Sehingga semalam seramai 380,343 diperiksa dalam Ops Cantas yang mula dilaksanakan pada 17 Ogos lalu.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, daripada jumlah itu seramai 178,217 merupakan kaum Melayu, Cina (77,104); India (73,505) dan lain-lain (51,517).
“Daripada jumlah itu, polis berjaya menahan seramai 14,511 anggota kumpulan kongsi gelap dan samseng," katanya pada sidang media sempena Majlis Taklimat Keselamatan bersama pemimpin masyarakat di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka, hari ini.
Sehingga jam 12 tengah hari semalam, seramai 133,417 individu diperiksa di Johor dan tangkapan tertinggi melibatkan Selangor (6,191), Johor (2,682), Kuala Lumpur (1,185) dan paling kecil iaitu Perlis yang hanya melibatkan 12 orang.
Bagi negeri Melaka sahaja, Ahmad Zahid berkata seramai 2,600 individu diperiksa dan mereka yang didapati terlibat dalam kes jenayah akan dibawa ke mahkamah dan beliau turut berpuas hati dengan tindakan polis Melaka dalam membanteras jenayah bagi memastikan negeri yang terkenal dengan destinasi pelancongan itu berada dalam keadaan selamat.
Menurut Ahmad Zahid, Ops Cantas berkenaan akan terus dilaksanakan dan kemungkinan akan ditukar kepada nama lain.
Tambah beliau lagi, pindaan Akta Pencegahan Jenayah (PCA) 1959 dalam memastikan pengukuhan kuasa Polis Di Raja Malaysia (PDRM) rentetan pemansuhan beberapa akta sebelum ini adalah untuk menangani kegiatan jenayah di Malaysia.
Katanya, polis sentiasa bersiap siaga memerangi jenayah dan pindaan akta berkenaan memberikan ‘taring baru’ serta memulihkan semangat pegawai dan anggota polis untuk berkhidmat menjaga keselamatan negara.
Polis turut tidak akan berkompromi dengan mana-mana ahli kongsi gelap yang menuntut wang perlindungan atau ugutan sehingga membawa kepada kecederaan dan membunuh.
Astro Awani
Sat Oct 05 2013
[INFOGRAFIK] Taufan Filipina | Fakta Nombor
Berikut adalah info berkenaan dengan Taufan Filipina.
Cari penyelesaian isu tafsiran undang-undang
Kerajaan Madani sentiasa mendengar dan mencari jalan untuk menyelesaikan masalah di negara ini terutama melibatkan tafsiran undang-undang.
Hari bekerja 4.5 hari inovatif dan berhemat - CMI
Institut Pengurusan Bertauliah (CMI) menyambut baik cadangan Johor berhubung tempoh 4.5 hari seminggu bekerja untuk sektor awamnya.
[TERKINI] Amaran hujan berterusan tahap waspada di 6 negeri hingga 29 November
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Malaysia teguh kerana tolak ansur, memuliakan perbezaan kaum
Malaysia 'teguh' kerana wujudnya sikap ansur dan memuliakan antara satu sama lain.
Kenaikan tambang bas sekolah tidak boleh dielak - BSM
Kenaikan tambang bas sekolah tidak dapat dielakkan demi kelangsungan industri tersebut.
KUIPs dinaik taraf jadi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail hari ini mengumumkan KUIPs kini dinaik taraf menjadi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin.
Waran tangkap Netanyahu: Tun Mahathir sokong keputusan ICC
Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.
Majlis Perasmian Program 2 Tahun Kerajaan Madani (2TM)
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir Majlis Perasmian Program 2 Tahun Kerajaan Madani (2TM) & Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024 di Pusat Konvensyen KLCC.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di enam negeri hingga 29 Nov
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang hingga 29 Nov.
Tiada elemen gangsterism dalam pergaduhan di Dataran Merdeka - Polis
Salah faham boleh menjadi faktor yang membawa kepada pergaduhan yang dirakam dan diviralkan dalam media sosial.
Kerap menangis: Tergamak bapa gigit kepala, lambung bayi sampai lebam
Seorang bapa tergamak menggigit bahagian kepala bayinya berusia 20 hari yang kerap menangis dalam kejadian di Bumbung Lima, Kepala Batas, Pulau Pinang.
Miliki sepucuk pistol dan 32 peluru, juruhebah radio popular ditahan polis
Seorang juruhebah radio ditahan polis bersama sepucuk pistol dan 32 peluru dalam satu pemeriksaan Ops Cantas di KM28, Jalan Ipoh-Kuala Kangsar, semalam.
2 lelaki disyaki terlibat kes culik, ugutan jenayah ditahan polis
Kedua-dua lelaki yang berusia 26 dan 29 tahun itu ditahan menerusi tiga serbuan.
Ops Cantas akan tetap diteruskan - Ketua Polis Negara
Ops Cantas akan tetap diteruskan, bagi memastikan jenayah berat yang berlaku dapat dikekang secara menyeluruh.
Penjenayah yang ditembak di Perak dan KL bukan geng yang sama - KPN
Berdasarkan siasatan awal, tiga lelaki yang ditembak mati di Ipoh merupakan anggota geng kongsi gelap yang aktif menyamun kedai emas di sekitar Perak.
Polis lancar Ops Cantas Khas Wanita, tumpu pelajar dan suri rumah
Ops Cantas Khas Wanita itu dilancar semalam di seluruh Lembah Klang, bagi memudahkan polis mendekati golongan pelajar sekali gus membanteras pengaruh kongsi gelap.
Ops Cantas: 14,511 anggota kumpulan kongsi gelap dan samseng telah ditahan
Sehingga semalam seramai 380,343 diperiksa dalam Ops Cantas yang mula dilaksanakan pada 17 Ogos lalu.
Ops Cantas khas besar-besaran di Sabah dalam waktu terdekat - KPN
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata ia antara lain bertujuan membanteras kongsi gelap dan individu yang terbabit dengan jenayah berat.
Polis dedah barangan rampasan dari kumpulan kongsi gelap
Polis mendedahkan dan mempamerkan barang-barang yang dirampas dari kumpulan kongsi gelap sekitar Kuala Lumpur bersempena dengan Ops Cantas.