RAMALLAH: Kementerian Kesihatan Palestin berkata kira-kira 160,000 kanak-kanak menerima dos pertama vaksin polio di tengah Semenanjung Gaza pada Ahad dan Isnin, lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA).

Kementerian Kesihatan berkata dalam satu kenyataan akhbar pada Selasa bahawa pasukannya dengan kerjasama Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) memberikan vaksin kepada kanak-kanak di pusat-pusat bergerak dan ditetapkan kementerian dan UNRWA yang dihadiri ramai keluarga.

Ia menunjukkan pemvaksinan akan diteruskan di tengah wilayah itu sehingga petang esok dan akan bermula di Khan Younis pada pagi Khamis (5 Sept) dan kawasan berhampiran selama empat hari dan akan bermula di Gaza dan utara pada 9 Sept selama empat hari.

-- BERNAMA