"Keadaan dalam bas 'bertaburan' dengan orang bertindih-tindih," kata Lokendra Bahadur Sahi, mangsa yang terselamat dalam kemalangan bas berhampiran MASKargo di sini malam tadi.
Sahi, warga Nepal berumur 27 tahun, berkata beliau terhantuk kepala ketika bas itu terjatuh ke dalam longkang besar dan beliau turut 'terjunam' dan bertindih dengan penumpang lain.
"Saya dengar orang menjerit kesakitan dan minta pertolongan," katanya ketika ditemui dengan keadaan bahagian kepala berbalut selepas memberi keterangan di Cawangan Trafik IPD KLIA di sini hari ini melalui seorang penterjemah.
Menurut Sahi, beliau yang duduk di bahagian belakang bas sebelum kemalangan telah memanjat pintu kecemasan di belakang bas untuk keluar sendiri dari bas berkenaan sebelum pasukan penyelamat tiba.
"Bas ketika dalam perjalanan okay...tiba-tiba terjunam. Kepala saya terhantuk dan berdarah," katanya yang telah bekerja selama empat tahun di gudang MASKargo bahagian pemindahan barang, sambil menambah bas itu dipandu laju sebelum kemalangan.
Dalam kejadian kira-kira 11.10 malam Ahad itu, 12 orang dengan hampir kesemuannya warga asing maut setelah bas pekerja yang mereka naiki terjatuh kira-kira empat meter ke dalam longkang besar.
Bas pekerja yang membawa 43 pekerja kontrak MASKargo itu dan dipandu seorang rakyat tempatan dalam perjalanan ke tempat kerja dari asrama mereka di Nilai, Negeri Sembilan dan mereka sepatutnya memulakan giliran kerja pada 12 tengah malam.
Seorang lagi mangsa, Imran Hossain, warga Bangladesh, 22, yang kurang bercakap kerana masih trauma serta kurang memahami soalan yang ditanya berkata beliau sedih dengan kematian rakan senegara beliau.
Beliau yang bekerja selama 10 bulan di Malaysia berkata beliau tidak menyangka akan kehilangan rakan sekerja dalam sekelip mata.
Ketua Polis Daerah KLIA Zulkifli Adamshah berkata seramai tujuh mangsa telah memberikan keterangan berhubung insiden itu untuk siasatan lanjut.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 08 2019

Lokendra Bahadur Shahi, 27 tahun, dari Nepal (kiri) dan Iman Hossain, 22 tahun, dari Bangladesh (tengah) selepas memberi keterangan di Bahagian Trafik KLIA mengenai kemalangan bas yang meragut 11 nyawa dalam kemalangan malam tadi. --fotoBERNAMA
Sumbangan PMX: lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan PM
Seorang lelaki yang tular menjual daging salai bagi mengumpul dana untuk membiayai kos pembedahan memasang implan tempurung kepala, mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyalurkan sumbangan RM15,000 kepadanya.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [20 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Amirul Aiman
-Cadangan pembinaan sekolah 17 tingkat perlu diteliti aspek keselamatan
-Syarikat penerbangan perlu bayar balik pelanggan jika lewat lebih 5 jam
-Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam
-Cadangan pembinaan sekolah 17 tingkat perlu diteliti aspek keselamatan
-Syarikat penerbangan perlu bayar balik pelanggan jika lewat lebih 5 jam
-Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam

Diaspora perlu main peranan bersama, jaga imej negara di mata dunia - PM Anwar
Selain usaha pejabat kedutaan, penampilan dan pembawakan diri rakyat Malaysia di luar negara penting bagi mengekalkan nama baik sedia ada negara.

Johor komited bangunkan industri nanas
Kerajaan negeri akan terus memperkasa kegemilangan Johor sebagai pengeluar utama nanas di peringkat nasional dan antarabangsa.
![[KOLUMNIS] Dasar ekonomi dan perniagaan Trump berpotensi merugikan rakyat Amerika [KOLUMNIS] Dasar ekonomi dan perniagaan Trump berpotensi merugikan rakyat Amerika](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738841420_DonaldTrump.jpg)
[KOLUMNIS] Dasar ekonomi dan perniagaan Trump berpotensi merugikan rakyat Amerika
Masalah kos sara hidup rakyat Amerika pasti meningkat dan ia mungkin diperburuk lagi oleh tarif tinggi yang dikenakan ke atas produk import.

Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala langkah bantu rakyat Gaza
Kedua-dua negara menekankan keperluan untuk langkah-langkah yang diselaraskan oleh negara-negara Islam untuk menyokong rakyat Gaza.

Perak FC hajat sekat JDT di SSI minggu depan
Bagaimanapun, Yusri berkata, ia bukan tugas mudah lebih-lebih lagi JDT baru sahaja mengecap kejayaan mara ke pusingan 16 ACLE.
Wajib dapatkan permit langkah tepat jamin keselamatan ruang udara negara
Tindakan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) yang mewajibkan semua pengendali dron di negara ini untuk mendapatkan permit sebelum menerbangkan dron mereka merupakan tindakan tepat dalam memastikan keselamatan ruang udara negara terjamin.
MAVCOM: Syarikat penerbangan perlu bayar balik pelanggan jika lewat lebih 5 jam
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) sekali lagi menegaskan bahawa penumpang syarikat penerbangan mempunyai pilihan untuk mendapatkan kembali bayaran tiket mereka sekiranya penerbangan mereka terlewat lebih lima jam.
Pendigitalan kesihatan: KKM cadang perluas EMR ke 16 hospital, 300 klinik kesihatan tahun ini
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memperluaskan sistem Rekod Perubatan Elektronik (EMR) ke 16 hospital dan 300 klinik kesihatan tahun ini.

Lima lelaki ditahan rogol pelajar sekolah bergilir-gilir
Kejadian menimpa pelajar itu terbongkar selepas pasukan polis berjaya menemui mangsa hasil aduan dibuat oleh ibunya.

Pukul bekas penyelia kerana tidak puas hati sering ditegur
Kejadian itu menyebabkan mangsa yang merupakan warga tempatan dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Ampang.

Asrama pekerja hangus terbakar
Kesemua mangsa telah menerima sumbangan kelengkapan daripada JKM dan jabatan-jabatan lain, dan ditempatkan di penempatan sementara.

Penduduk Taman Mekar Sari bantah cadangan bina asrama pekerja asing berhampiran perumahan
Penduduk 11 taman perumahan sekitar Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang membantah cadangan pembinaan Asrama Pekerja Berpusat (CLQ) berhampiran Taman Mekar Sari.

UMNO bantah projek asrama pekerja asing di Bertam
Pembinaan itu berikutan cadangan pembangunan Kawasan Perindustrian Berteraskan Teknologi Tinggi di Jalan Tun Hamdan Sheikh Tahir.

Singapura lapor lebih 2,000 kes baharu COVID-19, lima kematian pada 28 September
Kementerian Kesihatan Singapura memberitahu, 1,711 kes dikesan dalam komuniti, 515 di asrama pekerja migran dan 10 kes import.

Tiga warga asing ditahan bantu siasatan video tular gaduh di asrama pekerja
Polis menahan tiga lelaki warga asing, bagi membantu siasatan mengenai sebuah video tular kejadian pergaduhan.

COVID-19: 22 pekerja asing 'hilang' dari asrama berjaya dikesan - Polis
Mereka ditemui malam tadi dan terus dimasukkan ke PKRC di Institut Latihan KKM Sultan Azlan Shah di Tanjung Rambutan.

COVID-19: Supermax gantung operasi kilang Meru selama tiga hari
Syarikat pengeluar sarung tangan getah itu berkata ia mencatat kes pertama virus tersebut yang dipercayai berpunca daripada pihak pengangkut luaran.

Kilang pembuatan ais dikesan abai kemudahan penginapan pekerja
Aspek keselamatan penginapan pekerja warga asing diabaikan termasuk menjadikan ruang bawah tangki air sebagai tempat penginapan.