JOHOR BAHRU:Seorang lelaki tempatan yang sedang menunggu 'ketibaan' tiga pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Indonesia dicekup pihak penguat kuasa dalam Op Benteng di sekitar Pantai Tanjung Buluh, Sedili Kechil, Johor, pada Ahad.
Turut ditahan ketiga-tiga PATI yang berusia antara 31 tahun dan 57 tahun itu.
Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3Divisyen) dalam satu kenyataan memberitahu, tangkapan itu dilakukan di kawasan Briged Ketujuh Infantri Malaysia (7 Briged) oleh Pasukan Rejimen Pertama Kor Armor Diraja (1 KAD) kira-kira pukul 12.20 tengah malam.
Katanya, ketika Tim Quick Reaction Force (QRF) melakukan rondaan di kawasan itu, seorang lelaki tempatan yang menaiki kereta pacuan empat roda, Toyota Hilux dilihat dalam keadaan mencurigai.
"Hasil soal siasat ke atas lelaki itu, membawa kepada penahanan tiga PATI itu di Ladang Belukar Durian, Sedili Kechil, tidak jauh dari kawasan itu," katanya di sini, pada Ahad.
Kenyataan itu memberitahu, kesemua PATi itu kemudian dibawa ke Markas Taktikal Tanjung Sepang untuk dilakukan saringan COVID-19 sebelum diserahkan kepada Jabatan Imigresen.
Kenyataan itu juga mengesahkan satu laporan dibuat di Balai Polis Sedili, di sini.
Menurutnya, pasukan penguat kuasa merampas Toyota Hilux, telefon bimbit dan sejumlah wang tunai yang kesemuanya bernilai hampir RM74,000.
Astro Awani
Sun Oct 04 2020
3Divisyen memberitahu, hasil soal siasat ke atas lelaki warga tempatan itu, membawa kepada penahanan tiga PATI di Ladang Belukar Durian, Sedili Kechil. - Gambar Facebook / Markas 3 Divisyen
Ada transaksi meragukan, SPRM mahu lihat jika ada unsur penipuan - Azam Baki
Azam berkata, SPRM juga percaya sebahagian dana pelaburan disalahgunakan dalam hal tersebut, namun siasatan masih dijalankan.
Australia cadang larang media sosial untuk individu bawah 16 tahun
Australia dijangka akan menggubal undang-undang bagi melarang penggunaan media sosial untuk individu berusia di bawah 16 tahun.
TikTok diarah tutup operasi di Kanada atas sebab keselamatan
TikTok diarahkan oleh kerajaan Kanada untuk menutup perniagaan mereka di negara tersebut. Arahan diberikan kerana TikTok didakwa mendatangkan kesan negatif kepada keselamatan Kanada.
Teknologi AI: Arab Saudi rancang pelaburan AS$100 bilion saingi UAE
Inisiatif itu, yang dipanggil "Project Transcendence", juga akan memberi tumpuan kepada merekrut bakat baharu, membangunkan ekosistem tempatan dan menggalakkan syarikat teknologi untuk melakukan pelaburan sumber.
10 Berita Pilihan - (7 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Korea Selatan mungkin hantar bekalan senjata ke Ukraine
Presiden Korea Selatan tidak menolak kemungkinan akan menghantar bekalan senjata kepada Ukraine susulan provokasi oleh Korea Utara. Perkara tersebut turut dibincangkan dengan Presiden terpilih Donal Trump.
Polis kesan mangsa hilang menggunakan kaedah DNA
Setakat ini, sebanyak 199 autopsi dilakukan dan 54 mayat masih belum dikenal pasti.
KPDN bakal perkenalkan CMO tahun hadapan
Menterinya Datuk Seri Armizan Mohd Ali berkata ini kerana KPDN dan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) telah menerima pelbagai aduan antaranya berkaitan agihan royalti yang disifatkan terlalu rendah.
Tiada perjumpaan bersama KP SPRM di Genting Highlands - KP Kastam
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menafikan adanya perjumpaan antara Ketua Pengarah Kastam dan Pengarah-Pengarah Kastam bersama dengan Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) di Genting Highlands pada 6 hingga 8 Nov ini.
Diplomasi ASEAN mampu bawa implikasi positif
Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN tahun depan, boleh menggunakan peluang untuk melihat sejauh mana diplomasi ASEAN mampu meredakan ketegangan antara AS dan China.
Tiga suspek pengganas ditahan di Jawa Tengah - Polis Indonesia
Pihak berkuasa Indonesia mengesahkan bahawa unit antikeganasan Polis Nasional, Detasemen Khusus 88 (Densus 88), telah menahan tiga suspek pengganas di lokasi berbeza di Jawa Tengah pada Isnin.
Indonesia, Thailand mulakan rancangan tubuhkan Badan Peguam Negara ASEAN
Indonesia dan Thailand telah memulakan rancangan untuk menubuhkan sebuah badan Peguam Negara ASEAN di bawah Sekretariat ASEAN.
TMB100 2024: Baling cemerlang sebagai destinasi ekopelancongan antarabangsa
Acara The Magnificent Baling 100 (TMB100) 2024 melabuhkan tirainya dengan gemilang, sekali lagi mengukuhkan Baling sebagai destinasi ekopelancongan unggul di Malaysia.
Indonesia sekali lagi usir kapal pengawal pantai China dari Laut Natuna
Indonesia sekali lagi mengusir kapal Pengawal Pantai China di Laut Natuna Utara, mencetuskan satu lagi ketegangan berhubung sempadan maritim.
Indonesia kecam serangan tentera Israel ke atas Iran
Kementerian Luar Indonesia berkata semua pihak perlu mengawal diri dan elak daripada sebarang tindakan yang boleh meningkatkan ketegangan.
Indonesia di hadapan Malaysia, dibezakan tiga anak tangga
Indonesia berada pada tempat ke-130 dunia, turun satu anak tangga, kerana merekodkan satu seri (Bahrain) dan satu kekalahan (China).
Persahabatan Anwar dan Prabowo suntik dinamisme baharu hubungan Indonesia-Malaysia
Gambar-gambar yang dikongsi kedua-dua pihak di media sosial jelas akan pertemuan itu menampakkan keakraban mereka.
Kabinet ‘gemuk’ Prabowo perlu buktikan prestasi, bukan sekadar berbahagi kuasa - Pakar
Anggota Kabinet baharu yang diumumkan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto perlu membuktikan prestasi kerja yang jelas kepada rakyat.
Xi Jinping ucap tahniah kepada Prabowo atas pelantikan sebagai Presiden Indonesia
Tahun depan menandakan ulang tahun ke-75 hubungan diplomatik antara China dan Indonesia, yang akan menyediakan peluang baharu bagi memajukan kerjasama dua hala, kata Xi.
Ucapan pertama Prabowo komprehensif, meyakinkan - Penganalisis
Ucapan pertama Presiden kelapan Republik Indonesia, Prabowo Subianto yang menyentuh mengenai jalur kemiskinan, kekurangan gizi dan masalah pendidikan disifatkan konprehensif dan meyakinkan.