KUALA LUMPUR: Bermula 15 Feb ini, murid berpakaian seragam sekolah berusia hingga 12 tahun dan Orang Kurang Upaya (OKU) akan menikmati perkhidmatan percuma tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata inisiatif itu dapat dilaksanakan melalui penjimatan RM15 juta setahun susulan penangguhan perkhidmatan KTM komuter dari Subang Skypark ke KL Sentral berkuat kuasa pada tarikh sama.
Beliau berkata tawaran percuma itu bagi perkhidmatan tren komuter sektor utara dan Lembah Klang serta perkhidmatan antara bandar bagi laluan Gemas-Tumpat.
Menurut Loke ini turut memanfaatkan 150 murid yang menggunakan perkhidmatan tren antara Dabong ke Kuala Geris di Kelantan setiap hari dengan kadar bayaran RM1 setiap perjalanan.
"Perbincangan lanjut akan dibuat untuk meluaskan perkhidmatan tren percuma kepada pelajar sekolah menengah selepas ini bergantung kepada kemampuan kewangan," katanya kepada pemberita ketika hadir mengedarkan pek sambutan Tahun Baharu Cina 2023 kepada penumpang perkhidmatan tren elektrik (ETS) ke utara dan penumpang komuter di KL Sentral hari ini.
Mengulas mengenai tren komuter antara Subang Skypark ke KL Sentral, Loke berkata perkhidmatan sejak 2018 yang melibatkan kos RM15 juta setahun itu menerima sambutan kurang memuaskan.
Beliau berkata kajian dan pengumpulan data terhadap perkhidmatan melibatkan 32 trip sehari itu mendapati purata hanya 80 hingga 100 penumpang menggunakannya sehari.
"Kadangkala kereta api kosong. Permintaan belum ada, kemungkinan selepas Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang dinaik taraf ada permintaan lebih tinggi," katanya.
Loke berkata empat set tren yang digunakan di laluan itu akan ditugaskan semula dengan dua tren dihantar ke utara bagi menambah trip manakala dua lagi untuk laluan komuter Lembah Klang.
Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada pengurusan KTMB kerana mengambil inisiatif menambah trip ETS sempena sambutan Tahun Baharu Cina ini.
Sementara itu, KTMB dalam kenyataan hari ini memaklumkan sebanyak 99,900 tiket perjalanan ETS ditawarkan bagi perjalanan 18 hingga 27 Jan ini.
Menurut kenyataan itu sebanyak 99 peratus tiket telah terjual setakat 8 pagi tadi.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 20 2023

Perkhidmatan itu turut memanfaatkan murid yang menggunakan perkhidmatan tren antara Dabong ke Kuala Geris di Kelantan setiap hari. - Gambar fail

Projek Tebatan Banjir Lembangan Sungai Jawi perkukuh kualiti hidup komuniti setempat
Pelaksanaan Projek Tebatan Banjir Lembangan Sungai Jawi di daerah Seberang Perai Selatan, dijangka dapat memberi kesan positif jangka panjang terutamanya dalam meningkatkan kualiti hidup penduduk.

J-KOM terus perkasa peranan sebar dasar kerajaan - KP
J-KOM memperkasakan peranannya dalam menyebarkan maklumat berhubung dasar kerajaan menerusi program Ih'ya Ramadan Berkat Musyawarah Malaysia MADANI Bekerja di enam zon di seluruh negara.

Peniaga bazar Ramadan diminta tidak jual makanan basi
Peniaga bazar Ramadan di Kelantan diingatkan agar sentiasa menjaga kebersihan dan tidak menjual makanan yang telah rosak bagi mengelakkan sebarang risiko kesihatan kepada pelanggan.

Bekalan beras putih tempatan tersedia di pasar raya seluruh negara - Mohamad
Bekalan beras putih tempatan (BPT) kini tersedia di pasar raya di seluruh negara, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.

