Kes pecah masuk Bahagian Pendidikan Pejabat Agama Islam Melaka (JAIM) dan kehilangan kertas peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) dalam kejadian pada Khamis berkemungkinan besar didalangi 'orang dalam', kata Pengarah JAIM Md Azhan Samat.
Beliau berkata kes pecah masuk dan kehilangan kertas berkenaan yang berlaku di Aras 1, Unit Akademik, Bahagian Pendidikan JAIM itu merupakan kejadian kali pertama berlaku di Melaka dan di negara ini.
"Sebanyak 65 kertas soalan peperiksaan UPKK yang dikesan hilang membabitkan subjek Ulum Syariah iaitu sebanyak 24 naskhah, Adab (Akhlak Islamiah) Kertas 2 (27 naskhah) dan Jawi dan Khat (14 naskhah) yang merupakan edaran bagi Sekolah Rendah Agama di kawasan Alor Gajah.
"Kertas soalan berkenaan diterima daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada 14 Sept lepas sepatutnya diagihkan kepada setiap daerah semalam sebelum disedari hilang," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini, pada Jumaat.
Beliau berkata pejabat berkenaan tidak mempunyai kamera litar tertutup (CCTV) dan pihaknya menyerahkan siasatan sepenuhnya kepada pihak polis.
Md Azhan berkata seramai 7,000 calon bakal menduduki UPKK di 167 pusat peperiksaan di seluruh Melaka pada tahun ini dengan jumlah lapan mata pelajaran keseluruhan.
Katanya berikutan kejadian itu, pihak JAIM akan meningkatkan keselamatan di pejabat berkenaan selain proses pengagihan dengan lebih teratur termasuk melakukan penyelarasan dengan Jabatan Pendidikan negeri serta Polis Diraja Malaysia bagi mengelak kejadian sama berulang.
"Pemasangan CCTV akan dilakukan bergantung kepada peruntukan," katanya.
Akhbar melaporkan Pengarah Jakim Tan Sri Othman Mustapha berkata jadual peperiksaan UPKK bagi tahun 2017 disusun semula berikutan kejadian pecah masuk di premis tersebut.
Beliau berkata bagaimanapun kejadian itu tidak menjejaskan pelaksanaan peperiksaan tersebut yang dijadualkan pada 2 hingga 5 Okt depan kerana Jakim telah menyediakan set soalan kedua bagi subjek terlibat dan penyusunan jadual baharu adalah bagi memastikan kelancaran peperiksaan UPKK 2017.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 29 2017

Jadual peperiksaan UPKK bagi tahun 2017 disusun semula berikutan kejadian pecah masuk di Bahagian Pendidikan JAIM pada Khamis. - Gambar fail

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Dua beradik hilang di Seri Kembangan
Kedua-dua mereka kali terakhir dilihat di alamat terakhir mereka di No. 2-03, Blok Mawar, Taman Harmoni 5, Seri Kembangan.

Polis minta bantuan kesan Poovenessvari
Menurut polis, remaja tersebut beralamat di No 26, Laluan Pari Baru 2, Taman Semarak, Ipoh.

Abang lemas cuba selamatkan adik jatuh tali air di Bachok
Seorang remaja lelaki maut manakala adiknya masih hilang dalam kejadian lemas di tali air Kampung Kubang Telaga, Bachok, petang tadi.

Polis minta bantuan kesan remaja perempuan hilang di Karak
Polis meminta bantuan orang ramai mengesan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang di Karak, Bentong pagi tadi.

Polis mohon bantuan kesan Hussin Othman
Polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang lelaki warga emas berusia 65 tahun yang dilaporkan hilang di Hospital Kuala Lumpur.

Guru wanita dilaporkan hilang ditemukan di Teluk Intan
Polis berjaya menemukan wanita yang dikenali sebagai Nur Nazalishah Ahmad itu pada 2 petang di Teluk Intan hasil maklumat orang awam.

Polis Kuantan minta bantuan orang ramai kesan Safri
Polis meminta bantuan orang ramai mengesan seorang lelaki berusia 55 tahun yang dilaporkan hilang sejak 13 Dis lepas.

Polis minta bantuan orang ramai kesan remaja perempuan hilang
Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang, dengan kali terakhir dilihat di rumahnya di Taman Sri Inderapura, semalam.

S. Thilagawathy selamat, keluar rumah dengan rela hati - Polis
S. Thilagawathy, 41, yang dilaporkan hilang di Karak, Bentong pada 30 Nov lepas, kini berada dalam keadaan selamat.

Polis minta bantuan orang ramai kesan remaja OKU hilang
Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan orang kurang upaya (OKU) yang dilaporkan hilang sejak 25 Okt lepas.