Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) membantah cadangan memansuhkan hukuman buang sekolah terhadap pelajar bermasalah di negara ini, seperti dicadangkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim.
Setiausaha Agung NUTP Harry Tan Huat Hock berkata sekolah merupakan institusi untuk mendidik dan memerlukan peraturan berkesan dalam menyelamatkan pelajar daripada anasir negatif.
Beliau berkata kes murid atau pelajar yang mempunyai masalah disiplin berat sehingga dibuang sekolah seharusnya dilihat sebagai satu kes kebajikan serta diuruskan oleh Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
"KPWKM mempunyai kuasa dan akta untuk menguruskan pelajar bermasalah selain mempunyai pusat pemulihan akhlak termasuk Asrama Akhlak, Sekolah Tunas Bakti dan Taman Seri Puteri untuk menempatkan pelajar perempuan dan lelaki yang dibuang sekolah.
"Bagi murid yang dibuang sekolah, nama mereka akan dihantar ke Jabatan Kebajikan Masyarakat dan siasatan akan dilakukan dalam mencari punca dan jalan penyelesaiannya. Berdasarkan perkara itu masalah berkaitan pelajar dibuang sekolah perlu diuruskan KPWKM," katanya dalam kenyataan di sini, pada Jumaat.
Rohani sebelum ini mencadangkan hukuman buang sekolah terhadap pelajar bermasalah dikaji semula dan digantikan dengan kaedah lain seperti kelas khas peralihan.
Beliau berkata pihaknya akan berbincang dengan Kementerian Pendidikan berhubung cadangan itu kerana hukuman buang sekolah tersebut tidak akan menyelesaikan masalah berhubung pelajar terbabit.
Mengulas lanjut, Huat Hock berkata Kementerian Pendidikan tidak mempunyai kemampuan mengawal dan memulihkan akhlak murid atau pelajar yang mempunyai masalah disiplin serius termasuk penyalahgunaan dadah dan gengsterisme kerana kebanyakan guru hanya terlatih dalam bidang akademik memfokuskan Pengajaran dan Pembelajaran.
NUTP, katanya. berpendirian tindakan buang sekolah perlu dikekalkan dan masih relevan diguna pakai terhadap pelajar yang mempunyai masalah disiplin.
Beliau berkata NUTP turut berharap cadangan untuk mewujudkan satu pasukan petugas khas bagi menangani masalah sosial masyarakat diberi perhatian oleh pihak berkaitan, sebagaimana cadangan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.
"Isu agenda sosial ini kian menular dan jika tidak ditangani mulai sekarang, risau aspirasi Transformasi Nasional 2050 (TN50) tidak akan tercapai. NUTP berharap pihak berkaitan dapat memberi lebih fokus kepada masalah agenda sosial ini demi masa depan negara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 08 2017

Pelajar yang mempunyai masalah disiplin berat sehingga dibuang sekolah seharusnya dilihat sebagai satu kes kebajikan dan diuruskan oleh KPWKM. -Gambar hiasan

Tiada arahan untuk dakwa pegawai kanan 1MDB - Rajagopal
Bekas Pegawai Penyiasat kes 1MDB R Rajagopal memaklumkan Mahkamah Tinggi bahawa beliau tidak menerima arahan untuk mendakwa beberapa pegawai kanan syarikat itu.
Pelabur asing kekal pembeli bersih bon korporat Malaysia untuk bulan kelima
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid yang memetik data ekonomi Riverbank Macro Insights, berkata selera pelabur bagi bon korporat juga kekal kukuh dengan terbitan utamanya mencatat kadar lebihan langganan sehingga tujuh kali.
Musk rugi AS$29 bilion semalaman susulan saham Tesla jatuh
Jutawan dan usahawan Amerika Syarikat, Elon Musk, yang memiliki Tesla dan SpaceX, mengalami kerugian 29 bilion dolar Amerika dalam tempoh semalaman selepas saham Tesla menjunam.
Moody's unjur prospek stabil terhadap sektor perbankan malaysia 2025
Moody’s berkata bank-bank kekal mempunyai modal yang kukuh, dengan jangkaan bahawa bank akan mengoptimumkan struktur modal dengan meningkatkan pembayaran dividen./p

