Anak kapal MT Orkim Harmony warga Indonesia cedera ditembak lanun ketika cuba melawan seorang daripada perompak berkenaan pada 11 Jun lalu, kata Timbalan Duta Indonesia di Malaysia, Hermono.
Beliau berkata detik-detik cemas itu diceritakan oleh anak kapal warga Indonesia kepadanya ketika beliau menemui mereka di kapal itu pagi ini.
"Mangsa Mawit Matin, 46, dari Bangkalan ketika itu sedang membuka pintu kabin untuk membuang sampah, ketika buka pintu ada orang, lalu dia melawan langsung ditembak dan mengenai paha mangsa," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melawat empat anak kapal warga republik itu yang selamat tiba dengan kapal Mt Orkim Harmony di Pelabuhan Kuantan, pukul 7.50 pagi ini.
Tindakan itu dipercayai dilakukan untuk menghalang perompak berkenaan daripada memasuki kapal tersebut.
Katanya, anggota keluarga Mawit juga telah tiba di Kuala Lumpur malam semalam dan telah diterbangkan ke Kelantan untuk melawat mangsa yang sedang dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.
Hermono berkata empat kakitangan kedutaan Indonesia dengan diketuai oleh beliau telah berada di Pelabuhan Kuantan sejak tengah malam tadi bagi menunggu ketibaan kapal itu.
Hasil lawatan itu, katanya didapati kesemua empat anak kapal Indonesia yang ditemui berada dalam keadaan sihat dan tidak mengalami trauma yang serius walaupun ditawan lebih seminggu.
"Empat lagi anak kapal warga Indonesia, bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan. Malah selama ditawan juga tidak ada sebarang kekerasan fizikal dilakukan terhadap mereka serta anak kapal yang lain," katanya.
Selain Mawit, empat lagi anak kapal warga Indonesia ialah Bambang Suryawan, 43, dari Tanjung Pinang; Nelson HasIholan Sitorus, 35, dari Dolol Marubun dan Ntan Kombongan, 30, dari Sesean.
Katanya, pada pertemuan itu seorang daripada anak kapal warga Indonesia memaklumkan untuk berhenti bekerja manakala tiga yang lain masih berminat untuk meneruskan kerjaya dengan syarikat berkenaan.
"Mungkin itu hanya reaksi spontan ketika ditanya, apapun kita beri mereka peluang jika masih mahu terus bekerja di sini," katanya.
Difahamkan kesemua anak kapal tangki milik MagnaMeridianSdn Bhd termasuk empat anak kapal warga Indonesia itu kini dalam proses diambil keterangan dan pemeriksaan kesihatan.
Anak kapal warga Indonesia itu dijangka dibawa ke kedutaan petang ini setelah semua proses berkenaan selesai.
Kesemua22anakkapalMTOrkim Harmonydibebaskanpadakira-kira 2.30pagi semalam.
MT Orkim Harmony, yang membawa 6,000 tan metrik petrol bernilai RM21 juta, dilaporkan hilang pada 8.57 malam 11 Jun lepas ketika dalam pelayaran dari Melaka ke Pelabuhan Kuantan.
Bernama
Sat Jun 20 2015

Detik-detik cemas itu diceritakan oleh anak kapal warga Indonesia ketika beliau menemui mereka di kapal itu pagi ini. - Gambar Fail

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Kekurangan aset punca pencerobohan sempadan - Panglima TLDM
Tentera Laut Diraja Malaysia memerlukan penambahan aset, sekurang-kurangnya enam buah kapal laut lagi untuk menjaga sempadan negara.

Orkim Harmony: Anak kapal warga Indonesia ditembak kerana melawan
Anak kapal MT Orkim Harmony cedera ditembak lanun ketika sedang membuka pintu untuk membuang sampah pada 11 Jun lepas, kata Timbalan Duta Indonesia di Malaysia, Hermono.

Malaysia mohon lapan suspek rampas MT Orkim Harmony diekstradisi - Ahmad Zahid
Pihak berkuasa Malaysia akan mengemukakan permohonan bagi lapan suspek perampas kapal tangki Malaysia MT Orkim Harmony diekstradisi ke negara ini.

Kapal tangki MT Orkim Harmony selamat tiba di Pelabuhan Kuantan
Kapal tangki MT Orkim Harmony yang hilang sejak minggu lalu selamat tiba di Pelabuhan Kuantan jam 7 pagi tadi dengan diiringi kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) KD Handalan.

Orkim Harmony: Lapan warga Indonesia ditemui, identiti sedang dikenal pasti
Lapan warga Indonesia ditemui berhampiran Pulau Tho Chu, Vietnam sekitar jam 6:30 pagi tadi.

Orkim Harmony: Perompak ugut Kapten kapal sebelum melarikan diri
Kapten kapal tangki MT Orkim Harmony, Nor Fazly Sahat mendedahkan bahawa beliau diugut dan keluarganya diancam ketua lanun.

Orkim Harmony: Kesemua kru diselamatkan, 8 perampas larikan diri
Kesemua kru kapal tangki MT Orkim Harmony yang hilang minggu lalu dilaporkan telah berjaya diselamatkan dan dibebaskan kira-kira 2.30 pagi tadi.

TLDM hantar empat aset bantu Rohingya
TLDM menghantar empat buah kapal ke Langkawi untuk Misi Bantuan Kemanusiaan kepada pendatang Rohingya.

TLDM kenal pasti anggota terlibat IS menerusi media sosial
TLDM sudah mengenal pasti beberapa anggotanya yang dipercayai terlibat dengan kumpulan militan IS menerusi media sosial.