KUALA LUMPUR: Satu sindiket pemprosesan dan pengedaran dadah tumpas apabila polis menahan 11 individu dan merampas 141.4 kilogram (kg) pelbagai jenis dadah yang dianggarkan bernilai RM8.07 juta di sekitar Lembah Klang, pada Jumaat lepas.
Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata kesemua mereka berusia 22 hingga 38 tahun yang ditahan dalam lima serbuan itu terdiri daripada sembilan lelaki tempatan serta seorang lelaki dan wanita warga asing.
Beliau berkata dadah yang dirampas melibatkan 106.3kg ketamin, 18.6kg pil eramin 5 dan 16.5kg pil ekstasi dan dipercayai boleh digunakan oleh seramai 502,257 penagih dadah.
"Sindiket ini mula aktif sejak Februari lepas. Modus operandi mereka adalah menjadikan premis kediaman sebagai tempat memproses dan stor simpanan dadah, sebelum diedarkan untuk pasaran tempatan terutama di sekitar Lembah Klang.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan suspek direman tujuh hari bermula 9 Julai. Dua daripada mereka mempunyai rekod lampau melibatkan kes dadah dan jenayah yang disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 dan Seksyen 148 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Beliau berkata tindakan juga diambil di bawah ADB (pelucuthakan harta) 1988 dengan menyita pelbagai aset sindiket yang dianggarkan bernilai RM582,331 yang terdiri daripada lapan kenderaan bernilai RM522,800, wang tunai berjumlah RM20,330 dan barang kemas bernilai RM39,201.
"Nilai keseluruhan rampasan dadah dan sitaan harta berjumlah RM8.65 juta. Dengan operasi ini, PDRM telah menumpaskan satu sindiket memproses serta mengedar dadah untuk pasaran tempatan dan akan meneruskan siasatan untuk mengesan saki baki ahli sindiket," katanya.
Beliau berkata PDRM khususnya Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) terus berusaha membanteras aktiviti penyalahgunaan dan pengedaran dadah dan berharap masyarakat terus menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan pengedaran dadah yang berlaku melalui Hotline JSJN di talian 012-2087222.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 14 2022
![11 individu ditahan, 141.4kg dadah bernilai RM8.07 juta dirampas 11 individu ditahan, 141.4kg dadah bernilai RM8.07 juta dirampas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/51644068662_TBGARI.jpg)
Kesemua mereka berusia 22 hingga 38 tahun yang ditahan dalam lima serbuan. - Gambar hiasan
Tumpuan Isnin – 08 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
'Jeff' dinobat siput terpantas dunia, menang Kejohanan Dunia Lumba Siput
Tahun ini, siput bernama Jeff dinobatkan sebagai pemenang, menang saingan akhir dengan masa 4 minit dan 3 saat. Begitupun, kepantasan Jeff tidak dapat memadam rekod yang dibuat pada tahun 1995 oleh seekor siput bernama Archie.
![Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720368598_TBPrabowo.jpg)
Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia
Kerajaan baharu yang akan dipimpin oleh Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dijangka memperkukuh daya saing produk minyak sawit sebagai komoditi strategik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
![Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706067730_TBgarisanpolis.jpg)
Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor.
Ribuan umat Islam zahir solidariti kepada Palestin di Shah Alam
Bertemakan Gaza Bangkit, program pada Ahad malam itu turut mengundang pendakwah dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad Batubara untuk menyampaikan ceramah.
NGO, belia perlu ambil iktibar peristiwa hijrah - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan dan gerakan belia mengambil iktibar daripada peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW untuk mengembalikan kegemilangan negara.
Kehadiran ATM di Timur Sabah berikan keyakinan masyarakat setempat
Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Enam cedera hari pertama Festival Larian Lembu di Sepanyol
Meskipun ada yang cedera, acara tersebut sentiasa mendapat perhatian dan tahun ini, ratusan orang mengejar enam ekor lembu jantan di bandar itu.
![Remaja, belia terlibat dadah akibat daripada masalah dalam persekitaran sosial - AADK Remaja, belia terlibat dadah akibat daripada masalah dalam persekitaran sosial - AADK](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718941042_AADK.jpg)
Remaja, belia terlibat dadah akibat daripada masalah dalam persekitaran sosial - AADK
Penglibatan remaja dan belia dengan najis dadah berpunca daripada keretakan masalah sosial.
