IPOH: Polis Perak menyerbu 14 jeti dan 18 sarang penagih di perkampungan nelayan dalam Ops Tapis Khas yang dijalankan serentak di seluruh negeri pada Isnin hingga Rabu lepas.
Operasi yang disertai 273 anggota dan pegawai polis itu adalah sebahagian usaha bagi melumpuhkan aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah yang menjadi kebimbangan masyarakat.
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, dalam operasi itu, pihaknya telah menahan 417 orang yang terlibat dalam pelbagai kesalahan dadah yang terdiri daripada 406 lelaki dan 11 wanita.
"Pecahan bangsa adalah seperti berikut, 314 orang Melayu, 26 bangsa Cina, 34 bangsa India 3 lain-lain bangsa dan kita juga menahan 40 orang warganegara asing yang terdiri daripada 26 orang Myanmar, 6 Indonesia, 4 Thailand 3 Laos dan 1 Kemboja.
"Kesemua suspek yang ditangkap dalam lingkungan umur antara 16 hingga 73 tahun dan daripada keseluruhan tangkapan tersebut, seramai 90 orang telah ditahan di bawah kesalahan pengedaran dadah, 151 orang bagi kesalahan memiliki dadah dan 176 orang penagih telah disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.
Beliau bercakap dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di Ipoh, pada Jumaat.
Menurutnya, pihak polis turut menahan 12 orang di bawah Akta Langkah-Langkah Pencegahan Khas 1985 bagi mengekang aktiviti pengedaran dadah.
Polis juga mengenal pasti 19 penagih tegar yang akan diambil tindakan di bawah Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman penjara antara lima hingga tujuh tahun dan tidak lebih tiga sebatan, jika sabit kesalahan.
Katanya, serbuan turut merampas pelbagai jenis dadah seperti 4 kilogram heroin, 1.3 kilogram syabu, 261 gran ganja, daun dan cecair ketum, dengan nilai keseluruhan RM293,918.
Dalam masa sama, sebuah kereta, empat motosikal, wang tunai dan barang kemas yang keseluruhannya bernilai RM56,596 telah disita.
Abd Razak Mohd Ali
Fri Apr 22 2022

Mior Faridalathrash bercakap dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di Ipoh, pada Jumaat.- Foto Astro AWANI
Indonesia dijangka alami kemarau biasa sepanjang 2025 - BMKG
Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) bagaimanapun turut memberi penekanan kepada risiko kebakaran hutan dan kemarau di beberapa kawasan.
Indeks keyakinan pengguna Thailand jatuh 1.2 peratus
Indeks keyakinan pengguna Thailand jatuh kepada 57.8 peratus bulan lalu berbanding dengan paras tertinggi dalam tempoh lapan bulan iaitu 59 peratus pada Januari.
AWANI Ringkas: Akta Padi dan Beras diperhalusi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Guru besar didakwa guna kedudukan bantu adik dapatkan projek pembinaan di sekolah
Seorang guru besar didakwa atas pertuduhan membantu syarikat adiknya mendapatkan kerja-kerja pembinaan di sebuah sekolah bernilai RM48,050.

SPRM kembali jadi tumpuan, Ismail Sabri sambung beri keterangan petang ini
Ibu Pejabat SPRM kembali menjadi tumpuan media petang ini bagi perkembangan kes rasuah dan penggubahan wang haram melibatkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Empat ejen haram warga asing ditahan
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan empat ejen haram warga asing dalam satu operasi khas di tujuh lokasi berasingan sekitar ibu negara pada Rabu dan Khamis lalu.

Empat filem seniwati Sarimah berjaya dikembalikan - Teo
Kementerian Komunikasi dan Finas berjaya membantu seniwati legenda Datuk Sarimah Ahmad mendapatkan semula empat filem beliau.
Konflik di Gaza: Israel lakukan genosid, serangan seksual di Gaza - Pakar PBB
Israel telah melakukan "tindakan genosid" terhadap rakyat Palestin dengan sengaja memusnahkan kemudahan kesihatan wanita di Gaza dan menggunakan keganasan seksual sebagai strategi perang.

Malas nak bising-bising - TMJ
Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim, memuat naik gambar telah menjalani pertemuan empat mata bahawa pemain warisan terbaharu negara, Hector Hevel lebih awal lagi.
Portugal adakan pilihan raya awal pada 18 mei
Portugal akan mengadakan pilihan raya awal pada 18 Mei selepas kerajaan minoriti pimpinan Luis Montenegro tumbang susulan usul undi tidak percaya.

38.6 kg dadah dirampas, lebih 2,000 individu ditahan di Perak sejak Januari
Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Perak merampas 38.6 kilogram (kg) dadah pelbagai jenis bernilai RM770,766 menerusi Op Tapis sejak Januari hingga semalam.

Polis tahan dalang sindiket seludup dadah bernilai lebih RM160,000
Seorang buruh warga Indonesia dipercayai dalang sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah menerusi jalan laut ditahan menerusi Op Tapis, semalam.

Op Tapis: Penjawat awam, pelajar antara 940 ditahan
Tiga penjawat awam membabitkan pembantu kesihatan, anggota polis dan tentera serta dua pelajar sekolah antara 940 individu ditahan berkaitan dadah menerusi Operasi Tapis Bersepadu.

Anggota polis terima tujuh jahitan bergelut ketika Op Tapis
Mangsa berumur 28 tahun dan bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya.

Op Tapis Bersepadu: Dua pelajar sekolah antara 604 ditahan
Kedua-dua suspek direman selama tiga hari untuk siasatan lanjut bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

Op Tapis: Warga Thailand antara 233 individu ditahan bersama lebih 10kg ganja
Polis Kelantan menahan 233 individu termasuk dua wanita sepanjang tiga hari Operasi Tapis Bersepadu di sekitar Rantau Panjang dan Pasir Mas, bermula Rabu hingga semalam.

Polis serbu sarang penagihan dadah, 21 individu ditahan
Operasi itu bertujuan bagi melakukan pemutihan di kawasan panas bagi mengurangkan kebimbangan masyarakat terhadap penagih.

11,472 individu ditahan atas kesalahan dadah di Johor
Sepanjang operasi tersebut, seramai 23,973 individu diperiksa dengan 11,472 daripadanya ditahan atas pelbagai kesalahan.

Op Tapis: 11,472 ditahan, dadah 2.94 tan dirampas
Sepanjang operasi, seramai 23,973 individu telah diperiksa dengan 11,472 daripadanya ditahan atas pelbagai kesalahan dadah.

Op Tapis: Polis rampas dadah bernilai lebih RM800,000
Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kelantan bersama Pasukan Zon 1 Bukit Aman berjaya merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM814,612.25 dan menahan 301 penagih serta pengedar dadah menerusi Op