Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memandang serius isu yang telah dibangkitkan oleh badan-badan profesional dan badan-badan bukan kerajaan serta isu yang tular di media sosial berkaitan pelajar sekolah yang terlibat di dalam aktiviti menghisap rokok elektronik.
KKM ingin memaklumkan bahawa satu tindakan operasi bersepadu telah dijalankan oleh Bahagian Penguatkuasaan Farmasi (BPF), Ibu Pejabat KKM bersama bersama Bahagian Perkembangan Kesihatan Awam (Sektor Inspektorat dan Perundangan) di seluruh negara pada 20 Ogos 2019.
"Penguatkuasaan yang telah dijalankan berkaitan isu pelajar sekolah menghisap rokok elektronik adalah dengan menggunakan Peruntukan di bawah Akta Racun 1952 (Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984) iaitu kesalahan menjual cecair atau sebarang persediaan yang mengandungi nikotin sebagai bahan yang tidak didaftarkan sebagai ubat dan Akta Makanan 1983 (Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004) Peraturan 13 iaitu larangan penggunaan dan pemilikan tembakau termasuk rokok elektronik di kalangan orang belum dewasa.
"Operasi ini dilaksanakan hasil aduan dan maklumat yang diterima oleh pihak KKM berkenaan penjualan cecair rokok elektronik yang mengandungi nikotin kepada pelajar sekolah," menurut kementerian itu menerusi satu kenyataan hari ini.
Menurut KKM, di dalam operasi tersebut sebanyak 78 premis penjual telah diperiksa dan BPF telah merampas cecair rokok elektronik yang disyaki mengandungi Nikotin sebanyak 66,988 botol atau bekas.
Jumlah keseluruhan rampasan cecair rokok elektronik bagi pemeriksaan ini dianggarkan bernilai RM1.4 juta.
"Sebarang persediaan yang mengandungi Nikotin merupakan Racun Kumpulan C adalah dikawal di bawah Akta Racun 1952. Oleh yang demikian, pembekalan dan penjualan sebarang persediaan yang mengandungi Nikotin hanya dibenarkan oleh Ahli Farmasi yang berlesen dan Pengamal Perubatan berdaftar bagi tujuan rawatan.
"Di bawah Akta Jualan Dadah 1952 dan Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984, sebarang persediaan yang mengandungi Nikotin perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah," menurut kenyataan itu lagi.
Selain itu, pengilangan, pemilikan dan penjualan produk yang tidak berdaftar adalah melanggar Peraturan 7(1)(a), PeraturanPeraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 dan merupakan satu kesalahan di bawah Peraturan 30(1) peraturan yang sama yang boleh dihukum di bawah Seksyen 12(1) Akta Jualan Dadah 1952.
Kesemua kes akan disiasat di bawah Seksyen 13 Akta Racun 1952 dan jika didapati bersalah boleh dihukum di bawah Seksyen 32(2) Akta yang sama iaitu denda tidak melebihi RM 3,000 atau penjara tidak melebihi 1 tahun atau kedua-duanya.
Sementara itu di bawah Peraturan 13 berkaitan larangan merokok termasuk rokok elektronik terhadap Orang Belum Dewasa (berumur 18 tahun ke bawah), tiada sebarang notis kesalahan dikeluarkan.
Namun begitu, kesalahan-kesalahan lain yang berkaitan di bawah PPKHT 2204 juga diambil tindakan di mana sebanyak 4 notis kesalahan di bawah Peraturan 12(1)(a) iaitu tiada tanda larangan merokok di dalam premis dan 3 notis kesalahan di bawah Peraturan 14(1) iaitu tiada tanda larangan menjual hasil tembakau kepada Orang Belum Dewasa telah dikeluarkan.
"Adalah diingatkan di bawah Peraturan 13, PPKHT 2004 Orang Belum Dewasa adalah dilarang merokok, mengunyah, membeli atau mempunyai dalam milikannya apa-apa hasil tembakau, sama ada untuk kegunaan sendiri atau tidak. Orang Belum Dewasa yang didapati melakukkan kesalahan ini boleh dirampas apa-apa hasil tembakau termasuk cecair rokok elektronik di dalam milikan mereka dan akan menerima notis kesalahan serta boleh didenda tidak melebihi RM1,000.
