Tak ramai orang bukan Islam dan Melayu yang saya kenal sepanjang saya membesar hinggalah ke hari ini. Membesar dalam jagaan pasangan yang berasal dari tempat orang-orang kampong di Besut, Terengganu dan Kelantan, kalau ada apa-apa pun cuma sebab nak beli kasut di Tanah Merah.
Walaupun kerap berpindah dan pernah paling lama tinggal di Rawang, Selangor selama empat tahun, saya masih, dengan amat sukar, cuba mengingat nama seorang rakan kaum India sebelah meja yang enggan membantu saya belajar bahasa Inggeris sedang saya terseksa mempelajarinya.
Ya, saya amat sukar nak menyebut nama-nama orang bukan Islam dan Melayu yang saya pernah kenal, kecuali mungkinlah beberapa orang ketika saya sudah besar seperti Encik Lamat Nyalau, penolong ayah saya ketika di Miri, Prof. Madya Dr. George P. Joseph, pensyarah di universiti saya, Cik Rani, pensyarah Anatomi baharu kami di sini dan Dr. Chong, pensyarah psikiatri di universiti kami juga.
Memang sudah jadi makanan harianlah bila nak pergi kedai, selalu dipesan “Tak payah pergilah workshop Cina tu, kuat menipu. Dia kata kena tukar tayar dah bocor padahal elok je lagi!” dan “Cina tu nak kumpul duit kayakan orang dia je. Kita ni tak lama merempatlah jawabnya,”.
Namun secara fitrahnya, semakin banyak kita belajar seiring umur, semakin banyak makna yang ingin kita cari; adakah Cina memang dilahirkan ingin berhijrah dan merampas hak orang? Memang mereka suka menipu dan memonopolikah?
Akhirnya, jalan pada menemui persoalan itu ditemui juga apabila seorang kenalan di Facebook, Hafodz Baharom memperkenalkan saya kepada kumpulan Aura Merdeka, Ikatan Sejagat (AMIS) yang mengumpulkan rakyat Malaysia pelbagai kaum dan latar belakang hidup yang diasaskan oleh saudara Tariq Ismail bagi menggalakkan dialog sihat bagi menghilangkan prejudis dan mencari jalan tengah.
Walaupun tidak lama di sana memandangkan saya telah membuang akaun Facebook saya sementara ini, sepanjang berdialog di sana, cukup banyak pencerahan saya temui.
Mungkin ramai Melayu tidak percaya, namun hakikatnya di kota ini, orang Cina dan India juga selalu juga ditipu jika tidak bijak berurusan di pusat-pusat servis kenderaan yang juga dimilikibukan Islam dan Melayu.
Hakikatnya, segregasi kaum masih lagi ketara antara kita. Hari ini kita masih lagi melihat banyak masalah dalam urusan yang melibatkan lebih daripada satu kaum sebagai isu kaum berbanding melihat isu itu sendiri secara objektif.
Adakah patut setelah hampir 60 tahun merdeka kita masih gagal membezakan “Cina menipu” dengan ketamakan golongan peniaga?
Kawan sekolah rendah yang enggan menolong saya belajar bahasa Inggeris ketika di sekolah redah dahulu, adakah kerana dia daripada kalangan kaum India yang “enggan menolong Melayu” atau dia cuma seorang murid pandai yang sombong?
Sebab inilah penilaian ramai antara kita amat memalukan apabila disiarkan berita pergaduhan di Plaza Low Yat baru-baru ini.
Memanglah pergaduhan itu sesuatu yang serius tetapi sebagai warga Malaysia yang sepatutnya sudah matang pembentukan bangsanya, lebih-lebih lagi warga kota pula, bagaimana boleh kita terima penilaian isu ini dengan kaca mata kaum?
Mengapa perlu diketengahkan “Cina memang suka menipu gajet di Low Yat” dan “Melayu miskin sebab itu suka mencuri”? Lawak sungguh kita tak boleh melayan mereka seperti orang-orang dewasa dan menhina daya intelektual diri sendiri dengan mengaitkan kaum dengan jenayah.
Pada skala besar, mungkinlah boleh dikaitkan sedikit sebanyak dengan kaum; contohnya statistik penagihan dadah. Itu pun sebenarnya dipengaruhi besar faktor sosioekonnomi. Tetapi untuk menilai kes per kes, biarlah siasatan dan penroses pengadilan mengikut jalan undang-undang yang sah mengambil tempat.
Atas sebab sesuatu yang malang terjadi dalam hubungan antara kaum ketika mula-mula merdeka tidak mewajarkan kita meneruskan cerita malang dahulu dan berputus asa membuka lembaran baru hubungan etnik ini.
Banyak lagi hal yang lebih besar untuk dibincangkan besar-besaran berbanding satu kes untuk diuar-uarkan sebagai “masalah hubungan”. Ironinya, kecendurangan membesar-besarkan hal sebeginilah sebenrnya bukti masalah hubungan kaum itu sendiri.
Jika kita benar-benar serius ingin memulihkan ketengangan kaum ini, banyakkanlah menyertai dialog dan aktiviti yang dianjurkan oleh banyak pihak seperti ziarah rumah ibadat oleh Kavyan dan program-program lain anjuran Gerakan Bertindak Malaysia (GBM) dan Negara-Ku, sebagai contoh. Untuk kesan jangka masa panjang, adalah amat baik untuk kita menyokong usaha positif phak seperti Majlis Tindakan Ekonomi Melayu Bersatu (MTEM) dalam meningkatkan jurang sosioekonomi kaum Melayu dan Bumiputera agar dapat memberi buah positif hubungan antara kaum.
Menjelang akhir Ramadan dan menuju sambutan Hari Raya Fitrah ini, seharusnya kita kurangkan menyemai kebencian dan semarakkan muhibbah, selari dengan fitrah manusia yang saling saying-menyayangi.
* Wan Salman Wan Sallam ialah pembaca AstroAwani.com.
**Tulisan ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian Astro AWANI.
Wan Salman Wan Sallam
Wed Jul 15 2015

Mengapa perlu diketengahkan -Cina memang suka menipu gajet di Low Yat- dan -Melayu miskin sebab itu suka mencuri-?

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Orang kata Cina kuat menipu
Mungkin ramai Melayu tidak percaya, namun hakikatnya di kota ini, orang Cina dan India juga selalu juga ditipu jika tidak bijak berurusan di pusat-pusat servis kenderaan, kata Wan Salman Wan Sallam.