KUALA LUMPUR: Seramai 3,972 individu ditahan atas pelbagai kesalahan dadah dalam Op Tapis Khas Siri 6 yang dijalankan di seluruh negara pada Isnin lepas hingga Rabu, kata Setiausaha Polis Diraja Malaysia Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin.
Noorsiah berkata sebanyak 739 kawasan diperiksa menerusi operasi itu antaranya Felda, Felcra, projek perumahan rakyat, kawasan perumahan, jeti, ladang swasta dan pangkalan haram yang dikenal pasti.
Beliau berkata operasi berkenaan dilakukan bagi mengesan dan menangkap pengedar dadah, memusnahkan sarang penagihan dadah, mengambil tindakan ke atas penagih tegar dan tindakan pencegahan ke atas pengedar dadah yang telah dikenal pasti.
"Individu yang ditahan berusia lingkungan 14 hingga 70 tahun yang terdiri daripada 501 tokan dadah, penagih (1,856), individu dikehendaki atas pelbagai kesalahan dadah (205) dan lain-lain kesalahan (1,410)," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Beliau berkata mereka disiasat mengikut Seksyen 39B, Seksyen 39A(2), Seksyen 39A(1), Seksyen 39C dan Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.
Noorsiah berkata operasi itu turut merampas 81.12 kilogram (kg) dan 1,433 liter dadah pelbagai jenis yang boleh digunakan 78,014 penagih yang dianggarkan bernilai RM294,029.
"Selain itu, tindakan juga diambil di bawah Akta Dadah Berbahaya (Perlucuthakan Harta) 1988 dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik turut menyita pelbagai aset yang dianggarkan bernilai RM892,681.97 termasuk selaras senapang berserta 14 butir peluru hidup," katanya.
Beliau berkata sejak Januari lepas hingga semalam, seramai 24,533 individu ditahan atas pelbagai kesalahan dadah dalam Op Tapis Khas selain 2,059.69kg dan 3,963.32 liter pelbagai jenis dadah bernilai RM16,215,500.44 dirampas.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 29 2022

Sebanyak 81.12kg dan 1,433 liter dadah pelbagai jenis yang boleh digunakan 78,014 penagih, dianggar bernilai RM294,029, dirampas dalam Op Tapis Khas Siri 6 yang dijalankan di seluruh negara pada Isnin hingga Rabu. - Gambar hiasan

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

Skim penipuan pelaburan 'Sencapital', mangsa rugi hampir RM7 juta
Skim itu dipercayai aktif sejak penghujung tahun 2022 dengan menawarkan pelaburan berasaskan pembelian saham.

Polis tahan 14 individu, rampas lima kenderaan mewah yang dicuri
Polis berjaya menumpaskan satu sindiket curi kenderaan mewah selepas menahan 14 individu termasuk dalang utama dalam serbuan baru-baru ini.

Polis nafi Jho Low dikeluarkan daripada senarai notis merah Interpol
PDRM menafikan dakwaan kononnya Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani menyatakan bahawa ahli perniagaan dalam buruan, Jho Low dikeluarkan daripada senarai notis merah INTERPOL.

Op Tapis Khas: 3,972 individu ditahan atas pelbagai kesalahan dadah
Sebanyak 739 kawasan diperiksa termasuk Felda, Felcra, projek perumahan rakyat, jeti, ladang swasta dan pangkalan haram.

19 mati dalam tahanan PDRM sejak Januari 2022 - Bukit Aman
Sebanyak 19 kes kematian melibatkan tahanan di bawah jagaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilaporkan sejak Januari tahun ini.

11 individu ditahan, 141.4kg dadah bernilai RM8.07 juta dirampas
Dadah yang dirampas melibatkan 106.3kg ketamin, 18.6kg pil eramin 5 dan 16.5kg pil ekstasi.

Tangkapan, kes jenayah narkotik meningkat separuh pertama 2022 - PDRM
Kesemua kes tersebut melibatkan Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Racun 1952 dan Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.

Dua lelaki ditahan cuba sogok pegawai kanan polis RM25,000
Polis menahan dua lelaki kerana dipercayai cuba menawarkan wang sogokan RM25,000 kepada pegawai kanan polis selepas sebuah premis diserbu di Kepong, semalam.