KUANTAN: S. Thilagawathy, 41, yang dilaporkan hilang di Karak, Bentong pada 30 Nov lepas, kini berada dalam keadaan selamat.

Ketua Polis Daerah Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar berkata wanita itu telah membuat laporan di sebuah balai polis di Perak dan memaklumkan dia keluar dari rumah dengan rela hati.

“Terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya warga Bentong yang bekerjasama menularkan siaran media bertarikh 5 Dis sehingga sampai ke pengetahuan mangsa,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook Polis Bentong hari ini. 

Khamis lepas, media melaporkan polis menerima laporan berkaitan kehilangan Thilagawathy daripada suaminya dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan menghubungi polis. 

-- BERNAMA