Ops Campur: 283 premis beras import diperiksa - Fuziah
Sebanyak 283 premis pembungkus dan pengilang beras import diperiksa dalam Ops Campur setakat semalam, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Dr Fuziah Salleh.

Pemimpin masyarakat perlu bantu perjelas dasar, kejayaan kerajaan - PM Anwar
Pemimpin masyarakat perlu membantu dalam memperjelaskan dasar dan kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan MADANI kepada rakyat.

Bina Semula Gaza: Jangan serah kepada PA, alamatnya gagal - Penganalisis
Pembangunan semula Gaza perlu diselaras oleh entiti yang mampu membina semula wilayah terkepung yang musnah akibat serangan rejim zionis dengan sebaik mungkin.

Nilai kebersamaan tanggungjawab bersama, tidak terbatas pada agama, bangsa - Sultan Pahang
Keberadaan pihak bukan Islam yang turut menyumbang kepada pembangunan institusi Islam ialah satu cerminan indahnya kehidupan bermasyarakat di Pahang.

MADANI Digital Trade: Anjakan perubahan bantu PKS manfaatkan teknologi - Tengku Zafrul
Inisiatif MDT mampu menjadi pencetus perubahan yang membolehkan PKS meraih manfaat daripada teknologi seperti analisis dan data raya, pengkomputeran awan dan AI.

PM lawat Bazar Ramadan Seksyen 2, nasihat peniaga jaga harga jualan, kebersihan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa melawat peniaga dan beramah mesra bersama pengunjung Bazar Ramadan Seksyen 2 di sini.

KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur
Sepanjang tempoh perkhidmatan tren khas itu, 312 tiket akan ditawarkan bagi setiap perjalanan, menjadikan keseluruhan 1,248 tiket.

Perkhidmatan KTMB terjejas di beberapa laluan akibat pokok tumbang
Operasi perkhidmatan KTMB mengalami gangguan akibat pokok tumbang di KM386.50, di antara Stesen Kuala Lumpur - Putra pada 4.01 petang tadi menyebabkan alat talian atas (overhead line) terbingkas.

Mayat lelaki warga asing ditemukan terapung di Sungai Pantai
Mayat seorang lelaki warga asing ditemukan terapung di Sungai Pantai berdekatan Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Angkasapuri, pada 4.39 petang tadi.

Aidilfitri: 12,600 tiket tambahan ETS mula dijual hari ini
Tiket bagi perkhidmatan tren tambahan ini akan mula dijual pukul 10 pagi ini (4 Mac).

KTMB catat peningkatan penumpang semasa Thaipusam
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mencatatkan peningkatan jumlah penumpang menerusi perkhidmatan KTM Komuter tanpa henti sempena Thaipusam pada 9 hingga 12 Feb lepas.

Thaipusam: Penumpang komuter Lembah Klang nikmati tambang percuma dua hari
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menawarkan perkhidmatan tambang percuma selama dua hari sempena Thaipusam bermula 10 Feb.

KTMB tingkat kawalan rondaan cegah insiden pencerobohan
KTMB juga akan adakan perbincangan lanjut dengan APAD bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan keselamatan serta penguatkuasaan undang-undang.

Seorang maut, empat cedera dilanggar tren komuter
Seorang individu maut manakala empat lagi cedera ringan selepas dilanggar tren komuter Keretapi Tanah Melayu (KTM) dalam kejadian di KM 34.734 antara Teluk Pulai dan Klang pada pagi Selasa.

KTMB tawar tren tambahan sempena musim perayaan, 630 tiket disediakan sehari
KTMB menyediakan tren ETS tambahan bagi perjalanan dari KL Sentral ke Padang Besar dan Padang Besar ke KL Sentral sempena Tahun Baharu Cina.

KTMB sedia dua perkhidmatan tren ETS tambahan sempena Tahun Baharu Cina
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menambah dua perkhidmatan Elektrik Train Service (ETS) bagi perjalanan pergi dan balik antara KL Sentral dan Padang Besar sempena Tahun Baharu Cina.