Operasi mencari dan menyelamat (SAR) guru besar Sekolah Kebangsaan Taman Keramat Satu, Jashiah Rabu, 53, ditangguhkan bermula Selasa berikutan tiada sebarang petunjuk positif.
Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor DSP Abdul Rahman Yahya Zikri berkata pusat operasi di Kampung Buluh Telur, Kuala Kubu Baharu telah ditutup kira-kira 9 pagi tadi dan akan dibuka semula sekiranya terdapat petunjuk baharu.
"Polis meminta orang awam yang mempunyai maklumat berkenaan Jashiah untuk tampil ke balai polis berhampiran," katanya kepada Bernama di sini, pada Selasa.
Selain polis, operasi berkenaan turut disertai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Veteran Komando Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia, Pasukan Gerakan Am, Renjer Hutan, malim gunung dan penduduk kampung berhampiran.
Jashiah kali terakhir dilihat jirannya keluar dari rumahnya pada petang 23 Oktober lepas dan apabila suaminya Ruzilan Omar, 57, pulang didapati pintu rumah mereka terbuka dan Jashiah tiada di rumah.
Difahamkan, Jashiah menghala ke kawasan Hutan Simpan Bukit Kutu selepas keluar dari rumahnya di Taman Seri Seruling dengan berjalan kaki dan menumpang kereta orang lain sejauh kira-kira 10 kilometer.
BACA: Polis guna alat pengesan haba cari guru besar Jashiah Rabu
BACA: Polis guna khidmat pasukan paranormal sebagai ikhtiar cari guru besar hilang
Bernama
Tue Nov 10 2015

Pusat operasi SAR di Kampung Buluh Telur, Kuala Kubu Baharu telah ditutup kira-kira 9 pagi Selasa dan akan dibuka semula sekiranya terdapat petunjuk baharu mengenai Jashiah. - Gambar fail

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Operasi SAR guru besar hilang ditangguh hingga petunjuk baharu ditemui
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) Jashiah Rabu, 53, ditangguhkan bermula Selasa berikutan tiada sebarang petunjuk positif.