Tidak cukup berlagak bagaikan samseng jalanan, seorang mat rempit turut mengancam nyawa pejalan kaki apabila dia nyaris melanggarnya ketika cuba meloloskan diri dari sekatan polis.
Itu antara aksi yang sempat dirakamkan dalam Op Samseng Jalanan di ibu negara malam tadi.
Operasi yang dilakukan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur di sekitar pusat bandaraya dengan menjalankan sekatan jalan, berjaya menangkap pemuda terbabit yang menggunakan nombor plat palsu.
Ketika operasi dilakukan, ada juga penunggang motosikal bertindak agresif dan bahaya termasuk menunggang melawan arus apabila ternampak sekatan jalan.
Dalam pada itu, lima lagi mat rempit yang sedang leka melakukan aksi ala Superman sambil berlumba berjaya dicekup anggota polis di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE).
Kesemua suspek berusia antara 16 dan 25 tahun.
"Saya tidak bersekolah tetapi ada lesen motor. Road tax (cukai jalan) pun ada. Saya tengok kawan saya lari, jadi saya pun lari juga," kata seorang suspek berusia 16 tahun apabila ditanya polis.
Sepanjang operasi ini, sebanyak 191 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.
Kesalahan paling banyak dilakukan adalah tiada lesen memandu, cukai jalan tamat tempoh dan melakukan pengubahsuaian pada kenderaan.
Sebelas buah motosikal pula disita kerana pelbagai kesalahan.
Astro Awani
Sun Sep 30 2018

Op Samseng Jalanan yang dilakukan oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur di ibu negara malam tadi. - Astro AWANI

Projek Tebatan Banjir Lembangan Sungai Jawi perkukuh kualiti hidup komuniti setempat
Pelaksanaan Projek Tebatan Banjir Lembangan Sungai Jawi di daerah Seberang Perai Selatan, dijangka dapat memberi kesan positif jangka panjang terutamanya dalam meningkatkan kualiti hidup penduduk.

J-KOM terus perkasa peranan sebar dasar kerajaan - KP
J-KOM memperkasakan peranannya dalam menyebarkan maklumat berhubung dasar kerajaan menerusi program Ih'ya Ramadan Berkat Musyawarah Malaysia MADANI Bekerja di enam zon di seluruh negara.

Peniaga bazar Ramadan diminta tidak jual makanan basi
Peniaga bazar Ramadan di Kelantan diingatkan agar sentiasa menjaga kebersihan dan tidak menjual makanan yang telah rosak bagi mengelakkan sebarang risiko kesihatan kepada pelanggan.

Bekalan beras putih tempatan tersedia di pasar raya seluruh negara - Mohamad
Bekalan beras putih tempatan (BPT) kini tersedia di pasar raya di seluruh negara, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.

Ops Campur: 283 premis beras import diperiksa - Fuziah
Sebanyak 283 premis pembungkus dan pengilang beras import diperiksa dalam Ops Campur setakat semalam, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Dr Fuziah Salleh.

Pemimpin masyarakat perlu bantu perjelas dasar, kejayaan kerajaan - PM Anwar
Pemimpin masyarakat perlu membantu dalam memperjelaskan dasar dan kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan MADANI kepada rakyat.

Bina Semula Gaza: Jangan serah kepada PA, alamatnya gagal - Penganalisis
Pembangunan semula Gaza perlu diselaras oleh entiti yang mampu membina semula wilayah terkepung yang musnah akibat serangan rejim zionis dengan sebaik mungkin.

Nilai kebersamaan tanggungjawab bersama, tidak terbatas pada agama, bangsa - Sultan Pahang
Keberadaan pihak bukan Islam yang turut menyumbang kepada pembangunan institusi Islam ialah satu cerminan indahnya kehidupan bermasyarakat di Pahang.

MADANI Digital Trade: Anjakan perubahan bantu PKS manfaatkan teknologi - Tengku Zafrul
Inisiatif MDT mampu menjadi pencetus perubahan yang membolehkan PKS meraih manfaat daripada teknologi seperti analisis dan data raya, pengkomputeran awan dan AI.

PM lawat Bazar Ramadan Seksyen 2, nasihat peniaga jaga harga jualan, kebersihan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa melawat peniaga dan beramah mesra bersama pengunjung Bazar Ramadan Seksyen 2 di sini.

Nyaris langgar pejalan kaki, mat rempit dicekup
Tidak cukup berlagak bagaikan samseng jalanan, seorang mat rempit turut mengancam nyawa pejalan kaki apabila dia nyaris melanggarnya ketika cuba meloloskan diri dari sekatan polis.