IPOH: Aktiviti rekreasi dan sukan laut di kawasan pantai sekitar Pulau Pangkor dihentikan buat sementara waktu susulan keadaan laut bergelora dipercayai kesan Siklon Mocha.
Keadaan itu dikongsi penduduk setempat menerusi beberapa rakaman video menunjukkan laut bergelora menghasilkan ombak lebih besar berbanding situasi biasa hingga melimpah ke laluan kenderaan.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung (MPM), Syamsul Hazeman Md Salleh berkata, ombak besar melanda kawasan perairan itu paling ketara di Pantai Teluk Nipah sejak empat hari lalu.
Menurutnya, keadaan itu dipengaruhi cuaca dihadapi negara ketika ini yang berada dalam fasa peralihan monsun Barat Daya.
"Dalam fasa peralihan ini, beberapa tempat akan menerima tiupan angin yang meningkatkan potensi kejadian ribut petir dan hujan lebat serta angin kencang dalam masa yang singkat.
"Atas faktor keselamatan, sebarang aktiviti sukan air di kawasan Pangkor ini dihentikan sementara dan orang ramai telah dinasihati tidak menjalankan aktiviti di kawasan pantai terutama berlakunya ombak besar," katanya kepada Sinar Harian hari ini.
Beliau berkata, pemantauan pihak berkuasa dilakukan dari semasa ke semasa.
"Bendera merah juga telah dinaikkan sebagai peringatan berjaga-jaga kepada orang awam," katanya.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pulau Pangkor, Muhammad Shukur Jamaludin berkata, setakat ini keadaan terkawal tanpa sebarang insiden kecemasan di air.
Katanya, pemantauan ketat telah dilakukan di kawasan tumpuan ramai di sekitar Pantai Teluk Nipah dan Pasir Bogak bagi memastikan keselamatan pengunjung.
"Setakat ini belum ada lagi panggilan kecemasan mengenai insiden di air, namun kita sarankan orang ramai elakkan aktiviti air sehingga keadaan reda agar tidak berlaku sebarang insiden tidak diingini.
"Bagi mereka yang berada berhampiran air, dinasihatkan untuk sentiasa memakai jaket keselamatan," katanya.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebelum ini mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama untuk perairan Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selat Melaka Utara.
Jangkaan angin kencang barat laut berkelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam (km/j) dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter berlaku di kawasan perairan berkenaan dan berbahaya kepada bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon May 15 2023

Tangkap layar rakaman video dikongsi pengguna media sosial menunjukkan ombak besar berlaku di Pantai Teluk Nipah pada Ahad. - Foto Sinar Harian
Mohamad Hasan tiba di Jeddah untuk sesi tergempar OIC mengenai Gaza
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan tiba di Jeddah pada Khamis untuk menghadiri Sesi Tergempar Majlis Menteri Luar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Jeddah hari ini.
Malaysia - Thailand: Anwar - PM Thailand bincang isu banjir, sempadan
Malaysia dan Thailand akan terus berusaha mencapai kejayaan bersama-sama dan juga rantau ASEAN, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Istana Pahang nafi kewujudan akaun TikTok Tengku Afzan tawar 'Bantuan Ramadan'
Istana Pahang menafikan kewujudan akaun TikTok yang menggunakan nama anakanda Sultan Pahang Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah, yang menawarkan 'Bantuan Ramadan' kepada orang ramai.
4 termasuk seorang penjaja wanita ditahan serang pegawai DBKL
Polis menahan empat penjaja termasuk seorang wanita melibatkan dua kes serangan ke atas anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), pada Rabu.

Pearly-Thinaah mara suku akhir Orleans Masters
Kemaraan ke peringkat lapan terbaik kejohanan Super 300 ini diwarnai saingan sengit yang menguji kematangan permainan gelanggang mereka.
SPR tentukan tarikh PRK DUN Ayer Kuning hari ini
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas bagi urusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, Perak esok susulan kekosongan luar jangka kerusi berkenaan.

Dua remaja lepasan SPM maut, tiga parah kereta terbabas langgar penghadang jalan
Kemalangan melibatkan lima mangsa lelaki berusia 18 tahun, di mana dua daripadanya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak KKM.

AirAsia pindahkan perkhidmatan domestik di LTSAAS ke KLIA T2 berkuat kuasa 7 April
Ia bertujuan untuk mengoptimumkan kecekapan operasi berikutan meningkatnya permintaan.

Nazir Razak seru ASEAN jadikan ekonomi serantau realiti, melangkaui retorik
Pemimpin korporat menggesa ASEAN untuk mengukuhkan dirinya sebagai hab perdagangan dan pelaburan yang kukuh di tengah-tengah ketegangan ekonomi global yang semakin meningkat.

Trafik penumpang udara Malaysia melonjak, catat 9.2 juta penumpang pada Januari - MAVCOM
MAVCOM mengumumkan prestasi trafik penumpang udara Malaysia bagi Januari 2025 yang mencatatkan 9.2 juta penumpang.

Luruan monsun: Hujan lebat berterusan di timur, selatan Semenanjung mulai Khamis
Keadaan itu berpunca daripada analisis model ramalan cuaca terkini, yang menunjukkan luruan monsun kuat dijangka memasuki kawasan negara.

Angin kencang, laut bergelora dijangka landa perairan negara 29-31 Disember
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora di sekitar perairan negara bermula 29 hingga 31 Dis ini.

Feri Kuala Kedah-Langkawi beroperasi semula esok
Konsortium feri merancang untuk melaksanakan sembilan perjalanan keluar dan masuk ke Langkawi dari Terminal Penumpang Kuala Kedah.

Operasi feri di terminal penumpang Kuala Kedah ditutup hingga Sabtu ini
Operasi feri di Terminal Penumpang Kuala Kedah ditutup sementara hingga Sabtu ini berikutan amaran angin kencang dan laut bergelora.

Amaran angin kencang, laut bergelora di Laut China Selatan - MetMalaysia
Amaran dikeluarkan berdasarkan analisis model cuaca, luruan monsun dijangka berlaku pada 10 hingga 13 Februari.

Ramalan cuaca signifikan dengan luruan angin timuran hingga 17 Januari - MetMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan cuaca signifikan dengan luruan angin timuran berlaku hingga 17 Jan ini.

Hujan berterusan di Pantai Timur dan utara Semenanjung sehingga 22 Nov - MetMalaysia
Ia berdasarkan analisis model-model cuaca yang menjangkakan luaran monsun berlaku sehingga tempoh tersebut.

Amaran angin kencang, laut bergelora di sekitar perairan negara hingga 26 Julai
Keadaan angin kencang dan laut bergelora itu berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

Ombak besar, Pulau Pangkor tangguh aktiviti laut
Rakaman video menunjukkan laut bergelora menghasilkan ombak lebih besar berbanding situasi biasa hingga melimpah ke laluan kenderaan.

Angka korban kapal karam di Itali meningkat kepada 59 termasuk 12 kanak-kanak
Kapal yang dinaiki pelarian itu dilaporkan pecah akibat dibadai laut bergelora dalam usaha mereka merentasi pesisir selatan pantai Itali.