"Pihak KKM menasihatkan pengilang, pengedar / penjual untuk menghentikan serta merta sebarang aktiviti pengilangan, pengedaran dan penjualan sebarang persediaan termasuk cecair rokok elektronik yang mengandungi Nikotin. Orang ramai juga dinasihatkan bahawa sebarang bentuk tabiat merokok sama ada menggunakan rokok konvensional atau rokok elektronik adalah membahayakan kesihatan," menurut KMM.
Pihak Ibubapa juga diminta untuk sama-sama mengawasi anak-anak agar tidak terlibat di dalam masalah penggunaan rokok serta rokok elektronik.
KMM juga mengingatkan penggunaan rokok elektronik sebagai rawatan berhenti merokok masih memerlukan kajian lanjut dan sehingga kini pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia belum mengeluarkan mana-mana kenyataan berkaitan perkara ini.
Buat mereka yang ingin berhenti merokok adalah diminta untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada Jabatan Kesihatan Negeri terdekat ataupun melayari laman web www.jomquit.moh.gov.my .
Langkah-langkah yang diambil ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kesalahan berkaitan aktiviti pengedaran dan penjualan sebarang bentuk persediaan yang mengandungi nikotin.
Langkah ini juga adalah sebagai satu usaha untuk meningkatkan kesedaran rakyat akan bahaya merokok termasuk merokok rokok elektronik.
Orang ramai dan pihak media juga boleh mengemukakan aduan dan menyalurkan maklumat berkenaan penjualan cecair rokok elektronik mengandungi Nikotin kepada Bahagian Penguatkuasaan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia atau melalui laman sesawang http://www.pharmacy.gov.my / ATAU mana-mana Cawangan Penguatkuasa Farmasi yang berdekatan ATAU melalui talian 03-78413200 agar tindakan sewajarnya dapat diambil oleh pihak KKM bagi membanteras penjualan produk ini di pasaran.
Bagi kesalahan-kesalahan lain di bawah PPKHT 2004 terutama Peraturan 13 yang berkaitan dengan larangan merokok di kalangan Orang Belum dewasa sebarang aduan boleh disalurkan kepada Sektor Kawalan Tembakau dan Urusetia FCTC di talian aplikasi Whatsapp 010-8608949 atau menghubungi talian KKM di 03-88924530.
Astro Awani
Fri Aug 23 2019
Di dalam operasi tersebut sebanyak 78 premis penjual telah diperiksa dan BPF telah merampas cecair rokok elektronik yang disyaki mengandungi Nikotin sebanyak 66,988 botol atau bekas. - Gambar hiasan
Anwar bertemu pemimpin perniagaan terkemuka Korea Selatan hari ini
Perbincangan berkenaan selaras dengan strategi Malaysia untuk mendapatkan pelaburan 'bernilai tinggi, pertumbuhan tinggi' daripada Republik Korea.
NWICE 2024: Transformasi air menuju kemampanan sejagat
Bertemakan “Transformasi Air Menuju Kemampanan Sejagat”, Persidangan & Pameran Inovasi Air Kebangsaan 2024 (NWICE 2024) merupakan kesinambungan daripada pelan hala tuju AIR 2040 yang telah dilancarkan oleh Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air(PETRA) baru-baru ini dalam memastikan pengurusan sumber air yang mampan untuk generasi akan datang.
Hoki dalam dewan adakan aksi persahabatan menjelang Piala Dunia 2025
Skuad hoki dalam dewan negara akan mengadakan beberapa aksi persahabatan sebagai persiapan sebelum ke Piala Dunia.
[TERKINI] Suspek bunuh, simpan mayat ibu dalam peti sejuk beku didakwa
Seorang lelaki dipercayai menumbuk dada ibu kandungnya hingga maut dan menyumbat mayat mangsa dalam peti sejuk beku sejak tiga tahun lalu di rumahnya di Taman OUG, Kuala Lumpur Didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini.
