabAcademy dan kerjasama strategik.
![Pertemuan 8 Ogos diharap menoktahkah isu kadar upah rendah p-hailing Pertemuan 8 Ogos diharap menoktahkah isu kadar upah rendah p-hailing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/71690867391_tbphailing.jpg)
Pertemuan 8 Ogos diharap menoktahkah isu kadar upah rendah p-hailing
Kata mereka keadaan itu berlaku berikutan kadar upah dikurangkan daripada RM10 pada 2020 kepada RM5 sekarang bagi setiap perjalanan.
![PAU2023: UMNO jamin terus perjuang kebajikan pekerja gig - Ahmad Zahid PAU2023: UMNO jamin terus perjuang kebajikan pekerja gig - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/81686382946_TBzahidhamidi.jpg)
PAU2023: UMNO jamin terus perjuang kebajikan pekerja gig - Ahmad Zahid
UMNO berjanji akan terus memperjuang kebajikan dan hak pekerja sektor ekonomi gig di seluruh negara.
![Keselamatan sosial pekerja e-hailing, kerajaan rancang wujud akta - Ahmad Zahid Keselamatan sosial pekerja e-hailing, kerajaan rancang wujud akta - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/51685256765_SKSSR.jpg)
Keselamatan sosial pekerja e-hailing, kerajaan rancang wujud akta - Ahmad Zahid
Kerajaan merancang mewujudkan akta bagi menjamin keselamatan sosial kepada golongan pekerja ekonomi gig membabitkan pekerja e-hailing, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
![Pelajar perlu didedahkan kepentingan progres dalam kerjaya - Pandai Education Pelajar perlu didedahkan kepentingan progres dalam kerjaya - Pandai Education](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/71659858689_PendidikanBUDGET.jpg)
Pelajar perlu didedahkan kepentingan progres dalam kerjaya - Pandai Education
Penting untuk pelajar-pelajar didedahkan mengenai progres dalam kerjaya sebelum memilih sebarang pekerjaan untuk diceburi.
![Pengendali takaful perlu tawar produk sesuai untuk pekerja ekonomi gig - MTA Pengendali takaful perlu tawar produk sesuai untuk pekerja ekonomi gig - MTA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/81681512919_ShahrulAzuan.jpg)
Pengendali takaful perlu tawar produk sesuai untuk pekerja ekonomi gig - MTA
Mereka yang bekerja dalam ekonomi gig mempunyai skop tugas yang terdedah kepada bahaya dan risiko.
![Ekonomi gig perlu dipandang serius, bukan lagi kerja sementara - Madeline Berma Ekonomi gig perlu dipandang serius, bukan lagi kerja sementara - Madeline Berma](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/71676954382_PKPpenghantarmakana.jpg)
Ekonomi gig perlu dipandang serius, bukan lagi kerja sementara - Madeline Berma
Pekerja e-hailing juga menyumbang kepada pembangunan negara tapi umum melihatnya hanya sebagai sesuatu yang berjangka pendek.