GEORGE TOWN:Susulan pengumuman penamatan perkhidmatan feri yang menghubungkan bahagian pulau dan tanah besar Pulau Pinang bermula 1 Jan ini, jumlah pengguna, khususnya pemandu kenderaan empat roda yang menggunakan perkhidmatan itu dilihat bertambah agak ketara hari ini.
Tinjauan Bernama mendapati bilangan kenderaan jenis itu di atas feri kekal banyak berbanding sebelum ini, sekalipun bukan pada waktu puncak.
Seorang pengguna, Mohd Rizikam Milan Md Hasbullah, 35, berkata dia mahu memberi peluang kepada anak-anaknya merasai sendiri pengalaman menaiki feri yang sememangnya sinonim dengan Pulau Pinang selepas mengetahui perkhidmatan tersebut bakal ditamatkan.
"Saya menetap di Selangor, namun saya dan isteri berasal dari negeri ini, jadi sejak kecil memang selalu naik feri. Bila dapat tahu akan dihentikan, rasa sedikit kecewa. Sebab itu hari ini saya pilih naik feri untuk balik ke Selangor walaupun sebelum ini kami gunakan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah," katanya kepada Bernama.
Perkhidmatan feri Pulau Pinang akan dihentikan bermula 1 Jan depan dan digantikan dengan bot penumpang laju yang hanya membawa pejalan kaki serta penunggang basikal dan motosikal.
Seorang pemandu lori, Tan Kean Meng, 70, berkata dia menggunakan feri hampir setiap hari untuk berulang-alik menghantar barangan sejak 10 tahun lalu dan penamatan perkhidmatan itu akan meningkatkan kos antara RM8 dan RM10 bagi setiap perjalanannya kerana menggunakan jambatan.
"Sedih dengar orang beritahu feri sudah tidak bawa kenderaan lagi tahun depan. Pengangkutan ini lebih mudah, senang dan jimat untuk saya berulang-alik dari tanah besar ke sini (bahagian pulau). Feri adalah lambang negeri ini, tapi apa boleh buat, kita kena ikutlah kerana itu keputusan mereka," katanya.
BACA: Bot laju ganti feri Pulau Pinang bermula 1 Januari 2021
Seorang pekerja hotel di Batu Feringghi yang tinggal di Teluk Bahang, Norida Rosli, 33, pula berkata dia mengambil cuti hari ini untuk membawa keluarga menaiki feri ke Butterworth kerana tidak mahu melepaskan peluang menaiki perkhidmatan itu buat kali terakhir.
"Rasa kehilangan bila dapat tahu feri akan dihentikan, kami akan rindulah... jadi hari ini ambil peluang untuk bawa keluarga naik feri," katanya yang terpaksa menunggu lebih sejam untuk menaiki feri itu hari ini.
Seorang pejalan kaki, Ani Wahab, 67, berkata dia menggunakan perkhidmatan itu sejak 30 tahun lepas untuk berulang-alik ke tempat kerja di Pangkalan Raja Tun Uda di sini.
Menurut wanita yang tinggal di Sungai Petani, Kedah itu, menaiki feri merupakan pengalaman yang menyeronokkan dan berharap dapat merasai pengalaman serupa apabila menggunakan perkhidmatan bot laju kelak.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 15 2020
Tinjauan mendapati bilangan kenderaan jenis itu di atas feri kekal banyak berbanding sebelum ini, sekalipun bukan pada waktu puncak. - Foto BERNAMA
Ekonomi digital Malaysia tumbuh 16%
Menurut laporan E-conomy SEA 2024 oleh Google, Temasek dan Baian & Company, ekonomi digital Malaysia mencapai Nilai Dagangan Kasar (GMV) sebanyak AS$31 bilion atau sekitar RM141 bilion pada 2024.
'Ada aduan veteran ATM dinafikan hak rawatan di IJN' - YB Ketereh
Ahli Parlimen Ketereh, Datuk Khlir Mohd. Nor mendakwa masih ada veteran ATM yang menyatakan tentang hak rawatan mereka di IJN dinafikan.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
HLIB jangka inflasi naik ke 2.7% tahun depan
Hong Leong Investment Bank menjangka penyelarasan subsidi RON95, kenaikan gaji minimum dan peluasan skop SST antara pendorong utama peningkatan inflasi pada 2025.
