Sebanyak 69 kematian direkodkan dalam tempoh tiga hari Op Selamat 15/2019 sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri yang dilancarkan sejak Rabu lalu.
Perkara itu disahkan Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Urusetia Ketua Polis Negara (KPN), Datuk Asmawati Ahmad menerusi statistik Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT).
“Negeri Selangor mencatat jumlah kematian tertinggi dengan 11 kes, diikuti Johor dan Sarawak (9 kes), Perak dan Kelantan (8 kes), Kedah dan Pahang (5 kes), Perlis (4 kes), Sabah (3 kes), Negeri Sembilan dan Melaka (2 kes), Kuala Lumpur dan Terengganu (1 kes).
“Sebanyak 10,042 kenderaan terlibat dengan kemalangan jalan raya dengan 63 daripadanya merupakan kemalangan maut,” katanya dalam satu kenyataan, pada Ahad.
Statistik turut menunjukkan, sejumlah 96,127 saman dikeluarkan daripada 1,238 operasi yang telah dijalankan seluruh negara setakat semalam.
Dalam pada itu, statistik bagi kes pecah rumah pula mencatat 158 kes dengan yang paling tinggi direkodkan di selangor iaitu sebanyak 34 kes.
Afiezy Azaman
Sun Jun 02 2019

Sebanyak 10,042 kenderaan terlibat dengan kemalangan jalan raya dengan 63 daripadanya merupakan kemalangan maut. - Foto ihsan JBPM

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Dr Zakir Naik dilarang berceramah di seluruh negara
Zakir kini sedang disiasat polis di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu sengaja mengaibkan dengan niat membangkitkan pecah keamanan.

Op Selamat 15/2019: Jumlah kematian akibat kemalangan cecah 69 kes
Sebanyak 10, 042 kenderaan terlibat dengan kemalangan jalan raya dengan 63 daripadanya merupakan kemalangan maut

Calon yang tidak sempat undi pos, memang diberi tarikh 5 Mei - Polis
Mesej tersebut telah diputar belit bagi membangkitkan kegusaran masyarakat, bertujuan mencalar kredibiliti pucuk pimpinan PDRM.