IPOH: Seorang tukang cuci Orang Asli menzahirkan rasa syukur kerana telah menerima suntikan vaksin COVID-19 dan berasa lebih yakin serta selamat untuk menjalankan tugas di Sekolah Menengah Kebangsaan Hulu Kinta, dekat sini.
Mat Ngingan Anjang, 54, adalah antara 100 penduduk Orang Asli di sekitar Hulu Kinta yang menerima vaksin sempena Program Vaksinasi Perkampungan Orang Asli Kampung Chadak di sini, Ahad lepas.
"Saya bersama isteri Long Anjang dan dua anak iaitu Mohd Ikmal, 21, dan Rozilawati, 26, menunggang motosikal dari kediaman kami di Kampung Tonggang seawal 8 awal pagi bagi mendapatkan vaksin dan syukur keadaan kami adalah baik," katanya ketika ditemui Bernama di Kampung Chadak, kira-kira 30 kilometer dari sini.
Bagi Mat Ngingan, meskipun sesi persekolahan ditutup ketika ini, suntikan vaksin Sinovac yang diterimanya itu diharap dapat melindungi dirinya dan pelajar serta guru ketika beliau menjalankan tugas di sekolah berkenaan.
Menurutnya, kesedaran mengenai kepentingan mengambil suntikan vaksin semakin meningkat dalam kalangan masyarakat Orang Asli di kampungnya itu.
"Ada yang enggan mengambil suntikan vaksin ini kerana mereka hanya takut pada jarum dan tidak kurang juga yang pada awalnya terpengaruh dengan cerita dan dakwaan menerusi laman sosial mengenai kesan sampingan selepas menyuntik vaksin COVID-19.
"Bagaimanapun, kini ramai yang sudah mula percaya akan kebaikan vaksin untuk diri dan keluarga mereka," katanya sambil memuji perjalanan sistem pemberian vaksin pada program itu yang disifatkanya amat mudah dan cepat.
Pada program yang dihadiri Menteri Besar Perak Datuk Saarani Mohamad dan Ahli Parlimen Tambun Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu itu, seramai 100 penduduk dari empat perkampungan Orang Asli iaitu Kampung Tonggang, Kampung Suluh, Kampung Makmur dan Kampung Chadak di Hulu Kinta, Tambun menerima suntikan vaksin COVID-19.
Sementara itu, Tok Batin Kampung Chadak, Anjang Alang, berkata beliau adalah antara individu pertama yang menerima suntikan di perkampungan itu dan keadaan kesihatanya yang baik selepas disuntik sekali gus memberi keyakinan kepada orang lain untuk mendapatkan vaksin COVID-19.
Beliau berkata pelbagai usaha telah dilakukan pihaknya bagi memastikan penduduk Orang Asli di kawasan seluas kira-kira 1,000 hektar itu mendaftarkan diri bagi mengambil suntikan vaksin kerana terdapat segelintir yang menolak vaksin, beberapa bulan lepas.
"Saya sendiri dan ketua kampung lain telah pergi ke kawasan-kawasan pedalaman Orang Asli di sini bagi menerangkan mengenai kebaikan vaksin dan bukti-buktinya dengan melihatkan ramai yang telah menerima vaksin selama beberapa bulan ini.
"Kini, Orang Asli yang pada mulanya menolak vaksin telah mempunyai kesedaran dan bertindak mendaftarkan diri demi menangani jangkitan wabak COVID-19 terutamanya selepas melihat galakan mengenainya di media massa," katanya.
Justeru, Anjang berkata kerajaan diharapkan dapat mempercepatkan proses pemberian vaksin kepada Orang Asli kerana ramai yang belum menerima suntikan walaupun sudah berdaftar melalui aplikasi MySejahtera.
Seorang penerima warga emas Alang Alang, 63, dari Kampung Makmur berkata beliau hanya mengetahui mengenai keperluan mengambil vaksin melalui anak dan menantunya kerana tiada televisyen mahupun kemudahan media sosial untuk mengikuti perkembangan semasa.