ASEAN akan perkenal Visi Komuniti ASEAN 2045 di Malaysia tahun hadapan
Wawasan itu akan menggariskan hala tuju pembangunan bagi rantau ini untuk dua dekad akan datang.
Aplikasi TikTok jadi 'medan' promosi skim pelaburan palsu - Polis
Sejak 2021 hingga Oktober lepas, kes penipuan pelaburan melalui TikTok mencatatkan kenaikan lebih 90 peratus.
Krisis kemanusiaan semakin meruncing, ribut musim sejuk landa Gaza - UNRWA
Penduduk yang kehilangan tempat tinggal kini berdepan keadaan yang teruk ketika hujan lebat, angin kencang dan ombak besar.
Kerjasama ASEAN-APEC mesti adil, bukan negara besar paksa negara kecil - PM Anwar
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, APEC atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Fasa akhir pembinaan kapal LCS pertama siap akhir tahun ini
Fasa akhir pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) pertama akan disiapkan pada penghujung tahun ini, menurut Kementerian Pertahanan.
Kajian New Zealand menunjukkan kesan buruk internet terhadap kanak-kanak 8 tahun
Kanak-kanak yang mengalami masalah tingkah laku atau memiliki lebih banyak peranti peribadi berisiko lebih tinggi terdedah kepada bahaya dalam talian.
Pekerja bank ditipu, jadi 'orang suruhan' sindiket penipuan telefon
Seorang mangsa sindiket membuat laporan polis pada 28 Oktober lalu kerana ditipu hingga kerugian RM138,000.
Perkhidmatan feri Pulau Pinang alami kerugian tahunan RM14 juta
Kos perkhidmatan feri di Pulau Pinang melebihi jumlah kutipan tiket, menyebabkan kerugian tahunan sekitar RM14 juta.
P.Pinang pertimbang integrasi Pas Mutiara dengan perkhidmatan feri
Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan menimbangkan pengintergrasian Pas Mutiara dengan perkhidmatan feri baharu agar satu kadar yang disubsidi dapat ditawarkan bagi manfaat rakyat.
Amaran angin kencang, laut bergelora di sekitar perairan negara hingga 26 Julai
Keadaan angin kencang dan laut bergelora itu berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.
LIMA 2023: Kementerian Pengangkutan usaha atasi isu perkhidmatan feri di Langkawi
Langkah itu sebagai persiapan menjelang kehadiran pengunjung sempena Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA 2023).
Perkhidmatan feri untuk motosikal dan basikal dihentikan sementara bermula 1 Januari
Proses menaik taraf itu mengambil masa selama tujuh bulan merangkumi penggantian pelantar laluan dan pemasangan ponton terapung.
Perjalanan feri Kuala Kedah ke Langkawi ditambah
Perkhidmatan feri dari Terminal Feri Penumpang Kuala Kedah ke Langkawi akan ditambah bermula Sabtu ini.
Perkhidmatan feri Kuala Perlis ke Langkawi beroperasi semula Sabtu ini
Waktu perjalanan dari Kuala Perlis ke Langkawi adalah 11.30 pagi manakala perjalanan dari Langkawi ke Kuala Perlis pada 2 petang.
Dua sahabat rasa bertuah sempat jadi penumpang feri ikonik terakhir
Menurut Mohd Alif, sudah lebih 10 tahun dia tidak menaiki feri yang menjadi ikon pelancongan di negeri Pulau Mutiara itu.
Naik feri Pulau Pinang percuma selama dua minggu mulai 1 Januari
Tawaran tambang percuma itu bakal dinikmati oleh pengguna bermula 1 hingga 14 Januari tahun hadapan.
Orang ramai ambil peluang guna feri Pulau Pinang
Tinjauan mendapati bilangan kenderaan jenis itu di atas feri kekal banyak berbanding sebelum ini, sekalipun bukan pada waktu puncak.