Pegawai JKR terlibat kemalangan bas terbalik di Rembau selamat - Nanta
Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menzahirkan rasa dukacita dan berharap semua yang terlibat dipermudahkan urusan.
Kenanga IB: perubahan perdagangan, ai akan pacu sektor logistik pada 2025
Bank pelaburan itu dalam nota penyelidikan hari ini berkata sektor tersebut juga bersedia mendapat manfaat daripada potensi lencongan perdagangan berikutan ketegangan AS-China.

25 mangsa sindiket penipuan kerja di Myanmar selamat tiba di Bukit Kayu Hitam
Seramai 25 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan di Myanmar selamat tiba di sempadan Malaysia-Thailand, Bukit Kayu Hitam pada Rabu.
Ekonomi Malaysia 2025 dijangka berkembang 4.5 hingga 5.0 peratus - SME Bank
Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Berhad (SME Bank) menyatakan bahawa jangkaan ini mencerminkan sentimen ekonomi yang positif, selaras dengan kerangka Ekonomi Madani yang menekankan pertumbuhan mampan dan kesejahteraan rakyat.
Perdagangan borong dan Runcit Malaysia cecah RM148.9 bilion pada Januari 2025
Laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menunjukkan bahawa subsektor perdagangan runcit dan perdagangan borong menjadi pemacu utama pertumbuhan, manakala subsektor kenderaan bermotor mencatatkan penurunan.
Sekolah terjejas akan terima peruntukan baik pulih
Bantuan antara RM5,000 hingga RM10,000 setiap sekolah terjejas banjir akan disalurkan melalui Tabung Pendidikan Negeri Sabah bagi tujuan pembersihan, pengemasan semula serta penggantian kemudahan yang rosak.

Pelajar tidak buat rayuan setelah dibuang sekolah
Hampir 40 peratus pelajar yang dibuang sekolah di Terengganu dikesan tidak membuat rayuan untuk kembali bersekolah.

Kementerian Pendidikan tidak bercadang kaji semula hukuman buang sekolah
Hukuman itu hanya dalam tempoh maksimum dua minggu dan bukannya membuang terus pelajar berkenaan dari sistem pendidikan.

NUTP bantah mansuh hukuman buang sekolah pelajar bermasalah
Sekolah merupakan institusi untuk mendidik dan memerlukan peraturan berkesan dalam menyelamatkan pelajar daripada anasir negatif.

Cadangan hapuskan hukuman buang sekolah boleh dipertimbangkan - Mahdzir
Kementerian Pendidikan sudi duduk semeja bersama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bagi berunding mengenai cadangan menghapuskan hukuman buang sekolah.

Cadangan hapus hukuman buang sekolah: 'Segalanya bermula dari ibu bapa' - Perunding
Ketika cadangan mansuh hukuman buang sekolah bagi mengelak pelajar bermasalah terus tersasar disuarakan, aspek yang lebih besar perlu dilihat iaitu peranan ibu bapa dalam pembentukan sahsiah anak.

Kaedah kaunseling kurangkan pelajar dibuang sekolah - Mahdzir
Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, walaupun jumlahnya kecil, pendekatan positif perlu diambil terutama oleh Unit Kaunseling di setiap sekolah.

Rohani cadang hukuman buang sekolah dikaji semula
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mencadangkan agar tindakan "buang sekolah" yang dikenakan terhadap pelajar bermasalah di negara ini dikaji semula.

Kebakaran Tahfiz: Tujuh suspek pernah dibuang sekolah kerana isu disiplin
Tiga suspek pernah bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Ampang, dua suspek di SMK Padang Tembak dan dua lagi masing-masing di SK Dato Keramat (1) dan SK Dato Keramat (2).

Polis jalankan siasatan kes buli di sekolah di Jelutong
Polis sudah mengenalpasti kumpulan pelajar sebuah sekolah menengah di Jelutong berhubung insiden pergaduhan membabitkan dua pelajar sekolah itu.