KLANG: Seramai 2,200 pegawai dan anggota daripada bahagian penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di seluruh negara dibekukan cuti sepanjang pelaksanaan Op Hari Raya Aidilfitri (Op HRA) 2022.
Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ Datuk Lokman Jamaan berkata, operasi khas yang akan bermula 29 April hingga 8 Mei itu memfokuskan penguatkuasaan dan advokasi bagi menurunkan kadar kemalangan jalan raya ketika perayaan Aidilfitri.
Lokman berkata daripada jumlah tersebut, seramai 300 anggota dan pegawai di Selangor dibekukan cuti dengan 160 daripada mereka akan ditugaskan di lapangan pada satu-satu masa.
Beliau berkata kesemua penguat kuasa akan ditugaskan bagi menjalankan pemantauan menyeluruh di semua kawasan yang dikenal pasti sebagai lokasi panas iaitu kawasan kerap berlaku kemalangan dan kesesakan serta melaksanakan pemeriksaan bas di depoh, lebuh raya dan jalan utama.
"Selain itu, Op HRA menumpukan operasi khas motosikal, penyamaran rambang anggota sebagai penumpang bas dan pematuhan penggunaan Lesen Permit Sementara (LPS)," katanya selepas melakukan pemeriksaan bas di Depoh Bas Sani Ekspress, Klang Sentral di sini, hari ini.
Lokman berkata pihaknya telah memeriksa 50 peratus daripada 77 depoh bas di seluruh negara dan setakat ini kesemua bas berada dalam keadaan baik untuk beroperasi.
"Kita melaksanakan pemeriksaan bersifat teknikal dari segi brek, enjin, pengudaraan dan pendawaian sama ada berfungsi dengan baik atau tidak.
"Setakat ini, hampir sebahagian besar depoh itu sudah diperiksa dan tiada kesalahan atau tindakan penguatkuasaan diambil," katanya.
Lokman berkata pihaknya menjangkakan lebih 14 juta kenderaan akan membanjiri jalan raya sepanjang musim perayaan dengan dua juta daripadanya akan berada di atas lebuh raya pada satu-satu masa.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 25 2022
Lokman berkata pihaknya telah memeriksa 50 peratus daripada 77 depoh bas di seluruh negara dan setakat ini kesemua bas berada dalam keadaan baik untuk beroperasi. - Bernama
Pengurusan taman tema dipanggil setelah laporan penuh dibentang - Amirudin
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata pertemuan itu juga mungkin melibatkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) setelah maklumat penuh diperoleh.
EU laksana had sekatan penggunaan AI
Keperluan baharu untuk mengawal selia penggunaan kecerdasan buatan (AI) mula dikuatkuasakan di Kesatuan Eropah (EU) pada Ahad dengan pelaksanaan Akta AI EU.
Penggiliran kerja petugas kaunter dilaksana secara berfasa
Pelaksanaan sistem penggiliran kerja bagi penjawat awam yang telah berkhidmat lebih lima tahun di kaunter perkhidmatan telah dilaksanakan bermula Januari 2025 secara berfasa.
ASEAN: Anwar adakan pertemuan dengan Thaksin dan George Yeo
Dalam pertemuan tersebut, pelbagai isu penting serantau dibincangkan termasuk situasi di Myanmar serta pembangunan mata wang kripto.
Tiga ditahan susulan dua kes rogol berasingan
Polis menahan tiga lelaki termasuk warga emas bagi membantu siasatan bersabit dua kes rogol berasingan di Jeram, Kuala Selangor semalam.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 2 Februari 2025.
Ahmad Fadzli dilantik Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor baharu
Pegawai Kewangan Negeri Selangor Datuk Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baharu berkuat kuasa esok.
Ratusan teruja saksi tayangan mempersona di Casa Batllo
Tayangan pemetaan video digital di bangunan Casa Batllo di Barcelona, Sepanyol menarik kehadiran ramai pengunjung pada Ahad. Artis Itali, Quayola mempersembahkan karya dikenali Arborescent itu, sebagai dedikasi kepada keindahan alam semula jadi.
Penerbangan Learjet 55 hanya kurang seminit sebelum menjunam
Penerbangan pesawat perubatan Learjet 55 yang terhempas di kawasan kejiranan di Philadelphia disahkan hanya kurang dari seminit. Perkara itu seperti disahkan penyiasat dari Badan Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan, Rick Hicks dalam sidang media pada Ahad. Katanya, pesawat itu hanya mencapai ketinggian 1,500 kaki sebelum ia menjunam dan terhempas.
R Stromlinienwagen dibida pada harga 51.55 juta euro
Kereta lumba jenis Mercedes (W196 R Stromlinienwagen) berjaya dijual pada harga 51.55 juta euro dalam satu majlis bidaan di Jerman pada Sabtu. Kereta lumba berwarna silver itu, salah satu daripada empat yang ada di dunia.
JPJ keluar 1,968 saman menerusi Op TBC 2025
JPJ Terengganu mengeluarkan 1,968 saman dalam tempoh lapan hari pelaksanaan Op Khas TBC 2025 yang bermula pada 20 Jan lepas.
JPJ cadang wujud pasukan tindakan khas
Beliau berkata pasukan itu akan berfungsi antaranya bagi menjalankan operasi khas, risikan selain membantu negeri menyelesaikan sesuatu isu.
JPJ Kedah kutip saman tertunggak kenderaan asing lebih RM100,000
Kutipan tertinggi direkodkan terhadap seorang pemandu dan pemilik van Thailand berusia 45 tahun.
Ops Tunggak: 182 pemandu, 163 kenderaan ada rekod saman tertunggak
Ketua Pengarah JPJ Datuk Aedy Fadly Ramli berkata selain itu sebanyak 16 kenderaan dari Thailand telah disita sepanjang tempoh berkenaan.
JPJ kutip RM12.5 juta saman tertunggak menerusi inisiatif kompaun khas RM150
Mereka yang gagal membayar tunggakan saman juga tidak boleh memperbaharui lesen memandu dan cukai jalan sehingga ia dijelaskan.
Op Tahun Baru Cina 2025: 17 bas ekspres tidak dibenarkan bawa penumpang
Setakat 23 Jan, 24 kes dikenal pasti tidak mencapai standard keselamatan ditetapkan membabitkan bas ekspres daripada sembilan syarikat.
Tahun Baharu Cina: JPJ lakukan audit operasi di depot, terminal bas ekspres
Sebanyak 2,500 anggota dan pegawai JPJ akan bertugas pada Tahun Baharu Cina ini bagi memastikan kelancaran aliran trafik dan pematuhan terhadap undang-undang jalan raya.
JPJ bakal tukar petugas kaunter yang bertugas lebih lima tahun
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan arahan pertukaran petugas kaunter JPJ yang bertugas melebihi lima tahun, melibatkan 1,907 petugas di seluruh negara.
MOT, JPJ akan bincang aplikasi jual beli motosikal terpakai diintegrasi mySIKAP
Anthony Loke berkata, ia juga bagi mengelakkan sebarang kejadian melibatkan urusan pertukaran hak milik dan saman yang tertunggak.
JPJ Melaka keluar 275 notis babit pelbagai kesalahan
JPJ Melaka mengeluarkan 275 notis atas pelbagai kesalahan dilakukan pengguna jalan raya pada Operasi Bersepadu Khas di Batu Berendam.