Faida Rahim ada perinciannya langsung dari Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Faida Rahim ada perinciannya langsung dari Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Vaksinasi dan pendidikan usaha perangi penyakit anjing gila di Sarawak
Usaha untuk memerangi rabies ini sedang giat diteruskan sejak kemunculannya semula pada tahun 2015.
Lawatan Rasmi PM: Lembaran baharu penerokaan peluang pelaburan
Anwar mengalu-alukan kehadiran lebih 200 peserta yang mewakili 147 syarikat Korea Selatan dari pelbagai sektor, termasuk semikonduktor, kenderaan elektrik, teknologi hijau dan kecerdasan buatan (AI).
AWANI Pagi: Inovasi Selangor Pemacu Modal Insan Berkemahiran
Saksikan wawancara eksklusif #AWANIPagi bersama Mohd Hidayat Mohd Sauffi, Ketua Setiausaha Sulit kepada Menteri Besar Selangor merangkap Ketua Sekretariat Selangor Education Summit 2024, yang akan membincangkan peranan inovasi dan teknologi dalam memacu pembangunan modal insan di Selangor.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Wealth-Tech: The evolution of wealth management in Malaysia
Over the past decade, the landscape of wealth management and investing has undergone significant transformation, driven by technological advancements and innovative solutions. From robo-advisers to low-cost investment platforms, Malaysians now have more tools than ever to manage their finances and build wealth.
Ringgit dibuka rendah susulan pengukuhan dolar AS
Ringgit memulakan urus niaga pada Selasa dengan lebih rendah berbanding dolar AS yang mengukuh.
Wanita temui ajal buang bintik hitam, tanda lahir
Liu meninggal dunia akibat komplikasi yang berkaitan dengan tekanan intrakranial yang berlebihan.
Nelayan warga Thailand dipenjara 70 bulan, 10 sebatan kerana miliki kanabis
Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 70 bulan dan 10 sebatan terhadap seorang nelayan warga Thailand hari ini selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan memiliki kanabis sebe
Tujuh anggota polis didakwa salah guna dadah
Mereka yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, IPD Yan, dan IPD Pendang didakwa tanpa kebenaran memasukkan dalam badan sendiri dadah berbahaya jenis ketamine dan MDMA.
Pindaan Akta Penagih Dadah 1983: Peluang kedua pulih diri
Pindaan Akta Penagih Dadah 1983 penting bagi memberikan kuasa lebih kepada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dalam proses rawatan dan pemulihan penagih.
"Itu bukan saya"- Misha Omar nafi ditahan polis Thailand
Penyanyi terkenal yang berasal dari Kelantan, Misha Omar menafikan dia bukan penyanyi wanita yang ditahan dalam operasi polis Thailand di Sungai Golok, semalam.
Polis kesan Syed Mohammad Faris bantu perbicaraan kes dadah
Syed Mohammad Faris Ismadi Md Akhir, 33, beralamat terakhir di nombor 375, Blok 16, Felda Keratong 9, Muadzam Shah, Pahang.
SUKMA 2024 berjaya capai sifar doping
Azura berkata hasil analisis itu baru sahaja diperoleh minggu ini sekali gus menyaksikan temasya SUKMA kali ini bebas doping.
Kematian Liam Payne: Bedah siasat temui pelbagai jenis dadah - Sumber
Payne sebelum ini pernah mendedahkan bergelut dengan penyalahgunaan dadah dan tekanan.
Polis Johor tumpas sindiket dadah guna peranti vape
Polis merampas dadah pelbagai jenis bernilai RM2.827 juta, serta menahan dua lelaki dan seorang wanita warga tempatan berumur 27 hingga 44 tahun antara pukul 6.45 petang hingga 4 pagi.
Perancis: Remaja ditikam 50 kali, dibakar hidup-hidup
Marseille, bandar kedua terbesar di Perancis, adalah salah satu kota termiskin yang turut dicemari insiden keganasan berkaitan dadah.
Jumpa pistol, dadah: Yusoff Rawther dibawa ke mahkamah
Peguamnya berkata, Muhammed Yusoff akan didakwa berhubung penemuan senjata dan dadah.