KEMAMAN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) memohon bantuan pasukan penyelamat dari Indonesia dan Vietnam dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi mengesan enam pemancing termasuk tekong yang dikhuatiri hilang di perairan Kemaman, sejak Isnin lepas.
Pengarah Zon Maritim Kemaman Komander Maritim Rashidilhadi Abdul Rashid berkata ia antara usaha pihaknya dalam meneruskan pencarian sekiranya bot tersebut hanyut ke perairan negara jiran.
"Maritime Rescue Sub-Centre (MRSC) di Putrajaya telah memaklumkan kepada semua agensi menyelamat negara jiran iaitu Vietnam dan Indonesia dengan mengeluarkan notis mengenai kehilangan bot nelayan tempatan tersebut," katanya kepada pemberita di sini.
Mangsa yang masih hilang dalam kejadian itu ialah tekong Mohd Hafizol Hisham Zakaria, 29 dan lima pemancing Mohd Samerin Suhaimi, 29, Muhammed Hazim Luqman Zakaria, 19, Rosidi Mohamad, 22, Mohamad Shahrul Ainmie Abdullah, 19, dan Mohamad Zukarnain Mohamat Nor, 20.
Kesemua mereka dikatakan pergi memancing ke laut dalam pada Isnin lepas dan dijadualkan pulang pada keesokannya (Selasa) namun kesemua mereka gagal dihubungi pada petang Isnin, menyebabkan keluarga membuat laporan kepada APMM.
BACA: 5 pemancing, tekong hilang di laut selepas keluar memancing
Mengulas lanjut, Rashidilhadi berkata bagi pencarian hari ketiga SAR pagi ini, usaha akan diteruskan dengan pertambahan lebih banyak aset dari Tentera Laut Diraja Malaysia dan Polis Marin.
"Semalam, dua aset laut Maritim Malaysia iaitu kapal KM Pekan dan KM Gemia telah membuat pencarian di sektor 342 batu nautika persegi manakala pesawat udara AS365N3 Dauphin dari Stesen Udara Maritim Subang (SUMS) telah melakukan dua penerbangan di kawasan 220 batu nautika persegi.
"Namun, op SAR yang berakhir pada 7 petang, masih gagal ada sebarang petunjuk yang boleh membawa kepada penemuan mangsa," katanya menambah kawasan pencarian hari ini akan diperluaskan sehingga ke perairan Rompin dan utara Pulau Tioman di Pahang.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 26 2021
Rashidilhadi (kanan) menjelaskan situasi semasa operasi SAR kepada ahli keluarga lima pemancing dan seorang tekong di Pejabat APMM Zon Maritim Kemaman, 25 Mac, 2021. --fotoBERNAMA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 16 Julai 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ekonomi China teruskan momentum pemulihan
Ekonomi China meneruskan momentum pemulihan dan trend perkembangan ke arah baik dengan operasinya kekal stabil secara keseluruhannya pada separuh pertama tahun ini.
PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus
PPZ-MAIWP mencatat kutipan zakat sebanyak RM511 juta dari Januari hingga Jun tahun ini dengan peningkatan sebanyak 10 peratus berbanding tempoh sama pada 2023.
Empat terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Abu Sayeed, seorang daripada penyelaras dan pelajar di Universiti Begum Rokeya di Rangpur utara, terbunuh semasa pertempuran dengan polis.
28 orang termasuk 5 orang awam, 10 askar, terbunuh dalam tempoh 24 jam di Pakistan
Tentera menuding jari kepada kumpulan Hafiz Gul Bahadur dari Tehreek-e-Taliban Pakistan (TTP) yang diharamkan.
Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala
KPK akan mengadakan Misi Ekonomi Produk Agrikomoditi Malaysia ke India pada 17-18 Julai ini.
Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM
Pemimpin perniagaan dan usahawan daripada golongan belia merupakan pemacu penting yang akan membentuk masa depan industri pembuatan Malaysia, kata Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia.
AWANI Tonight: 16 July 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
9,241 pelajar Palestin terbunuh dalam serangan Israel sejak 7 Oktober
9,318 pelajar terbunuh dan 14,671 lagi cedera di Semenanjung Gaza manakala di Tebing Barat, 103 pelajar terbunuh dan 505 lagi cedera.
Suami isteri ditahan dipercayai dera dua anak
Kedua-dua suspek ditahan di kediaman mereka di Jalan Jabor Kubur di sini kira-kira 8 malam selepas aduan oleh orang awam.
Penyelam ditemui mati lemas terbelit tali hos oksigen
Sebelum kejadian, dua pekerja terbabit turun ke dasar laut untuk membuat tanda pada besi kapal karam yang ingin dipotong.
Dua pendaki tersesat di Bukit Janda Mandi
Hasrat dua pekerja syarikat minyak dan gas untuk beriadah dengan mendaki Bukit Janda Mandi bertukar mimpi ngeri apabila tersesat.
PRK Kemaman: "Gelanggang" dibuka esok
Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman akan bermula esok dengan proses penamaan calon bakal berlangsung di Dewan Berlian Majlis Perbandaran Kemaman, di Chukai.
Tangan hancur tersepit mesin pengisar daging
BBP Chukai menerima panggilan kecemasan oleh pihak hospital jam 4.42 petang bagi membantu menanggalkan komponen mesin berkenaan.
Pekerja pembersihan didakwa rogol, amang seksual anak perempuan
Seorang pekerja pembersihan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan merogol dan melakukan amang seksual terhadap anak perempuannya dalam kejadian pada September lalu.
Kerajaan dan pembangkang, ibarat hempedu lekat di hati
Kerajaan dan pembangkang perlu mempunyai hubungan yang konstruktif demi membentuk demokrasi yang lebih matang dalam negara.
Polis tahan tiga beranak warga Rohingya terlibat pecah rumah
Wanita berusia 33 tahun dan dua anak perempuannya berumur 13 serta 14 tahun ditahan ketika cuba melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta Perodua Kelisa.
PRK Kemaman 2 Disember - SPR
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman, Terengganu P040, pada 2 Disember.
Tiga beranak maut kemalangan di Kemaman
Mangsa yang meninggal dunia ialah Ammir Hussein Mohamad serta dua anaknya, Ammzar Husszair Al Hussein dan Ammzar Hussnayan Al Hussein.