![Berhati-hati pilih kawan, jauhi dadah - Bekas penghuni penjara Berhati-hati pilih kawan, jauhi dadah - Bekas penghuni penjara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718328573_banduan.jpg)
Berhati-hati pilih kawan, jauhi dadah - Bekas penghuni penjara
"Berhati-hati dalam memilih kawan dan jauhi dadah," nasihat seorang bekas penghuni penjara warga emas kepada masyarakat di luar.
![Biden hormati proses kehakiman, terima keputusan kes anak Biden hormati proses kehakiman, terima keputusan kes anak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718151800_JoeBiden.jpg)
Biden hormati proses kehakiman, terima keputusan kes anak
Biden juga akan menghormati proses kehakiman apabila anaknya mempertimbangkan rayuan.
![812 individu ditahan dalam Op Tapis Bersepadu, Op Bersepadu Sempadan 812 individu ditahan dalam Op Tapis Bersepadu, Op Bersepadu Sempadan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712575894_DatukMuhamadZakiH.jpg)
812 individu ditahan dalam Op Tapis Bersepadu, Op Bersepadu Sempadan
812 individu ditahan disyaki memiliki dadah menerusi Op Tapis Bersepadu dan Op Bersepadu Sempadan di negeri ini sejak 16 Mei hingga semalam.
![Polis tumpas sindiket edar dadah guna PATI, rampas 9kg heroin Polis tumpas sindiket edar dadah guna PATI, rampas 9kg heroin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61716438697_MohdYusriHassanB.jpg)
Polis tumpas sindiket edar dadah guna PATI, rampas 9kg heroin
Polis turut menahan seorang lelaki warga Indonesia berusia 40 tahun yang berada di dalam rumah berkenaan.
![Penganggur berdepan hukuman mati, didakwa edar 9.2kg heroin Penganggur berdepan hukuman mati, didakwa edar 9.2kg heroin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61715924394_Penganggur.jpg)
Penganggur berdepan hukuman mati, didakwa edar 9.2kg heroin
Tertuduh, A Nathan, 48 tahun, mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Siti Nora Sharif.
![Polis tahan dua lelaki, rampas 1,064 pil yaba Polis tahan dua lelaki, rampas 1,064 pil yaba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41706785286_HandcuffGari.jpg)
Polis tahan dua lelaki, rampas 1,064 pil yaba
Polis menahan seorang penganggur berusia 20-an di Kampung Cherang Melintang, Chabang Empat dan merampas 542 pil yaba dalam beg silang miliknya.
![Kes dadah: Peniaga lega terlepas hukuman mati Kes dadah: Peniaga lega terlepas hukuman mati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51711945427_TBbebasdadahjpg.jpg)
Kes dadah: Peniaga lega terlepas hukuman mati
Lim yang gembira dengan keputusan mahkamah sempat berterima kasih kepada peguam, K Mahendran, sebaik keputusan pendakwaan dibacakan hakim.
![Penghantar barang ditahan bersama 41.28 kg dadah, 300 botol vape mengandungi ganja Penghantar barang ditahan bersama 41.28 kg dadah, 300 botol vape mengandungi ganja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41711505276_TBganjajpg.jpg)
Penghantar barang ditahan bersama 41.28 kg dadah, 300 botol vape mengandungi ganja
Risikan lebih sebulan dilakukan terhadap pergerakan lelaki itu yang berperanan sebagai pengedar dadah di sekitar Melaka sejak awal 2023.
![Malaysia sita RM990 juta harta berkaitan jenayah dadah sejak 2019 - Saifuddin Nasution Malaysia sita RM990 juta harta berkaitan jenayah dadah sejak 2019 - Saifuddin Nasution](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71710470405_TBCPMKUMARSMUT.jpg)
Malaysia sita RM990 juta harta berkaitan jenayah dadah sejak 2019 - Saifuddin Nasution
Malaysia kekal teguh melaksanakan strategi berkesan untuk memerangi ancaman jenayah dadah melalui penguatkuasaan undang-undang yang ketat.