"Menantu saya bawa ke sini menaiki kereta dan menasihatkan saya supaya mengambil suntikan vaksin untuk kesihatan dan syukurlah setakat ini, saya dalam keadaan baik dan tidak rasa sakit," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 06 2021
Tok Batin Kampung Chadak, Anjang Alang (tiga, kanan) memberi penerangan kepada Orang Asli mengenai kebaikan vaksin COVID-19 pada Program Vaksinasi Perkampungan Orang Asli Kampung Chadak di Hulu Kinta di sini. - Bernama
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perpaduan rakyat prasyarat ekonomi mampan
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang dan kesempatan untuk terus aman dan damai, dan mempunyai peluang untuk menikmati ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Tidak perlu tergesa-gesa tukar ke lesen B - JPJ
Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dan B1 tidak perlu tergesa-gesa mendaftar Program Khas Peralihan LLM Kelas B2/B1 Kepada LMM Kelas B kerana tiada had masa ditetapkan untuk permohonan.
KPWKM teruskan lapan inisiatif bantu warga emas
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus menggerakkan lapan inisiatif utama dalam memenuhi keperluan jagaan dan sistem sokongan terhadap warga emas.
Warga emas maut ditikam anak kandung yang berhalusinasi
Seorang pesara guru maut ditikam anak kandungnya sendiri di sebuah rumah dekat Kampung Senaling, di sini, petang Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 Oktober 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah lancar serangan peluru berpandu ke atas kompleks industri ketenteraan di utara Israel
Pergerakan Hezbollah di Lubnan berkata mereka telah melancarkan serangan peluru berpandu ke atas kemudahan ATA Defence Industries.
Tiada kaitan dengan pelantikan CEO MDEC, Anuar Fariz bukan adik saya - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Anuar Fariz Fadzil merupakan adiknya.
Israel lakukan persiapan untuk serang Iran - Laporan
Tentera Israel sedang bersiap untuk "tindakan balas besar-besaran dan ekstrem" terhadap Iran.
Warga emas disaran ambil vaksin influenza, lindungi diri daripada jangkitan serius
Warga emas disaran mengambil vaksin influenza bagi melindungi diri daripada jangkitan lebih serius.
Kepakaran menghasilkan vaksin ada pada universiti, bukan KKM - Pakar
KKM perlu kerjasama dengan universiti untuk bangunkan vaksin bagi mengelakkan pembaziran dana serta kebergantungan kepada vaksin import.
Pemvaksinan mpox di Republik Demokratik Congo bermula 2 Okt
Usaha pemvaksinan yang akan berlangsung hingga 11 Oktober menyusul berikutan penerimaan lebih 265,000 dos vaksin daripada rakan antarabangsa.
Malaysia bakal raih potensi pelaburan industri halal bernilai RM4 bilion dari China - Ahmad Zahid
Malaysia bakal meraih manfaat potensi pelaburan baharu dari China dalam industri halal bernilai kira-kira RM4 bilion, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
69 peratus kanak-kanak di Gaza terima vaksin polio - Kementerian Kesihatan Palestin
Pencapaian ini dicapai dalam tempoh tujuh hari selepas melancarkan fasa pertama kempen pemvaksinan polio.
Lebih 160,000 kanak-kanak diberi vaksin polio di selatan Gaza - Agensi PBB
Fasa kedua kempen pemvaksinan polio bermula di Khan Younis pada Khamis, susulan kejayaan fasa pertama di kawasan tengah Gaza.
Congo terima kumpulan pertama vaksin mpox
Pesawat yang membawa dos vaksin dihasilkan oleh Bavarian Nordic dan disumbangkan EU itu tiba di ibu negara Kinshasa.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mpox: Singapura beri vaksin JYNNEOS kepada petugas kesihatan, kontak rapat
Singapura akan memberikan vaksin JYNNEOS kepada petugas kesihatan dan kontak rapat kes mpox, menurut Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) dalam satu kenyataan pada Rabu.
160,000 kanak-kanak Gaza terima vaksin polio - Kementerian Kesihatan Palestin
Vaksin diberikan kepada kanak-kanak di pusat-pusat bergerak dan ditetapkan kementerian dan UNRWA yang dihadiri ramai keluarga.